Pages

Thursday, August 18, 2011

Bukan siapa kita, tetapi bagaimana kita...



Melihat kepada kehidupan para petani, membuatkan diriku semakin sedar, bahawa untuk merasa bahagia, apa yang paling penting adalah rasa syukur dengan kurniaan Allah. Bersyukur bukan bermakna cukup sekadar dengan apa yang ada,tanpa perasaan ingin maju kehadapan, tetapi merasa cukup dengan apa yang ada, dan sentiasa cuba untuk menambah usaha untuk beroleh pendapatan yang lebih tinggi.

Apa yang pasti, petani-petani tersebut sanggup mengeluarkan modal sendiri, bagi meningkatkan teknologi yang ada, bukan apa yang ada tidak mencukupi, namun bagi menarik generasi pelapis. Mereka bekerja bukan sekadar untuk diri mereka sendiri, tetapi kerana ingin memberi, meningalkan sesuatu buat generasi yang seterusnya.

Jika dilihat persepsi masyarakat, pertanian bukanlah sesuatu yang dipandang tingi, terutama ia memerlukan fizikal yang agak kuat. Bagi memetik buah kelapa sawit, ia memerlukan kekuatan tangan untuk memegang cok (galah), untuk menoreh geah pula, seseorang perlu mula menireh seawal jam 4 pagi, dan bagi sesetengah tanaman yang lain pula, mendapatkan hasil adalah mudah, namun, penjagaan pokok pula menjadi sukar.

Namun, jika kita ingin berubah menjadi sebuah negara maju, persepsi tersebut perlu diubah. Seorang petani tidak semestinya hanya seorang yang mempunyai sijil setakat SPM, tetapi juga boleh terdiri dari seorang yang memiliki ijazah. Seseorang yang mempunyai ijazah biotelogi, boleh menambahbaik benih-benih sedia ada, seorang jurutera boleh mencipta peralatan baru yang mempercepatkan kerja, dan, sekiranya mereka yang mempunyai ilmu yang tinggi ini menjadi petani, mereka pastinya mampu mengenalpasti masalah di peringkat akar umbi, dan menyelesaikan masalah tersebut.

Oleh yang demikian, apa yang penting, "mindset" masyarakat perlu diubah, dari hanya memikirkan seorang yang berjaya akan bekerja di ruang pejabat yang berhawa dingin. Walau apa yang kita lakukan, pasti akan ade kelebihan dan kekurangan. Seorang petani pastinya mempunyai fizikal yang lebih kuat dan sihat berbanding dengan mereka yang bekerja di pejabat.

Perkara paling utama, adalah niat, walauapapun yang kita lakukan, biarlah ia menjadi suatu ibadah. Ia bukan siapa kita, seorang petani, seoaramg doktor, seorang jurutera, tetapi, seberapa ikhlas kita bekerja, bagaimana kita berfikir ketika melakukan kerja, apakah matlamat kerja kita, wang, keredhaan Allah, atau apa sahaja yang menjadi matlamat kita. Selagi ada usaha, pastinya ada rezeki yang menanti.

2 komen:

Anonymous said...

matlamat perlu diset kepada:
1.mencari Redha Allah.
2.mendapat ilmu pengetahuan.
3.berkongsi pengalaman.
4.bersyukur dengan apa yg diperolehi.

money was nothing, rezeki yang halal itu yang penting.

sekadar pandangan yg ingin dikongsi...

Unknown said...

Hello!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

 
Copyright (c) 2010 Towards Jannah. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.