Saturday, August 06, 2011
Coretan hati
Adakala, sebagai manusia,kita terlalu sombong dan angkuh, terlupa kepada Pencipta kita. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah namun, kita terlalu sombong untuk meminta. Kita sering mengejar nikmat dunia sehinga terlupa bahawa dunia hanyalah sekdar sebuah persinggahan.
Dan aku hanyalah seorang insan yang lemah, yang punya banyak kelemahan, sesungguhnya dosa-dosaku ibarat titisan air di lauatan.Aku lemah berseorangan, meniti kehidupan ini, dan aku terlalu lemah bersendirian.
Ya Allah, sesungguhnya betapa aku bersyukur, dalam kehidupan sebagai seorang remaja, aku dikurniakan sahabat-sahabat yang terbaik. Seseungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya. Oleh kerana itu, hendaklah seseorang kamu melihat terlebih dahulu siapakah yng patut dijadikan sahabat, (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan Baihaqi)
Namun, masa kian berlalu, dan setiap dari kita akan mempunyai haluan masing-masing. Dalam menempuh alam pekerjaan, ia menjadi semakin sukar. Untuk mencari sahabat-sahabat yang terbaik, yang sentiasa ingat mengingatkan kita kepada akhirat.
Pabila usia semakin menempuh alam dewasa, jauh di sudut hati, ingin memiliki seorang teman hidup. Pabila melihat sahabat paling karibku telah pun memasuki alam perkahwinan, sentiasa aku berdoa, agar dikurniakan seseorang yang terbaik buat diriku,yang akan sentiasa berada di sisiku, sentiasa mengingatkanku bahawa dunia ini hanya sementara.
Ya Allah, Ya Wajid, telah Engkau pertemukan aku dengan seorang insan yang terbaik pada pandanganku, dan aku memohon kepadamu Ya Allah, seandainya dia adalah yang terbaik buatku, satukanlah kami dengan rahmat-Mu . Sesunggguhnya aku hanyalah seorang hamba yang begitu kerdil di sisi-Mu, Ya Allah.
0 komen:
Post a Comment