Pages

Sunday, March 15, 2009

Sebuah kubus itu.. suatu perspektif



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Adakah anda mengetahui apa itu perspektif? ia adalah sejenis pandangan yang mana ia hampir menyerupai lukisan isometri, tetapi ia adalah pandangan yang lebih nyata dimana terdapat titik fokus yang menentukan kedudukan pandangan sebenar. Walauapapun, bukanlah perkara itu yang ingin dinyatakan pada entri kali ini.

Jika anda biasa melihat lukisan isometri, contohnya bagi suatu kubus, anda akan dapat melihat 3 permukaan sahaja. Begitulah juga diri kita. Kita hanya dapat melihat sebahagian dari diri kita, dan yang selebihnya mungkin orang-orang di sekeliling kita lebih dapat melihat diri kita.

Bayangkan sebuah kubus, ia mempunyai 6 permukaan, tapi kita hanya mampu melihat 3 permukaan pada lukisan isometri, mungkin ada orang lain yang melihat 3 permukaan yang laian melalui lukisan yang berbeza. Begitulah juga diri kita, mungkin ada orang yang melihat diri kita dengan 100% perbezaan dari apa yang kita fikirkan.

Jika dilihat, pada setiap sudut yang mungkin, akan menjadi kesemuanya 8 sudut yang berbeza untuk melihat sebuah kubus yang sama, begitu juga kita, ada yang mampu melihat perkara yang sama sepert kita, hanya setelah semuanya informasi digabungkan, kita akan memperolehi gambaran yang tepat mengenai kubus tersebut.

Begitulah juga kehidupan kita, kita memerlukan pendapat orang lain tidak kira samaada untuk memperbaiki diri, menyiapkan sesuatu kerja atau apa-apa sekalipun. Jika kubus yang mempunyai 6 permukaan pun memerlukan 8 pandangan supaya tidak muncul salah faham tentang rupa bentuk yang sebenarnya, bagaimana pula kita, sebagai hamba Allah yang cukup istimewa, pastinya memerlukan ramai orang di sekeliling kita bagi melihat kelebihan kita untuk digunakan dengan sebaiknya dan kelemahan kita agar lebih mudah diatasi.

1 komen:

Anonymous said...

perghh..ni yg aku tkt ni klu org pandang aku dr perspektif yg berbeza..

 
Copyright (c) 2010 Towards Jannah. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.