Saturday, November 21, 2009

Senang atau susah?



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Adakala, terasa agak pelik, jika dilihat pada masa sekarang masih ramai yang menyertai MLM, atau mulkti level marketing. Ya, jika dilihat sepintas lalu, sememangnya ia jalan terpantas untuk menjadi kaya, jika berjaya mendapat seramai mungkin orang di bawah. Tidakkah mereka berfikir dari manakah datangnya wang itu, mereka perlu membayar sekurang-kurangnya RM1000 ketika hendak menyertai, dan lazimnya, tidak akan dikembalikan.

Sudah beberapa kali beberapa orang rakan mengajak saya untuk berjumpa, berbual-bual, dan ada juga yang berbentuk event atau dinner, namun, begitulah, ade diantaranya adalah untuk membincangkan bisnes katanya. Namun, sesuatu yang terlalu cepat ini, membuatkan saya merasa telah mengambil hak orang lain. Memang, yang berada di atas, akan menjadi begitu kaya, namun, yang di bawah, mereka mungkin telah membayar RM1000 atau lebih, dan jungkin tidak mendapat apa-apa.

Dan yang baru saya hadiri sebentar td, sebentar sahaja, kerana terasa rimas dan telah mengetahui helah rakan saya itu, saya meninggalkan sahaja dinner itu. Ketika sampai, gak pelik melihatkan berpuluh-puluh super luxury car berada di luar, ya, ia merupakan kepunyaan mereka yang menyertai, namun adakah mereka sedar, berapa lamakah ia mampu bertahan? kebiasaannya, sesuatu yang cepat dimiliki, juga akan cepat hilang. Sekiranya mereka telah terbiasa dengan kehidupan mewah, adakah mereka mampu untuk kembali ke kehidupan biasa, dengan ilmu yang kurang, pasti, kehidupan akan menjadi lebih teruk.

Jalan yang terbaik untuk berjaya adalah dengan kesusahan, kerana kesusahan akan menjadikan kita lebih kuat. Sentiasalah membantu orang lain yang memerlukan, kerana kita tidak tahu bilakah kita akan memerlukan bantuan. Lakukan sesuatu kerja sebagai ibadah, bukan untuk keuntungan semata-mata. jika kita melalui kesusahan untuk mencapai kejayaan, ia akan menjadi lebih mudah untuk mencapainya kembali jika kita kecundang,kerana kita pernah melaluinya, namun, jika terlalu mudah untuk mencapai kejayaan, ia akan menjadi terlalu sukar untuk mencapainya kembali seandainya kecundang, kerana kita tidak mempunyai cukup pengalaman untuk mendapatkannya kembali. Oleh itu, setiap langkah menuju kejayaan adalah penting. Tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan dalam hidup di dunia dan akhirat

Friday, November 06, 2009

Tamat sudah peperiksaan



Assalamualaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah, tamat sudah peperiksaan yang cukup mencabar, dengan 3 subjek law dan 1 subjek yang mencabar, terasa cukup lega saat ini.Namun, pada saat berakhirnya peperiksaan terakhir, satu tugasan baru aku terima, yang menjadikan jum;lah tugasan untuk semester ini sebanyak 24 tugasan..

Walauapapun, itulah cabarannya, untuk mendapatkan master's degree. Apa yang paling aku risaukan, adalah keputusannya nanti, tidak seperti di peringkat degree dahulu, keputusan di bawah dr 3 bermakna aku gagal dalam peperiksaan ini, cukup mencabar, kerana keputusan bagi subjek law pada peringkat degree dahulu, tidak pon sampai ke tahap yg membolehkan aku mendapatkan 3.

Apapun, peperiksaan sudah berlalu, apa yang mamapu aku lakukan, hanyalah berdoa dan menunggun saat keputusan diumumkan.Dan tibalah masa untuk bercuti..

masalah...masalah.. masalah..



Pada suatu hari seekor keldai milik seorang petani terperosok ke dalam perigi buta. keldai ini menangis berjam-jam, sementara petani pula memikirkan apa yang harus diperbuatnya.

Akhirnya petani mengambil keputusan untuk menimbus perigi buta tersebut bersama keldainya. pertimbangan ini diambil kerana pertama : kalau perigi buta itu tidak ditutup, nanti akan membahayakan orang lain pula. pertimbangan kedua: keldai tersebut sudah terlalu tua sehingga tidak terlalu berguna untuk ditolongi lagi.

Si petani kemudian mengajak tetangga membantu menutup perigi buta tersebut.

Dengan penyodok dan cangkul maka mereka mulailah menimbunkan tanah dan batu kerikil ke dalam perigi. pada awalnya si keldai berteriak-teriak sambil menangis pilu. merasakan hiba bila punggungnya tertimpa gumpalan tanah dan batu kerikil, lantas memikirkan petani ingin menanamnya hidup-hidup. tetapi setelah beberapa saat sang keldai kelihatan begitu tenang.

