Seiringan masa yang berlalu, semakin bertambah usia kita, terasa begitu cepat masa yang berlalu pergi meninggalkan kita. Dari anak-anak kecil, meniti alam remaja dan memasuki alam pra-kedewasaan, daripada hampir tiada tanggungjawab, kepada tanggungjawab yang semakin bertambah, itulah kehidupan kita di dunia.
Pelbagai tanggungjawab bertambah seiringan usia, sedangkan aku terasa belum bersedia menghadapi dunia yang sebenarnya, yang dipenuhi pelbagai ragam manusia. Apakah aku telah mempunyai jatidiri yang cukup unggul untuk menghadapi dunia yang sebenarnya? Rasanya seperti diriku masih lagi kekurangan pengalaman.
Masih banyak yang perlu dipelajari, dan masih banyak yang perlu diperbetulkan. Walauapapun, aku pasti, perkara yang paling penting dalam hidup ini, adalah amanah, kerana hidup ini sendiri adalah satu amanah. Orang yang sentiasa menjaga amanah pastinya akan dihormati, Selain itu, apa yang penting, pastinya hormat-menghormati dan menjaga hak orang lain terutamanya kita sebagai seorang muslim.
Jika masa mampu diputar semula, ingin aku memperbaiki segala kesalahan pada masa yang lalu, tetapi adakala aku terfikir, jika aku tidak pernah melakukan kesalahan tersebut, apakah aku akan menjadi aku yang sekarang? timbulnya persoalan yang sudah pastinya tidak akan terjawab. Mungkin aku hanya akan menjadi seseorang yang sama seperti majoriti yang lain, dengan minda melayu yang semakin layu dan layu..
Walauapapun, hidup kita telah mengikut qada' dan qadar yang telah ditetapkan, apa yang pasti, kita hanya mampu berusaha dan berdoa untuk menjadi yang terbaik, demi agama , bangsa, dan negara.
0 komen:
Post a Comment