Mungkin dalam penantianku ini... aku berharap aku mampu menetapkan niatku agar ikhlas dalam melakukan semua perkara. Apa yang aku risaukan adalah niatku untuk membantu yang akan menjadi semakin terpesong. Ya Allah, tetapkanlah hatiku agar ikhlas dalam melakukan segala perkara.
Mungkin, jika dikatakan tidak mengharap, pastinya ia adalah suatu pembohongan, kerana setelah hasrat yang tulus dari hati itu dinyatakan, pastinya akan muncul pengharapan. Walaubagaimanapun, segala pengharapan haruslah diserahkan kepada Allah, kerana hanya Dialah yang menentukan segalanya.
Sekiranya terlalu mengharap, pastinya juga akan menjadi terlalu kecewa, bukankah senantiasa kita dipesan, "cintailah sesuatu itu sekadar saja, kerana kelak, ia mungkin menjadi kebencianmu, bencilah sesuatu itu sekadar saja, kelak, ia mungkin menjadi kecintaanmu" Dari ayat ini, semestinya dalam melakukan sesuatu perkara, keserdahanaan adalah yang utama.
Serahkan segala pegharapan kepada Allah, kerana hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik buat kita, tidak perlu kecewa, kerana setiap perkara yang berlaku, pasti ada rahmat yang tersembunyi, yang memerlukan kita berfikir sejenak, bermuhasabah diri. Pasti akan ada sesuatu yang mungkin tidak kita perasan sebelum ini.
1 komen:
Semoga Allah tetapkan hati kamu.Niat adalah perkara yang menentukan amal seseorang itu diterima atau tidak..
Post a Comment