Pages

Wednesday, March 11, 2009

Merenung dan berfikir

Sejak dari semalam, iaitu setelah menemui responden yang rupa-rupanya merupakan bekas guru tuisyenku, aku seringkali terfikir apa yang diperkatakannya, iaitu tentang matlamat, prospek kerjaya dan alternatif serta pilihan yang aku perlu tempuhi. Mungkin, pada ketika aku memberikan jawapan kepadanya, aku sekadar memberikan sebarang jawapan yang terlintas di fikiran disebabkan kesuntukan masa.

Walaubagaimanapun, hati kecil aku masih lagi berfikir, sememangnya ada sesuatu di sebalik apa yang dipertanyakan kepadaku. Mungkin dengan memikirkannya, ia mampu membantuku dalam membuat pilihan yang pada masa ini, sememangnya masih asyik bermain di fikiranku.

Bila disebutkan tentang matlamat, matlamat asalku yang pernah aku tetapkan beberapa tahun yang lalu mungkin telah tersasar jauh dari jalan yang telah aku lalui sekarang, walaubagaimanapun, mungkin ia adalah jalan hidup terbaik buatku untuk memperbaiki pelbagai kesilapan yang pernah aku lakukan.

Mungkin, pada masa sekarang, sebahagian matlamatku telah bertukar, tetapi pada asasnya masih lagi sesuatu yang sama, pada cara yang berbeza. Apapun, masih belum kutemui jawapan yang sesuai bagi semua persoalan yang timbul dari guru itu dan mungkin juga yang tiba-tiba wujud dalam diriku.

0 komen:

 
Copyright (c) 2010 Towards Jannah. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.