Pages

Tuesday, March 31, 2009

Harapan

Ada 4 lilin yang menyala,

Sedikit demi sedikit habis meleleh.
Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka

Yang pertama berkata: "Aku adalah keindahan." "Namun manusia tak mampu menjagaku: maka lebih baik aku mematikan diriku saja!"
Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.

Yang kedua berkata: "Aku adalah Kasih Sayang." "Sayang aku tak berguna lagi." "Manusia tak mau mengenalku,untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala."
Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.

Dengan sedih giliran Lilin ketiga bicara:"Aku adalah Cinta" "Tak mampu lagi aku untuk tetap menyala." "Manusia tidak lagi memandang dan mengganggapku berguna."
"Mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya. "
Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga.

Tanpa terduga
Seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar, dan melihat ketiga Lilin telah padam.
Karena takut akan kegelapan itu, ia berkata: "Ekh apa yang terjadi?? Kalian harus tetap menyala, Aku takut akan kegelapan!"
Lalu ia mengangis tersedu-sedu.

Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata:
Jangan takut,
Janganlah menangis,
selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga Lilin lainnya:

Akulah H A R A P A N "
Dengan mata bersinar, sang anak mengambil Lilin Harapan, lalu menyalakan kembali ketiga Lilin lainnya.

Apa yang tidak pernah mati hanyalah H A R A P A N.
yang ada dalam hati kita.dan masing-masing kita semoga dapat menjadi alat, seperti sang anak tersebut, yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Keindahan, Kasih Sayang dan Cinta dengan HARAPAN-Nya

Note :

Harapanlah yang membuat orang untuk lebih baik lagi, dimasa sekarang dan masa yang akan datang. Jadi jangan padamkan semangat dan harapanmu untuk hidup yang lebih baik

Thursday, March 26, 2009

Peristiwa yang tak terjangka

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Hari ini, berlakunya satu peristiwa yang tidak terjangka, tidak pernah berlaku sebelum ini, dalam pada aku menunggang motosikal, aku telah dikejar oleh tiga ekor anjing.

Pada asalnya, anjing itu hanya duduk melintangi jalan, aku yang hendak melalui jalan tersebut memperlahankan motorsikalku, anjing-anjing itupun beredar ketepi. Aku melalui jalan tersebut dengan perlahan sahaja. Tiba-tiba, ketiga-tiga anjing itu mengejarku.

Aku terus menurunkan gear motorku ke gear yang lebih rendah dan terus memecut, dan anjing itu masih mengejarku walaupun pada ketika aku telah sampai ke rumah abangku. Melihatkan anjing yang semakin dekat, aku teruskan memecut sehingga anjing tersebut berhenti mengejarku, akhirnya setelaha anjing itu berpatah kembali, aku pon berpatah kembali ke rumah abangku..

Half day as a computer technician..

Assalamulaikum dan selamat sejahtera, buat yang sudi membaca, terima kasih diucapkan. Separuh hari ini berlalu dengan kerja-kerja membaiki komputer. Walaupun dalam keadaan agak sibuk, namun, janji masih adalah suatu janji. Buat sahabatku, mungkin ada janji yang masih belum aku mampu tunaikan, maaf dipinta.

Dalam kesibukan ini, masa yang ada amat terhad, aku akan cuba untuk mewujudkan ruang waktu itu, namun, mungkin akan menjadi agak tertangguh. Maaf sekiranya lama menunggu, aku harus mengutamakan apa yang lebih utama, yang lebih penting, jika kerosakan itu, pastikanya aku akan membaiki yang lebih perlu dahulu.

Walauapapun, jika ada kesempatan, pasti aku cuba untuk membantu. Terima kasih buat yang memahami. Buat masa yang ada, aku berharap mendapat keberkatan di sebalik waktu yang ada, kerana keberkatan itulah yang akan menjadikan hidup kita sentiasa dalam keredhaan-Nya.

Tuesday, March 24, 2009

Menu yang sama tapi tak serupa

Assalamulaikum dan salam sejahtera, terima kasih buat yang sudi membaca. Dalam beberapa minggu ini, aku telah mengunjungi beberapa kedai yang berbeza untuk memakan menu yang sama, sehinggalah hari semalam.

Menu yang dipesan olehku, seperti biasa nasi gpreng pattaya( x nak sayur) tapi boleh dilihat, jika aku memesannya di kedai di dalam kawasan UTM, pastinya sia-sia sahja perkataan tambahan itu, mungkin disebabkan ingin cepat, ia tidak memenuhi permintaanku.

Berbeza pu;la dengan di luar, terutamanya di sebuah restoran berhampiran rumah abangku, dengan menu yang siap dalam masa kurang 5 minit, ia pasti akan memenuhi peasananku. Seperti hari ini, pulang sahaja dari ujian, aku telah menyinggahkan diri sebentar untuk menikmati mee bandung (xnak sayur) dan begitulah menu yang sampai.

Walaupun agak segan untuk memesan, namun, terasa cukup nikmat makan tanpa perlu aku "menapis" sayur-sayuran. Namun, hari ini terasa begitu kosong, seolah-olah ia berlalu begitu sahaja.

