Pages

Sunday, March 08, 2009

Mari menikmati cendol..

Salam dan selamat sejahtera diucaokan kepada yang sudi membaca, semalam, ketika keluar dari kuantan parade bersama ayahanda, bonda dan adikku, kami semua telah membeli cendol qais. Jika diingat kembali, penjual cendol itu merupakan salah seorang dari sahabat abangku. Kali pertama, cendol itu diberi percuma kepada keluarga kami. Selepas itu pula, ia dijual dengan harga yang lebih rendah dari harga biasa.

Diimbau kembali 6 tahun yang lalu, iaitu ketika aku berada di MRSM pasir salak, yang pada ketika itu baru dibuka, aku telah membuat keputusan untuk bertukar ke MRSM lain untuk mengambil akaun. Walaubagaimanapun, abangku tidak bersetuju dengan pilihanku itu. Oleh yang demikian, abangku telah membuat keputusan untuk mengambil aku untuk pulang dan bersekolah kembali di sekolah asalku (SMART).

Dalam perjalanan abangku dari Johor Bahru ke Kuantan, pada ketika melalui felda keratung, keretanya telah membuat ragam, suhu enjin terus meningkat ke tahap maksimum, walaubagaimanapun, kerana pada ketika itu adalah malam, abangku teruskan juga memandu sehingga terjumpa sebuah gerai.

Di sini berlakunya berlakunya peristiwa yang tidak terduga, gerai itu kepunyaan sahabatnya iaitu orang yang sama yang menjual cendol di hadapan kuantan parade itu sekarang. Apa yang lebih menghairankan adalah, dia telah memberi pinjam keretanya supaya abangku boleh meneruskan perjalanan ke kuantan, dan seterusnya ke perak untuk menjemputku.( Ketika itu, keretanya itu baru sahaja dua mingu dibeli)

Aku yang menunggu agak terkejut melihatkan kereta lain yang sampai (aku jangkakan kereta wira abangku yang berwarna biru). Walaubagaimanapun, alhamdulillah, peristiwa itu telah membuktikan itulah keputusan yang terbaik buatku. Walaupun mungkin ia kelihatan seperti berpatah kembali, tetapi ia merupakan satu pengalaman yang sudah pastinya aku tidak akan lupakan.

0 komen:

 
Copyright (c) 2010 Towards Jannah. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.