Petani dan para tetangga jadi hairan dengan perubahan sikap keldai. sambil tetap menimbunkan tanah, mereka memperhatikan apa yang dilakukan oleh keldai itu.

Pada saat tanah dan kerikil menimpa punggungnya, si keldai menggerak-gerakkan badannya agar tanah lepas dari badannya, kemudian menaiki tanah tersebut. demikian seterusnya sehingga sampailah si keldai dekat permukaan tanah lalu kemudian melompat dan terus melarikan diri.

Keldai tersebut akhirnya lepas dari bahaya kematian, dan putus asa.

Betapa dalam hidup kita juga, kita sering menerima timbunan masalah yang datang kepada kita. jangan biarkan masalah-masalah ini menimbuni kita hidup-hidup dan secara perlahan-lahan membunuh kita.

Sunday, November 01, 2009

berat segelas air...




Renung2kan...

Pada saat memberikan kuliah tentang Management Stress, Stephen Covey
mengangkat segelas air dan bertanya kepada para siswanya:
"Seberapa berat menurut anda kira-kira segelas air ini?"
Para siswa menjawab mulai dari 200 gr sampai 500 gr.
"Ini bukanlah masalah berat mutlaknya, tapi tergantung berapa lama anda memegangnya," kata Covey.

"Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya
memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat."

"Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya," lanjut Covey..

"Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, berehat sejenak sebelum mengangkatnya lagi. Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi.

Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini, tinggalkan beban tersebut."

"Bukan beban berat yang membuat kita Stress, tetapi lamanya kita memikul beban tersebut."

Saturday, October 31, 2009

exam week..

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hurmm.. nmpak gayenyer, da naik bersawang blog ni tidak diupdate, selepas hari raya, diriku menjadi terlalu sibuk sehinggakan aku terpaksa berhenti kerja sebagai guru tuisyen.

Mengapa? untuk menyiapkan tugasan, tugasan yang mendatang selepas hari raya, cukup untuk membuatkan diriku cukup sibuk, ditambah lagi dengan majlis perkahwinan abangku.

Namun, Alhamdulillah, segala-galanya telah selamat berlalu..

di pertengahan peperiksaan ini, muncul ruang masa buat diriku, untuk mengupdate blog ini.. setelah 8 jam dihabiskan di perpustakaan untuk study( dah jd rutin harian minggu-minggu exam ni).. apepun, gudluck to all my friend..

Friday, September 25, 2009

Two month of never ending friendship

Ramadahan and Syawal, this two month is the month of neverending frienship for me, breaking fast together with my friend in syawal. That juat a really great time for me to have that.


breaking fast with my BSc QS friends..


Breaking fast together with my MSc CCM friends and lecturers..


Breaking fast together with my matriculation friends at kampung baru, KL..

And when Eidulfiri comes..


With my primary school friends..

There just so many picture, and also, theres a part that I did't have an opportunity to take picture, but, this year, this two month just feels really great for me.. with all my family and also all of my friends..

Thursday, August 27, 2009

Between chance and choice..

When the times comes for us to make a choice, it will be among the most difficult things in life, but, what I went through along this year, just shows me that, every choice that I've made, there will be a chace to success through every I did.

The most important thing is to believe that Allah knows the best for us. Now, it is on different level for me to achieve my ambition and dreams. Its will be harder, but I will always try to do the best.

Sometimes, I just feel too weak to past through what I did, but everytime, at the lowest self confident I had, there will be always something that will encourage me back to past through.

So, with the chance that I let go, there will be another chance that will be a better chace with the choice i've made.

Sunday, July 19, 2009

Kerana pelangi itu...

Assalamulaikum dan salam sejahtera, agak lama blog ini tidak diupdate.. namun, dalam pada masa ini, aku telah menemui satu jawapan yang telah agak lama aku cari. Apakah perkara yang paling penting dalam menghdapi hidup ini. Mungkin, bagi individu yang berbeza, jawapannya adalah berbeza, namun bagiku, apa yang penting kita sentiasa bersyukur dan yakin apa yang berlaku adalah yang terbaik buat kita kerana hanya Allah mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Sedang apa yang terdetik di hati kita juga telah menjadi ketentuan-Nya. Namun kita perlu percaya, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sedang cahaya yang menerangi hidup kita kelihatan suatu yang biasa kepada kita, namun titisan air yang tinggal selepas hujan itulah yang memunculkan pelangi. Pelangi itu juga cahaya, namun ia indah selepas terbias oleh titisan air.