Sedetik masa yang berlalu

Detik demi detik yang berlalu,
membawa aku meniti arus usia,
detik demi detik,
mewujudkankan kenangan,
juga pengalaman,
yang mendewasakanku,
detik demi detik,
yang berlalu,
terasa begitu pantas,
membuatkan aku,
mengharap,
aku mempunyai kesempatan,
untuk aku,
memperbaiki diriku,
namun, pastinya ia,
tidak pernah akan berlaku,
apa yang mampu aku lakukan,
hanyalah mempergunakan waktu,
waktu yang ada,
dengan sebaiknya.

hurmm.. xtawla rase nak berpuitis skit, tp x jd lak.. huhuhu~ mengarut aje jd entri nih.

Haruskah aku bersedih..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini berlalu dengan sedikit rasa sedih yang sememangnya disembunyikan di sebalik kegembiraan. teLefon bimbitku yang telah digunakan sejak dua tahun yang lalu( ia adalah yang terlama dalam sejarahku) tiba-tiba rosak.

Pada asalnya, ia mengeluarkan garisan biru, namun, apabila ditekan di hujung, masih boleh berfungsi. Walaubagaimanapun, tiba-tiba, aku telah tertekan dengan agak kuat menyebabkan skrin lcd itu pecah dan terbelah. Rosaklah ia dalam erti kata yang sebenarnya.

Sahabatku kehairanan meihatkanku kelihatan gembira. Bukan gembira, tetapi cuba meyakinkan diri tidak guna untuk bersedih, jadi, buat sahabat-sahabatku, dalam masa terdekat ini, hanya nombor celcomku yang akan aktif.

Aku berada dalam keadaan agak kekurangan wang untuk mendapatkan telefon yang baru, mungkin tidak buat masa terdekat ini. Jadi, sebarang hal, silalah menghubungi nombor celcomku.

Monday, March 23, 2009

Maafkanku wahai sahabat-sahabatku..

Adakala, lidah terlalu tajam mengguris, adakala mulut terlalu ringan menutur, maafku wahai sahabat sekirany ada kata-kataku yang telah mengguris anda. Bukan niatku, tetapi sememangnya sukar untuk hanya menuturkan hanya perkara-perkara yang betul-betul bermanfaat.

Sekali lagi, ribuan kemaafan dipohon, andai ada kesilapan yang telah aku lakukan, mungkin, adakala, aku sentiasa memikirkan anda sama sepertiku, tidak begitu ambil kisah dengan perkara-perkara kecil, dan menganggapnya sebagai gurauan. Tetapi, aku memahami, setiap orang berbeza, sekiranya ada yang mengguris perasaan, maafkan aku.

Aku hanya manusia biasa, yang pastinya akan melakukan kesalahan, tegurlah jika aku melakukan kesalahan, agar aku mampu memperbetulkannya. Janganlah memperkatakannya di belakang ku, kerana ia tidak bermakna apa-apa bagiku, tegurlah, kerana aku senantiasa ingin berubah untuk menjadi yang lebih baik..

Sunday, March 22, 2009

Am I alien from other planet??

Assalamualaikum to all visitor, thanks for viewing my blog. This topic maybe a little strange but its all just about myself. Sometimes, when I think it back, I myself feel weird about myself. Why I cannot speak a word of personal pronoun, Why I cannot eat fruits and vegetables.

Can I changes? that the question that always i'm asing myself. Sometimes, I want to try tochange, but, it feel so hard. So hard that sometimes make a drop of water from my eyes. Why, I don't know, still I don't have the answer.

About six years ago, one teacher( that he unintentional knows that I don't eat fruit's and vegetables, he, with full of confidence said that I will change after get married, but, Still I would not know, if it is right) Just, I will try to changes. I will need a new environment to change.

The most important thing is, I NEED TO CHANGES.. if not, I will be like an alien in my own planet. Just hoping that all of my friend will help me to change.

Kisah di satu persimpangan..

Assalamulaikum dan salam sejahtera, terima kasih buat yang sudi membaca nukilanku ini Untuk entri pada hari ini, hanyalah suatu peristiwa yang berlaku di suatu persimpangan yang mempunyai lampu isyarat. Tetapi, lampu itu hanyalah sekadar lampu kerana pemandu dan penunggang yang membuat peraturan sendiri.

Baiklah, ketika aku berada di persimpangan itu, lampu isyarat di bahagianku telah bertukar menjadi hijau. walaubagaimanapun, terdapat 2 lagi kenderaan dari 2 simpang yang berlainan, tiba-tiba berjalan, menyebabkan hampir berlaku kemalangan antara mereka. tetapi, tidak seperti keadaan biasa, di mana biasanya mereka akan memberhentikan kenderaan, kedua-dua pemandu itu hanya berlalu pergi.

Mengapa? kerana kedua-dua mereka sedar, itu adalah kesalahan mereka. Mujurlah pada ketika itu, aku boleh termasuk dalam golongan yang bergerak ketika lampu hijau dan keadaan selamat. Jika seperti biasa, lampu hijau sahaja, terus aku memecut, pastinya juga aku bakal termasuk di dalam kejadian hampir eksiden itu.

Oleh itu, patuhilah peraturan.. walaupun aku sendiri adakala tidak mematuhinya. tetapi, fikirkanlah, peraturan itu adalah sebagai kawalan, dan bukannya halangan yang akan menyusahkan kita, sebaliknya membantu kita.

Friday, March 20, 2009

Kerana ia amanah buatku..

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Hari ini mungkin antara hari yang begitu memenatkan buatku, mungkin, kerana dalm satu masa, aku perlu membuat keputusan di antara, tanggungjawab terhadap ilmu tambahan yang ada padaku untuk membantu orang lain, tanggungjawabku sebagai wakil kelas dan juga tanggungjawab sebagai seorang anak.

