Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dari tajuk entri kali ini, mungkin anda akan menganggapnya seperti satu entri yang bersifat kejiwangan. Tetapi, pada hakikatnya tidak, apa yang ingin diceritakan di sini adalah mengenai pengalaman. Pengalaman juga merupakan antara perkara yang adakala sukar untuk diceritakan.
Cuba kita imbau kembali, mungkin semasa kita masih kecil iaitu ketika kita mula-mula diajar menaiki basikal yang beroda dua ( bukan apa, aya yang roda 3, 4 untuk yang betul-betul baru belajar). Pastinya mereka yang mengajar kita ( mungkin, ayah, ibu, atau abang dan kakak) mengatakan yang kita perlu stabilkan diri kita. Agak sukar untuk mengatakan perkataan stabil itu bagaimana, tetapi, kita perlu melaluinya.
Begitu juga, ketika mula kita belajar memandu, agak sukar mendapatkan kestabilan antara clutch dan minyak, terutama ketika mula bergerak, mungkin pada peringkat permulaaan, pasti ade enjin yang terbehenti. Walaubagaimanapun, dengan pengalaman, ia menjadi semakin mudah. Apapun, sewktu diajar, agak sukar kita memahami makna kestabilan yang sebenar dimana ia hanya boleh didapati dari pengalaman.
Begitu juga dengan hidup, bukan semua perkara mampu diperolehi dengan hanya belajar, kadangkala, ia hanya akan dapat diperolehi melalui pengalaman. Kerana itulah, pengalaman merupakan guru kita yang sebenarnya. Mungkin kita boleh mendapatkan asasnya dengan membaca, walaubagaimanapun, hanya pengalaman yang akan membuatkan kita mampu memahami sesuatu perkara itu dengan lebih mendalam.
Seharusnya kita mempunyai keberanian untuk mencuba untuk mengetahui sesuatu yang baru, kerana hanya dengan cara itulah kita akan memperolehi pengalaman. Tidak salah untuk gagal, kerana orang yang sebenar-benarnya gagal adalah orang yang gagal mencuba. Gagal adalah salah satu perkara yang mungkin perlu ditempuhi sebelum menempuhi kejayaan. Walaubagaimanapun, perkara yang ingin dicuba itu, mestilah mempunyai batasnya iaitu batas-batas yang telah ditetapkan dalam Islam. Islam itu indah jika ia menjadi cara hidup kita dan bukan sekadar agama.
0 komen:
Post a Comment