Begitulah juga hidup kita, tanpa ujian, ia hanya kelihatan biasa, tanpa merasa kesusahan, kita tidak akan merasa nikmatnya kesenangan. Aku tersedar, bahawa, jika aku tidak bekerja sebulan ini, mungkin aku akan berkata belajar di peringkat master ini, terasa amat sukar, namun, setelah merasai sukarnya bekerja, aku terasa belajar ini, jauh lebih mudah.

Thursday, June 25, 2009

Air yang mengalir

Assalamualaikum dan salam sejahtera, agak lama blog ini tidak diupdate, mungkin, kerana kesibukan diriku yang telah mula bekerja. Namun, masih lagi aku keliru, di sebalik keputusan yang aku ambil, masih terasa sesuatu yang tidak betul.

Jauh di sudut hati, aku tidak ingin melalui hidup yang biasa-biasa sahaja, tidak ingin hidup seperti air yang mengalir tenang sahaja. Di sebalik air yang mengalir itu, aku ingin untuk menjadi molekul yang mampu melepaskan diri, bertukar menjadi gas dan menuju ke puncak.

Namun, di situ satu keputusan perlu diambil, adakah aku ingin meneruskan apa yang aku telah lalui, atau adakah aku ingin berada pada bidang yang berbeza, namun mampu melakukannya dalam keadaan gembira dan bukan tertekan?

Sememangnya, Telah disebutkan, 9/10 dari rezeki itu datangnya dari berniaga, dan aku ingin berniaga, dan menempuh kejayaan pada jalanku sendiri. Namun, mampukah aku?, terlalu sukar untuk aku.

Namun, Allah maha mengetahui, satu pertemuan dan perbincangan dengan seorang orang lama dalam bidang pembinaan, telah memberikan aku satu kesimpulan kepada jalan yang aku ingin tempuhi.. dan pada saat ini. I'm a Quantity Surveyor and i'm also a master's student, just hoping that I cam get my master and get the competent quantity surveyor(sr) in two or three years from now..then, the 3rd stage will start, and that's the time to grab the oppportunity that are always invisible for people who are lazy to think about it.

Saturday, June 20, 2009

Dugaan..

Assalamulaikumdan salam sejahtera, adakala apabila kita menempuh dugaan, kita selalu mengeluh, mengapaka kita yang perlu menerima dugaan tersebut. Namun, seharusnya kita bersyukur, kerana setelah melalui dugaan tersebut, kita menjadi lebih matang dan berpengalaman.

Jika kita berjaya menempuh dugaan tersebut, ia adalah satu permulaan baru dengan perkara yang sama tidak akan menjadi sesukar sebelumnya. Setiap musibah yang berlaku, bukanlah di atas kehendak kita atau mana-mana pihak yang terlibat. Namun, jika kita melakukan kesilapan dan mengakuinya, kita boleh memperbetulkannya agar tidak mengulanginya.

Pada jam 16.15, saya telah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Bukan dari kesilapan sendiri, kerana, kemalangan itu berlaku di simpang tiga di mana aku melalui jalan utama, dan sebiji kereta telah keluar secara melulu, dan menyebabkan berlakunya kemalangan.

Kerosakan kereta agak teruk, namun, mujur tiada yang tercedera. Alhamdulillah, setelah laporan dibuat, segala-galanya selesai, kerana dengan jelas, aku tidak melakukan kesalahan. Namun, pasti 2 minggu juga kereta berada di bengkel.

Dalam situasi sedemikian, sekali lagi aku terlupa untuk mengambil gambar kerosakan kereta yang dialami...

Thursday, June 18, 2009

the learning of life..

Assalamulaikum , sometimes, we do not realize, everything that past through our life, is a part of learning, that the teacher is ourself that is experience. Sometime, things turn very hard, sometimes make us even want o give up.

At the point, there's only one thing that differentiate us as a looser or not, a looser give up at this point, and a winner continue through it. Maybe it's hard, but it will make other thing comes after it feels easier.

The real thing is it's not easier but, because we have past through harder thing, the thing that not too hard, becomes easier. As if we never past the hardest thing, a little hard of a thing also feel very hard.

So, that is life, we learns through everything that comes to us, and how we overcome it. Maybe, we will make a mistake for the 1st time, but, only when me make the mistake, we will learn to do the right things.

To all of my friends, do not easily give up, continue your life as it is should be. and, good luck to all of you in the new life, The life of working.

Wednesday, June 17, 2009

Jalan yang telah tersuluh..

Assalamulaikum dan salam sejahtera, adakala, kita membuat perancangan, mungkin dengan beberapa kebarangkalian, namun, apabila terdapat saat kita perlu membuat keputusan, ia mungkin menjadi saat yang paling sukar buat kita. Namun percayalah, setiap peluang yang muncul itu, mestilah digunakan dengan sebaiknya.