Walau apapun, buat rakan-rakanku, cubalah untuk menjadi individu yang menepati masa. Kerana perlu menunggu, ia menjadi terlalu sukar bagiku. Pada jam 3 petang tadi, di antara aku perlu menghantar tugasan yang telah dikumpulkan dan juga pergi menyambut ayahku yang telah sesat sehingga kawasan tampoi. Di sebalik itu, seorang lagi sahabatku telah meminta pertolonganku bagi melihat laptopnya yang telah kehilangan file penting.

Akhirnya, aku membuat keputusan untuk menjemput ayahku terlebih dahulu. hampir sejam aku pergi, dan aku kembali ke utm untuk menghantar tugasan dengan membawa kereta kerana bilangan tugasan yang perlu dihantar agak banyak. Setelah slesai menghantar tugasan, aku pergi pula bertemu seorang pensyarah untuk memastikan status kuliah pada hari esok, dan, tiada kuliah pada hari esok kerana ketiadaan ruang.

Seterusnya, selepas bersolat asar ( setelah menikmati cendol bersama dua lagi sahabatku) barulah aku pergi membantu sahabatku yang meminta pertolongan tadi, malangnya, tidak banyak yang aku mampu membantu. Berakhirlah sudah satu hari yang memenatkan, walauapapun, ia adalah amanah buatku, sebagai seorang sahabat, ketua dan juga seorang anak. walaupun agak keletihan, namun terasa amat nikmat setelah segala perkara diselesaikan.

Thursday, March 19, 2009

Buat sahabat-sahabatku, adakah anda mengenaliku?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk entri kali ini, harap akan mendapat pelbagai komen, tidak perlu mengisi nama pun tidak apa, hanya komen sebagai anonymous. Adakah anda sebagai seorang sahabat yang mengenaliku??? adakala, aku sendiri tidak memahami diriku, dan apa yang ingin aku capai dalam kehidupanku.

Terlalu banyak kemungkinan yang membuatkanku pasrah melalui hidup ini mengikut apa pilihan yang telah aku lakukan. Baiklah, yang pertama, adakah anda perasan bahawa ketika berbual, aku tidak pernah menggunakan sebarang kata ganti diri pertama? mungkin ada yang perasan, dan ada yang tidak. Aku hanya menggunakan kata ganti diri pertama dalam penulisan.

Tidak kuketahui mengapa, tetapi sukar untuk lidah ini menyebut perkataan yang terasa agak kasar walaupun cuma untuk perkataan "aku". Mungkin dalam keluargaku yang hanya menggunakan perkataan yang lembut walaupun sesama adik-beradik. Dan, inilah yang menjadi faktor utama mengapa sahabat-sahabatku mengatakan aku seringkali bercakap dengan tidak cukup jelas.

Aku cuma mampu mengharap mereka memahami aku yang aku maksudkan, tetapi untuk bercakap perkataan "aku" sekalipun, aku tidak mampu. Untuk menggunakan "saya" pula, terasa tidak sesuai dengan untuk menuturkannya dengan sahabat sebaya. Tetapi, harapanku hanyalah, orang-orang di sekelilingku memahami apa yang aku bicarakan. Walaupun tanpa pernah menggunakan kata ganti diri pertama, tetapi, itulah kehidupanku selama 21 tahun 3 bulan ini. Adakah anda perasan? silalah memberi komen..

Menyusun langkah kehadapan..

Assalamulaikum dan salam sejahtera, terima kasih buat yang sudi melawat. Sedar tidak sedar, masa begitu pantas berlalu. Semester ini, aku terasa seolah-olah menjadi seorang yang gagal mengikut perancanganku sendiri. Mungkin, segala kemudahan yang seharusnya membantu dalam proses mendapatkan ilmu menjadi penghalanag kerana diri yang tidak terdaya mengurus masa dengan sebaiknya.

Semakin masa berlalu, seharusnya kita menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Tetapi aku, seolah menjadi lebih teruk dari sebelumnya. Aku perlu berubah, mungkin pada peringkat seterusnya mengikut perancanganku. Peringkat yang akan bermula dengan satu program yang akan aku kendalikan dalm bulan jun ini.

Aku berharap, aku mampu melakukannya, walaupun seringkali aku terfikir, dimanakah aku harus mendapatkan peruntukan untuk program ini, tetapi, aku yakin, setiap perkara dengan niat untuk membantu pasti akan dipermudahkan.

Tetapi, adakah aku mampu menggunakan masa dengan sebaiknya bagi memastikan program ini mampu berjalan? masih menjadi persoalan, apa yang mampu aku lakukan, meneruskan kehidupan seperti biasa, mengharap suatu keajaipan berlaku sekali lagi.

Wednesday, March 18, 2009

Hulurkanlah kemaafan..

Assalamulaikum dan salam sejahtera, sebelum aku mula menyiapkan PSM ku, tergerak hatiku untuk menulis entri ini. Mungkin, senang untuk diperkatakan tetapisukar untuk dilakukan. Sememangnya sukar untuk menjadi insan yang pemaaf, walaubagaimanapun, kita harus mencuba agar suatu kebencian itu tidak menjadi suatu rantaian yang berpanjangan.

