Pages

Thursday, March 05, 2009

Keikhlasan VS riya dan kesombongan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Masa tetap berlalu dan tanpa kita sedari kita bertambah usia, masa hanya setiap detik, dan kita hanya mengecapi masa pada setiap detik dan ia akan berlalu, sekiranya kita melakukan yang terbaik bagi setiap detik yang kita punyai maka kita akan menjadi seorang yang benar-benar berjaya didalam kehidupan kita. Masa yang telah berlalu hanya menjadi kenangan dan kita tidak dapat berbuat apa-apa terhadap masa tersebut, ia hanya akan jadi kenangan dan menjadi sempadan untuk kita memperbaiki masa sekarang, masa akan datang bukan masa kita dan mungkin kita tidak akan melaluinya.

Tidak perlu menanti masa yang belum tentu datang tetapi gunakanlah waktu yang sedia ada sekarang kerana ini adalah masa kita yang diberikan kepada kita. Kita perlu melakukan yang terbaik sekarang kerana masa ini diberikan khas buat kita untuk melihat bagaimana kita berbaik sangka terhadap Allah swt. Jika kita sedar dan benar-benar merasai bahawa Allah swt benar-benar melihat apa yang kita lakukan, kita tentu melakukan yang terbaik untuk mendapat rahmat dari Allah swt.

Setiap yang muda menjadi tua, yang tua pula akan mati, kita tidak lebih dari orang-orang yang telah dijatuhkan hukuman mati, namun kita bertindak seolah-olah kita tidak akan mati, kita perlu berusaha untuk mencari yang terbaik bagi kehidupan selepas kematian kita, apa sahaja yang kita lakukan perlu kita fikirkan adakah ia dapat membantu kehidupan kita selepas kematian nanti. Jika kita rasa dengan melakukan perkara-pekara yang ingin kita lakukan akan memberikan kebaikan bagi kehidupan akhirat maka kita perlu berusaha bersungguh untuk memastikan ianya berlaku kerana keselamatan diakhirat adalah suatu yang tidak boleh diabaikan. Sebaliknya sekiranya dengan melakukan perkara-perkara tersebut akan merugikan kehidupan akhirat kita nanti, maka kita perlu mengelakkan dan menjauhkan perkara tersebut daripada dilakukan oleh diri kita. Carilah keredaan Allah swt di mana sahaja yang boleh kita lakukan untuk kebaikan kehidupan akhirat nanti. Allah hu alam

0 komen:

 
Copyright (c) 2010 Towards Jannah. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.