Adakala, peluang itu muncul selari dengan apa yang telah dirancangkan, namun adakala, ia mungkin berbeza, namun, mungkin ia adalah yang terbaik buat kita. Namun, buat diriku kini, jalan yang akan kuambil adalah untuk bekerja dan menjadi QS berdaftar, dan kemudiannya, barulah aku akan menyambung ke peringkat master (MBA) yang sememangnya memerlukan aku mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun.

Walau apapun, itulah matlamatku, untuk memiliki gelaran sr dan juga memiliki master, dan jalan yang aku pilih adalah mengikut peluang yang muncul dalam hidupku...

Monday, June 08, 2009

Sebuah Harapan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam pada aku meniti kehidupan ini, aku tersedar bahawa perkara terpenting dalam hidup ini adalah harapan. Kerana harapan itulah kita mempunyai cita dan dengan harapan jualah kita meneruskan kehidupan.

Harapan jualah yang memberikan kita ketabahan bagi menempuhi dan oleh yang demikan, harapan itu hendaklah disandarkan kepada Allah kerana Dialah yang menentukan segala-galanya. Berfikirlah secara positif, dan pastinya kita dapat melihat setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Dan pada saat dugaan yang datang bertimpa, harapan jualah perkara terakhir yang masih ada bersama kita, dan kerana harapan itulah kita akan mampu menghadapi dugaan-dugaan itu. Namun, perkara yang terpenting adalah yakin segala-gala yang berlaku adalah yang terbaik buat kita.

Tuesday, June 02, 2009

Kepercayaan..

Assalamulaikum dan salam sejahtera.. sudah agak lama blog ini tidak dikemaskini. Perjalananku ke kelantan mungkin telah mengajarku suatu perkara. "kepercayaan" . Agak pelik kerana tuan rumah tempat penginapanku (homestay) tidak datang menuntut bayaran sebaliknya, ketika aku dan keluargaku hendak pulang, aku terpaksa melelefon tuan rumah tersebut untuk bertanyakan tentang hal tersebut.

Apa yang lebih mengejutkan adalah beliau hanya menyuruh meninggalkan wang dan mengunci pintu. Begitu percayanya tuan rumah tersebut. Seandainya ada pelanggan yang tidak jujur, sudah pastinya mereka tidak akan membayar. Namun, kepercayaan itu mungkin diberi kerana kita adalah sesama Islam. Yang menuntut kita bersangka baik sesama kita dan juga jujur dalam kehidupan.

Di awal pagi tadi, sebelum pulang, aku telah sempat berkunjung ke rumah salah seorang sahabat sekuliahku di kota bharu. Terima kasih di atas jemputan berkunjung. Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai semula ke rumah

Sunday, May 24, 2009

masa-masa yang berlalu..~ 2000-2002~


Jika diingat kembali masa itu, aku yang pada pada ketika itu, berada dengan rakan-rakan yang bagi diriku adalah antara yang terbaik di anatar yang terbaik, dan oleh yang demikian, I'm the worst.

Jika diimbau kembali, sememangnya, aku seringkali dimarahi di sekolah, antara kerja-kerja yang tak pernah disiapkan dan juga kerja-kerja yang terlebih dilakukan. Mungkin, kerana masih belum matang pada ketika itu, aku melakukan segala-gala mengikut hati. segala-galanya aku lakukan mengikit caraku.

Sehinggakan di pusat tuisyen sekalipun, aku menyusun masa mengikut kehendakku. Jika orang lain menghadirinya setiap hari pada sesi-sesi yang ditetapkan, aku menjadikannya 2 hari dengan mengikuti semua sesi yang ada. Namun, itulah yang menambahkan bilangan rakan-rakanku.

Teringat semasa kelas bahasa arab, aku pernah dihukum berdiri di atas meja, namun, ia tidak memberi apa-apa kesan, aku tidak berubah, kerana aku sememangnya seorang yang degil, mungkin antara pelajar yang terdegil yang pernah ada. Bagi subjek pendidikan jasmani, pastinya aku tidak pernah membawa pakaian sukan, dan seringkali dimarahi. Namun itulah aku.

Bila teringat kembali saat-saat yang telah berlalu, ia seolah-olah satu detik, yang jika ia tidak mustahil, ingin aku kembali ke masa lalu, dan memperbetulkan tiap kesalahan. Namun, segala-gala yang telah berlalu, akan terus berlalu. Dan apa yang mampu aku lakukan mungkin,memberi nasihat kepada generasi yang lebih muda agar tidak melakukan kesalahan yang mungkin aku atau rakan-rakan di sekelilingku pernah melakukannya dahulu...