Bagaimana untuk menjadi pemaaf? Baiklah, yang pertama kita seharusnya menerima bahawa kita telah memberi ruang untuk seseorang itu melakukan kesalahan, dimana, walauapapun, kesalahan yang dilakukan itu adalah disebabkan oleh kita pada asalnya. Dan terimalah bahawa orang-orang lain juga manusia biasa, yang akan melakukan kesilapan.

Bagi yang telah melakukan kesilapan, akuilah sebarang kesilapan, janganlah membiarkan ego mengatasi rasional. Sebagai manusia biasa, kita pasti akan melakukan kesilapan, akuilah kesilapan itu, dan mohonlah kemaafan. Semoga nilai ukhwah yang terbina kekal untuk selama-lamanya.

Rantaian kebaikan seringkali terputus di pertengahan, tetapi, rantaian kebencian seringkali bertambah-dan bertambah panjang. Janganlah diikutkan hati yang dipandu nafsu, kelak akan membawa kerugian. Sentiasalah berfikiran positif, semoga hidup kita sentisa di dalam keredhaan Allah.

Kuasa di sebalik keterpaksaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mungkin dalam mind setting kita, suka melakukan kerja pada masa-masa terakhir. Pada masa-masa terakhir inilah akan muncul kekuatan luar biasa yang akan memberikan kita keajaiban untuk menyiapkan kerja.

Jika ketika belajar ini, kita melakukan kerja pada saat-saat terakhir, pastinya ia akan menjadi amalan kita sehingga menempuh alam perkerjaan nanti. Mungkin, ada yang ampu berubah mengikut keadaan persekitaran kerja, tetapi di alam pekerjaan pun, majoritinya pada masa sekarang suka melakukan kerja-kerja pada saat terakhir.

Walauapapun, kita masih mapu berubah, cubalah untuk menghargai masa kerana masa itu bukan tiada, tetapi kita yang tidak cukup pandai menguruskan masa. Mungkin, seiringan dengan tanggungjawab yang semakin meningkat mengikut peningkatan umur, masa terluang yang kita ada juga akan berkurangan.

Tetapi, hakikatnya, masa diukur bukan pada kuantitinya, tetapi kualitinya. Bukan lama atau singkatnya, panjang atau pendeknya tetapi bergantung kepada bagaimana ia diurus dan untuk apa ia digunakan.

Tuesday, March 17, 2009

Niat yang tidak kesampaian..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,topik kali ini sengaja dibunyikan seolah-olah agak sedih, walaubagaimanapun, alhamdulillah, akhirnya niatku untuk menipu sedikit dalam psmku, tidak kuteruskan. Mungkin kerana aku telah berbincang dengan penyeliaku bekenaan bilangan responden, dan menyebabkan aku tidak jadi untuk meneruskan niat untuk menipu sedikit.

Setelah berfikir dan berfikir, jika aku meneruskan niatku, mungkin aku tidak akan tenteram apabila tiba saat aku menerima ijazah nanti. Oleh yang demikian, aku teruskan dengan bilangan yang ada walaupun tidak berapa mencukupi.

Sekiranya lulus nanti, alhamdulillah, sekiranya tidak, aku redha, mungkin ia memberikan aku peluang untuk membuat sesuatu yang lebih baik kerana aku boleh menumpukan masa semata-mata untuk psm ini sahaja nanti.

Walauapapun, aku senantiasa berdoa dan mengharap, tiada sebarang halangan untuk aku lulus. Kerana ayahandaku sememangnya mengharapkan aku tamat belajar seiringan dengan persaraan sepenuhnya dari alam pekerjaan. Jika ada yang mengetahui, ayahandaku telah bersara 6 tahun yang lalu. Walaubagaimanapun, sehingga bulan jun tahun ini, ayahandaku masih lagi bekerja sambilan, iaitu separuh dari waktu kerja biasa sebagai pengurus koperasi.

Apapun, kita hanya mampu merancang dan berusaha untuk melakukan yang terbaik. Apa hasilnya, tidak akan kita ketahui, sehingga tiba masanya.

Monday, March 16, 2009

Ada apa dengan pengalaman..

Assalamulaikum dan selamat sejahtera. Ya, topik kali ini tiba-tiba terilham di fikiranku tatkala sibuk menyiapkan tugasan. Mungkin, kuliah pada hari sabtu yang lalu telah memberikanku sesuatu yang gak bermakna yang boleh kita kongsikan bersama.

Ia adalah mengenai pengalaman. Seringkali kita terdengar, seseorang mempunyai pengalaman 2 tahun, 3, 5, 10, 15 dan sebagainya. Tetapi, adakah kita pernah terfikir, adakah segala pengalamannya itu adalah sesuatu yang betul? Adakala mereka melakukan kesalahan yang sama sehingga 20 tahun, tanpa mereka mengetahuinya.

Oleh yang demikian, adakala, sememangnya kita akan melakukan kesilapan, dan kita seharusnya mengakui kesilapan kita. Terutama dalam belajar, guru yang terbaik adalah diri kita sendiri iaitu pengalaman. Pernah seorang bijak pandai ditanya " Bagaimanakah cara anda berjaya?" dia menjawap, "dengan membuat keputusan yang tepat" dia ditanya lagi, "bagaimana untuk membuat keputusan dengan tepat" Dia menjawab " dengan membuat keputusan yang silap"

Oleh itu, seharusnya kita berani mencuba dan tidak takut melakukan kesilapan, terutamanya ketika belajar, kerana kesilapan itulah yang akan mengajar kita dan memberikan kita pengalaman yang sebenarnya. Selain itu, cubalah untuk meneroka pelbagai cabang, kerana itulahj yang akan memberi kita lebih banyak pengalaman. Pengalaman untuk melakukan hanya kerja yang sama sahaja selama manapun, hanya akan menjadikan kita semakin lemah. Kerana kita perlu banyak bergantung kepada orang lain untuk membuat kerja yang berbeza.

