Assalamulaikum dan selamat sejahtera. Ya, topik kali ini tiba-tiba terilham di fikiranku tatkala sibuk menyiapkan tugasan. Mungkin, kuliah pada hari sabtu yang lalu telah memberikanku sesuatu yang gak bermakna yang boleh kita kongsikan bersama.
Ia adalah mengenai pengalaman. Seringkali kita terdengar, seseorang mempunyai pengalaman 2 tahun, 3, 5, 10, 15 dan sebagainya. Tetapi, adakah kita pernah terfikir, adakah segala pengalamannya itu adalah sesuatu yang betul? Adakala mereka melakukan kesalahan yang sama sehingga 20 tahun, tanpa mereka mengetahuinya.
Oleh yang demikian, adakala, sememangnya kita akan melakukan kesilapan, dan kita seharusnya mengakui kesilapan kita. Terutama dalam belajar, guru yang terbaik adalah diri kita sendiri iaitu pengalaman. Pernah seorang bijak pandai ditanya " Bagaimanakah cara anda berjaya?" dia menjawap, "dengan membuat keputusan yang tepat" dia ditanya lagi, "bagaimana untuk membuat keputusan dengan tepat" Dia menjawab " dengan membuat keputusan yang silap"
Oleh itu, seharusnya kita berani mencuba dan tidak takut melakukan kesilapan, terutamanya ketika belajar, kerana kesilapan itulah yang akan mengajar kita dan memberikan kita pengalaman yang sebenarnya. Selain itu, cubalah untuk meneroka pelbagai cabang, kerana itulahj yang akan memberi kita lebih banyak pengalaman. Pengalaman untuk melakukan hanya kerja yang sama sahaja selama manapun, hanya akan menjadikan kita semakin lemah. Kerana kita perlu banyak bergantung kepada orang lain untuk membuat kerja yang berbeza.
0 komen:
Post a Comment