Pages

Saturday, March 14, 2009

Tiada yang sempurna...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam perjalanan pulang dari kuliah tadi, tiba-tiba aku terfikir, sememangnya tiada manusia yang sempurna. Sehebat manapun seseorang itu, pastinya ada kelemahan. Itulah sebab mengapa kita perlulan sahabat-sahabat di sekeliling kita.

Sahabat-sabahat itu mungkin rakan sekerja, mungkin juga rakan seperjuangan dalam menuntut ilmu dan mungkin juga majikan kita, guru-guru kita dan sesiapa sahja yang berada dalam hidup kita.

Sahabat ini penting kerana mereka mampu melihat kelemahan dan kesalahan yang kita lakukan lantas menegur kita. Walaubagaimanapun, tiada sesiapa pun yang sempurna, dalam menegur itu sekalipun, mungkin kita akan melakukan kesilapan

Terdapat beberapa jenis teguran, ada yang agak kasar iaitu dalam nada marah, yang lembut tetapi tajam, iaitu berbentuk sindiran, dan juga yang lembut dan berhikmah. Teguran yang lembut dan berhikmah inilah yang kita perlukan, tetapi, berapa ramaikah yang mampu menegur kesalahan kita dengan cara ini?

Satu persoalan yang anda boleh fikirkan sendiri, walauapapun, terimalah teguran itu, dan janganlah berkecil hati walaupun kadangkala ia mengguris perasaan. Muhasabah diri agar kita menjadi yang lebih baik.

0 komen:

 
Copyright (c) 2010 Towards Jannah. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.