Sunday, March 15, 2009

Sebuah kubus itu.. suatu perspektif



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Adakah anda mengetahui apa itu perspektif? ia adalah sejenis pandangan yang mana ia hampir menyerupai lukisan isometri, tetapi ia adalah pandangan yang lebih nyata dimana terdapat titik fokus yang menentukan kedudukan pandangan sebenar. Walauapapun, bukanlah perkara itu yang ingin dinyatakan pada entri kali ini.

Jika anda biasa melihat lukisan isometri, contohnya bagi suatu kubus, anda akan dapat melihat 3 permukaan sahaja. Begitulah juga diri kita. Kita hanya dapat melihat sebahagian dari diri kita, dan yang selebihnya mungkin orang-orang di sekeliling kita lebih dapat melihat diri kita.

Bayangkan sebuah kubus, ia mempunyai 6 permukaan, tapi kita hanya mampu melihat 3 permukaan pada lukisan isometri, mungkin ada orang lain yang melihat 3 permukaan yang laian melalui lukisan yang berbeza. Begitulah juga diri kita, mungkin ada orang yang melihat diri kita dengan 100% perbezaan dari apa yang kita fikirkan.

Jika dilihat, pada setiap sudut yang mungkin, akan menjadi kesemuanya 8 sudut yang berbeza untuk melihat sebuah kubus yang sama, begitu juga kita, ada yang mampu melihat perkara yang sama sepert kita, hanya setelah semuanya informasi digabungkan, kita akan memperolehi gambaran yang tepat mengenai kubus tersebut.

Begitulah juga kehidupan kita, kita memerlukan pendapat orang lain tidak kira samaada untuk memperbaiki diri, menyiapkan sesuatu kerja atau apa-apa sekalipun. Jika kubus yang mempunyai 6 permukaan pun memerlukan 8 pandangan supaya tidak muncul salah faham tentang rupa bentuk yang sebenarnya, bagaimana pula kita, sebagai hamba Allah yang cukup istimewa, pastinya memerlukan ramai orang di sekeliling kita bagi melihat kelebihan kita untuk digunakan dengan sebaiknya dan kelemahan kita agar lebih mudah diatasi.

Saturday, March 14, 2009

Tiada yang sempurna...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam perjalanan pulang dari kuliah tadi, tiba-tiba aku terfikir, sememangnya tiada manusia yang sempurna. Sehebat manapun seseorang itu, pastinya ada kelemahan. Itulah sebab mengapa kita perlulan sahabat-sahabat di sekeliling kita.

Sahabat-sabahat itu mungkin rakan sekerja, mungkin juga rakan seperjuangan dalam menuntut ilmu dan mungkin juga majikan kita, guru-guru kita dan sesiapa sahja yang berada dalam hidup kita.

Sahabat ini penting kerana mereka mampu melihat kelemahan dan kesalahan yang kita lakukan lantas menegur kita. Walaubagaimanapun, tiada sesiapa pun yang sempurna, dalam menegur itu sekalipun, mungkin kita akan melakukan kesilapan

Terdapat beberapa jenis teguran, ada yang agak kasar iaitu dalam nada marah, yang lembut tetapi tajam, iaitu berbentuk sindiran, dan juga yang lembut dan berhikmah. Teguran yang lembut dan berhikmah inilah yang kita perlukan, tetapi, berapa ramaikah yang mampu menegur kesalahan kita dengan cara ini?

Satu persoalan yang anda boleh fikirkan sendiri, walauapapun, terimalah teguran itu, dan janganlah berkecil hati walaupun kadangkala ia mengguris perasaan. Muhasabah diri agar kita menjadi yang lebih baik.

Friday, March 13, 2009

Malu atau ego??

Adakala, aku terfikir bukankah malu itu sebahgian dari iman? seharusnya ia menjadi pelindung dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah tetapi jika dilihat, ia seolah-olah menjadi benteng untuk kita terus maju.

Dari perspektif fikiran ku, Yang menjadi benteng untuk maju itu, bukanlah malu tetapi ia adalah ego yang bertopengkan malu. Malu untuk bertanya di dalam kelas, ia adalah ego supaya tidak dipandang rendah. Adakala, kita seharusnya berfikir, di manakah seharusnya wujudnya perasaan malu itu.

Jika hidup kita adalah berpandukan syariat, pastinya malu itu akan menjadi benteng dari kita melakukan maksiat dan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah, dan sudah pastinya ia tidak menjadi keegoan yang menjadi benteng bagi kita mencapai kejayaan.

Walauapapun, perkara yang paling penting adalah niat kita dalam melakukan sesuatu perkara. Tetapkan niat kita kerana Allah, pastinya apa yang kita lakukan akan mengikut syariat. Pastinya, dalam menuntut ilmu, malu atau keegoan itu tidak seharusnya wujud, kerana ia akan menjadi benteng yang menghalang kefahaman kita terhadap sesuatu ilmu.

Naluri seorang ibu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entri kali ini akan menceritakan tentang naluri seorang ibu. Adakala agak pelik memikirkannya tetapi itulah keagungan Allah yang telah menciptakan manusia. Kisah ini, mungkin biasa bagi sesetengah orang, tetapi mungkin ada yang tidak pernah mengalaminya.

