Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk entri kali ini, harap akan mendapat pelbagai komen, tidak perlu mengisi nama pun tidak apa, hanya komen sebagai anonymous. Adakah anda sebagai seorang sahabat yang mengenaliku??? adakala, aku sendiri tidak memahami diriku, dan apa yang ingin aku capai dalam kehidupanku.
Terlalu banyak kemungkinan yang membuatkanku pasrah melalui hidup ini mengikut apa pilihan yang telah aku lakukan. Baiklah, yang pertama, adakah anda perasan bahawa ketika berbual, aku tidak pernah menggunakan sebarang kata ganti diri pertama? mungkin ada yang perasan, dan ada yang tidak. Aku hanya menggunakan kata ganti diri pertama dalam penulisan.
Tidak kuketahui mengapa, tetapi sukar untuk lidah ini menyebut perkataan yang terasa agak kasar walaupun cuma untuk perkataan "aku". Mungkin dalam keluargaku yang hanya menggunakan perkataan yang lembut walaupun sesama adik-beradik. Dan, inilah yang menjadi faktor utama mengapa sahabat-sahabatku mengatakan aku seringkali bercakap dengan tidak cukup jelas.
Aku cuma mampu mengharap mereka memahami aku yang aku maksudkan, tetapi untuk bercakap perkataan "aku" sekalipun, aku tidak mampu. Untuk menggunakan "saya" pula, terasa tidak sesuai dengan untuk menuturkannya dengan sahabat sebaya. Tetapi, harapanku hanyalah, orang-orang di sekelilingku memahami apa yang aku bicarakan. Walaupun tanpa pernah menggunakan kata ganti diri pertama, tetapi, itulah kehidupanku selama 21 tahun 3 bulan ini. Adakah anda perasan? silalah memberi komen..
5 komen:
aku 1st ke komen?hahaha..da answer is yup!!mmg ko xpenah guna kata ganti diri pertama,aku dh lama perasan..tp aku leh je phm apa yg ckp..aku kn hebat!!hehehe..
p/s : ko pakai r kata gnti nama kedua daus..emm mcm kambing ke,kerbau ke,lembu ke..
hahahhahaha..
Kadang2 aku pun malu nak gunakan kata ganti diri aku bila berbual dengan ko..
Tapi ok je..pedulik orang kata..
ak prsn gak.. mksdnya ak knl ko la.. hahaa..
tp unik apa ko gn kt gant diri tu..
x pnh lg membe ak b'bhs mcm ko..
selute la kt ko..
chayok2!!! naikn martbt bhs ibunda kta!!!!!!!
Hahahahaha....
Mase aku jd roommate ko kat matrik dulu mmg x pnah aku dgr ko bahasekn diri ko aku, sy, efi, ......etc.
Ko mmg pelik....haha.
Ape kate ko cube guna 'saya'. Klu nk stylo skit 'aku' la. Aku bg ko tempoh prcubaan selama 3 hari je. Jgn lupe hntr result kat aku.
Huhu, payah gak tu, aku nak menyebut "aku" tu pon, ley meremang jadi bulu roma.. hahaha~ tgk la, aku akan cube dr masa ke semasa. mungkin aku perlukan suasana baru.
Post a Comment