Setelah berbincang dengan ayahku dan abang-abangku, muncul pula pilihan lain yang perlu aku pertimbangkan, iaitu mengambil master secara sepenuh masa atau separuh masa. Ayahku mencadangkan supaya aku mengambil separuh masa dan sambil itu bekerja di syarikat kenalannya yang baru dibuka.
Tapi adakah mampu aku melakukannya? rasanya seperti agak mustahil, untuk menjadi satu-satunya pekerja di situ serta mengikuti pengajian untuk master. Pastinya ia akan menjadi 2 tahun yang paling memenatkan tetapi hasilnya pasti akan memuaskan dimana aku mungkin boleh mendapatkan master dan menjadi registered surveyor secara serentak setelah 2 tahun.
Walaubagaimanapun, dalam perancanganku, masih memerlukan ruang masa yang agak banyak bagi memenuhi impianku bagi memperbaiki diri serta membantu adik-adik generasi yang lebih muda. Mungkin ada yang hairan, tetapi bagiku ia adalah penting kerana merekalah pelapis bangsa.
Oleh yang demikian, selagi mampu, pasti aku akan mencuba, dengan permulaan beberapa program yang akan aku kendalikan bersama rakan-rakanku yang mana ia pastinya akan membantu kami dan juga mereka..
0 komen:
Post a Comment