Semalam, seorang sahabatku telah memanggilku meminta pertolonganku bagi membaiki laptopnya yang rosak. Setelah siap memeriksa, aku mendapati hard disknya telah rosak. Oleh kerana hujan yang turun agak lebat pada ketika itu, aku berehat seketika di bilik sahabatku itu.

Sambil itu, sahabatku itu menceritakan, bahawa, beberapa minggu yang lalu, ibunya telah menelefonnya, dan ibunya telah menanyakan sesuatu yang tidak pernah ditanyakan sebelum ini. Ia adalah berkenaan laptopnya samaada berkeadaan elok atau tidak. Sahabatku itu kehairanan. Walaubagaimanapun, ia membuktikan, naluri seorang ibu itu memang cukup hebat.

Itulah anugerah yang telah dikurniakan oleh Allah kepada insan yang telah melahirkan kita. Seharusnya kita sentiasa taat kepada kedua ibubapa kita terutama ibu yang telah melahirkan kita. Sesungguhnya syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

Thursday, March 12, 2009

The Window..

A young couple moves into a new neighborhood
The next morning, while they are eating breakfast, the young woman sees her neighbor hang the wash outside.
That laundry is not very clean, she said,
she doesn’t know how to wash correctly.
Perhaps she needs better laundry soap.
Her husband looked on, but remained silent.
Every time her neighbor would hang her wash to dry, the young woman would make the same comments.
About one month later, the woman was surprised to see a nice clean wash on the line and said to her husband:
Look! She has learned how to wash correctly. I wonder who taught her this.
The husband said:
I got up early this morning and cleaned our windows.
And so it is with life:
What we see when watching others, depends on the purity of the window through which we look.
Before we give any criticism, it might be a good idea to check our state of mind and ask ourselves if we are ready to see the good rather than to be looking for something in the person we are about to judge.
And oh yes! I almost forgot….
I see you today much clearer than I did yesterday…
And you?
Wishing you a nice day…

Sesuatu yang tak mampu terungkap..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dari tajuk entri kali ini, mungkin anda akan menganggapnya seperti satu entri yang bersifat kejiwangan. Tetapi, pada hakikatnya tidak, apa yang ingin diceritakan di sini adalah mengenai pengalaman. Pengalaman juga merupakan antara perkara yang adakala sukar untuk diceritakan.

Cuba kita imbau kembali, mungkin semasa kita masih kecil iaitu ketika kita mula-mula diajar menaiki basikal yang beroda dua ( bukan apa, aya yang roda 3, 4 untuk yang betul-betul baru belajar). Pastinya mereka yang mengajar kita ( mungkin, ayah, ibu, atau abang dan kakak) mengatakan yang kita perlu stabilkan diri kita. Agak sukar untuk mengatakan perkataan stabil itu bagaimana, tetapi, kita perlu melaluinya.

Begitu juga, ketika mula kita belajar memandu, agak sukar mendapatkan kestabilan antara clutch dan minyak, terutama ketika mula bergerak, mungkin pada peringkat permulaaan, pasti ade enjin yang terbehenti. Walaubagaimanapun, dengan pengalaman, ia menjadi semakin mudah. Apapun, sewktu diajar, agak sukar kita memahami makna kestabilan yang sebenar dimana ia hanya boleh didapati dari pengalaman.

Begitu juga dengan hidup, bukan semua perkara mampu diperolehi dengan hanya belajar, kadangkala, ia hanya akan dapat diperolehi melalui pengalaman. Kerana itulah, pengalaman merupakan guru kita yang sebenarnya. Mungkin kita boleh mendapatkan asasnya dengan membaca, walaubagaimanapun, hanya pengalaman yang akan membuatkan kita mampu memahami sesuatu perkara itu dengan lebih mendalam.

Seharusnya kita mempunyai keberanian untuk mencuba untuk mengetahui sesuatu yang baru, kerana hanya dengan cara itulah kita akan memperolehi pengalaman. Tidak salah untuk gagal, kerana orang yang sebenar-benarnya gagal adalah orang yang gagal mencuba. Gagal adalah salah satu perkara yang mungkin perlu ditempuhi sebelum menempuhi kejayaan. Walaubagaimanapun, perkara yang ingin dicuba itu, mestilah mempunyai batasnya iaitu batas-batas yang telah ditetapkan dalam Islam. Islam itu indah jika ia menjadi cara hidup kita dan bukan sekadar agama.

Wednesday, March 11, 2009

The three SMARTians named Firdaus..

Assalamulaikum dan selamat sejahtera, terima kasih buat yang sudi membaca. Tajuk entri kali ini adalah di dalam bahasa inggeris, walaubagaimanapun, isinya adalah bahasa melayu. Mungkin ada yang hairan dengan tajuknya. Entri kali ini akan mencertakan kejayaan 2 orang sahabatku, yang juga bernama firdaus. Seorang darinya mempunyai umur yang sama denganku, dan seorang lagi senior setahun dariku. Mereka bersekolah di sekolah yang sama denganku iaitu Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART)

Buat permulaan, kita mulakan dengan Firdaus Ariff, sahabatku ini merupakan senior satu tahun dariku, iaitu sejak dari sekolah rendah sehinggalah tamat tingkatan 5. Buat masa sekarang, dia merupakan seorang pelajar di UIA dan disamping itu, dia merupakan seorang penulis bebas bagi majalah dan juga menghasilkan novel berbentuk fiksyen sains. Jika diimbau kembali, dia sememangnya agak menonjol sejak dari sekolah rendah lagi. Untuk mengtahui dengan lebih lanjut, boleh melawat ke blog studio inspirasi.

Seterusnya pula, rakan sekelasku dahulu, firdaus putra. Pernahkah anda mendengar mengenai Boonga art shoes?? jika tidak, pastinya anda kurang membaca akhbar ataupun melihat rancangan-rancangan seperti mhi, whi. Dia pada masa sekarang juga seorang pelajar yang mana pada masa yang sama, merupakan usahawan muda yang boleh dikatakan berjaya. Produk yang dikeluarlkan olehnya cukup kreatif bagi menarik minat remaja. Anda boleh melihatnya di Boonga art shoes

Cukup dengan kejayaan-kejayaan sahabat-sahabatku. Tapi itulah yang aku fikirkan, dimanakah aku berada sekarang? adakah impianku, hanya tinggal impian.. pastinya tidak, pastinya aku sentiasa berusaha untuk menjadi orang yang berjaya biarpun pada masa ini, aku masih belum mendapat kejayaan sebenar yang aku impikan.

Mungkin, impianku itu terlalu besar, dan jalan yang telah aku pilih, mungkin agak tersipi, tetapi aku percaya, kejayaan sebenar untuk mencapai impian bukanlah sesuatu yang mudah. Apapun ia telah bermula, dan pastinya aku akan mencuba mencapai impianku, untuk menjadi sesorang yang cemerlang, gemilang dan terbilang demi agama, bangsa dan negara.

Merenung dan berfikir

Sejak dari semalam, iaitu setelah menemui responden yang rupa-rupanya merupakan bekas guru tuisyenku, aku seringkali terfikir apa yang diperkatakannya, iaitu tentang matlamat, prospek kerjaya dan alternatif serta pilihan yang aku perlu tempuhi. Mungkin, pada ketika aku memberikan jawapan kepadanya, aku sekadar memberikan sebarang jawapan yang terlintas di fikiran disebabkan kesuntukan masa.

Walaubagaimanapun, hati kecil aku masih lagi berfikir, sememangnya ada sesuatu di sebalik apa yang dipertanyakan kepadaku. Mungkin dengan memikirkannya, ia mampu membantuku dalam membuat pilihan yang pada masa ini, sememangnya masih asyik bermain di fikiranku.

Bila disebutkan tentang matlamat, matlamat asalku yang pernah aku tetapkan beberapa tahun yang lalu mungkin telah tersasar jauh dari jalan yang telah aku lalui sekarang, walaubagaimanapun, mungkin ia adalah jalan hidup terbaik buatku untuk memperbaiki pelbagai kesilapan yang pernah aku lakukan.

Mungkin, pada masa sekarang, sebahagian matlamatku telah bertukar, tetapi pada asasnya masih lagi sesuatu yang sama, pada cara yang berbeza. Apapun, masih belum kutemui jawapan yang sesuai bagi semua persoalan yang timbul dari guru itu dan mungkin juga yang tiba-tiba wujud dalam diriku.

Tuesday, March 10, 2009

Hari yang berlalu..

Nampaknya, hari ini seolah berlalu begitu sahaja, tanpa ada sebarang kerja yang aku mampu siapkan. Mungkin, kesihatanku yang masih belum pulih sepenuhnya. Walau apapun, aku amat berharap, bernafasnya aku kembali di keesokan pagi, kesihatanku sudah pulih sepenuhnya.

Malam ini yang pada asalnya ingin aku menyiapkan beberapa kerja, akhirnya, dihabisi dengan satu setengah jam menunggu giliran di pusat kesihatan. ( Itupun aku telah keluar sementara untuk melihat keadaan laptop salah seorang sahabatku yang rosak) ketika kembali, nombor giliran masih belum sampai ke giliranku. aku teruskan menunggu.

Setelah mengambil ubat ( kebiasaannya dalam masa 5 - 10 minit, aku akan terlelap ), walaubagaimanapun, kali ini, seolah-olah tiada kesan bagiku. Keadaan yang sama berlaku ketika aku diberikan bius ketika tercedera dahulu, bius itu tidak memberikan sebarang kesan kepadaku..

Monday, March 09, 2009

Mencari responden..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. bermulalah lagi kerja-kerja yag dilakukan pada saat-saat terakhir. Mungkin, pada saat-saat terakhir inilah barunya munculnya kekuatan dan keberanian luar biasa untuk aku mencari responden dari rumah ke rumah. Pada asalnya, rancanganku hanyalah untuk mencari reponden di kawasan taman perumahanku. Walaubagaimanapun, 10 responden terawal memberikan jawapan yang terlalu hampir sama, iaitu kesemuanya adalah pesara.

Oleh yang demikian, pada hari ini, aku pergi ke perumahan-perumahan yang berdekatan, pada sejam pertama, aku pergi dari rumah ke rumah dimana terdapat pemiliknya yang berada di luar. Walaubagaimana pun ia cukup mengambil masa. Di sebalik kaedah ini, salah seolah responden itu merupakan salah seorang bekas guru tuisyenku. Agak lama aku berada di rumahnya. Dengan aku telah disoal tentang target masa depanku, prospek kerjayaku dan pelbagai lagi. 15 minit aku berada di rumahnya.

Jam sudah menunjukkan pukul 6, aku harus menggunakan kaedah yang lebih efektif, akhirnya, aku mengambil keputusan untuk mengedarkannya di restoran dan warung. Sememangnya, kaedah ini lebih berkesan. Sekali pergi, 10 minit mendatangkan sehinggga 4 responden, cuma, aku kekenyangan dengan air yang mana setiap kali aku pergi, pastinya aku perlu memesan air. Akhirnya, jam menunjukkan 6.55, selesailah sudah keseluruhan responden yang diperlukan di kuantan ini.

Dan sememangnya jawapan yang diperolehi seperti jangkaan. Cuma aku agak bernasib baik untuk menemui beberapa orang kontraktor yang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian rumah ini. Dapatlah aku beberapa input yang cukup berguna untu kajian ini. Cuma, bahagian di johor masih belum selesai sepenuhnya. Petang esok, seharusnya selesai kesemua responden yang diperlukan. Sungguh aku mengharap, cuaca menyebelahiku petang esok.

Sunday, March 08, 2009

Mari menikmati cendol..

Salam dan selamat sejahtera diucaokan kepada yang sudi membaca, semalam, ketika keluar dari kuantan parade bersama ayahanda, bonda dan adikku, kami semua telah membeli cendol qais. Jika diingat kembali, penjual cendol itu merupakan salah seorang dari sahabat abangku. Kali pertama, cendol itu diberi percuma kepada keluarga kami. Selepas itu pula, ia dijual dengan harga yang lebih rendah dari harga biasa.

Diimbau kembali 6 tahun yang lalu, iaitu ketika aku berada di MRSM pasir salak, yang pada ketika itu baru dibuka, aku telah membuat keputusan untuk bertukar ke MRSM lain untuk mengambil akaun. Walaubagaimanapun, abangku tidak bersetuju dengan pilihanku itu. Oleh yang demikian, abangku telah membuat keputusan untuk mengambil aku untuk pulang dan bersekolah kembali di sekolah asalku (SMART).

Dalam perjalanan abangku dari Johor Bahru ke Kuantan, pada ketika melalui felda keratung, keretanya telah membuat ragam, suhu enjin terus meningkat ke tahap maksimum, walaubagaimanapun, kerana pada ketika itu adalah malam, abangku teruskan juga memandu sehingga terjumpa sebuah gerai.

Di sini berlakunya berlakunya peristiwa yang tidak terduga, gerai itu kepunyaan sahabatnya iaitu orang yang sama yang menjual cendol di hadapan kuantan parade itu sekarang. Apa yang lebih menghairankan adalah, dia telah memberi pinjam keretanya supaya abangku boleh meneruskan perjalanan ke kuantan, dan seterusnya ke perak untuk menjemputku.( Ketika itu, keretanya itu baru sahaja dua mingu dibeli)

Aku yang menunggu agak terkejut melihatkan kereta lain yang sampai (aku jangkakan kereta wira abangku yang berwarna biru). Walaubagaimanapun, alhamdulillah, peristiwa itu telah membuktikan itulah keputusan yang terbaik buatku. Walaupun mungkin ia kelihatan seperti berpatah kembali, tetapi ia merupakan satu pengalaman yang sudah pastinya aku tidak akan lupakan.

Saturday, March 07, 2009

Pantasnya masa yang berlalu..

Seiringan masa yang berlalu, semakin bertambah usia kita, terasa begitu cepat masa yang berlalu pergi meninggalkan kita. Dari anak-anak kecil, meniti alam remaja dan memasuki alam pra-kedewasaan, daripada hampir tiada tanggungjawab, kepada tanggungjawab yang semakin bertambah, itulah kehidupan kita di dunia.

Pelbagai tanggungjawab bertambah seiringan usia, sedangkan aku terasa belum bersedia menghadapi dunia yang sebenarnya, yang dipenuhi pelbagai ragam manusia. Apakah aku telah mempunyai jatidiri yang cukup unggul untuk menghadapi dunia yang sebenarnya? Rasanya seperti diriku masih lagi kekurangan pengalaman.

Masih banyak yang perlu dipelajari, dan masih banyak yang perlu diperbetulkan. Walauapapun, aku pasti, perkara yang paling penting dalam hidup ini, adalah amanah, kerana hidup ini sendiri adalah satu amanah. Orang yang sentiasa menjaga amanah pastinya akan dihormati, Selain itu, apa yang penting, pastinya hormat-menghormati dan menjaga hak orang lain terutamanya kita sebagai seorang muslim.

Jika masa mampu diputar semula, ingin aku memperbaiki segala kesalahan pada masa yang lalu, tetapi adakala aku terfikir, jika aku tidak pernah melakukan kesalahan tersebut, apakah aku akan menjadi aku yang sekarang? timbulnya persoalan yang sudah pastinya tidak akan terjawab. Mungkin aku hanya akan menjadi seseorang yang sama seperti majoriti yang lain, dengan minda melayu yang semakin layu dan layu..

Walauapapun, hidup kita telah mengikut qada' dan qadar yang telah ditetapkan, apa yang pasti, kita hanya mampu berusaha dan berdoa untuk menjadi yang terbaik, demi agama , bangsa, dan negara.

Tanda-tanda keegoan

Suatu zaman yang tersangat dahulu, tatkala diperintah untuk sujud pada Adam, syaitan berkata "What? Sujud pada Adam? Sorry le. Patutnya dia yang kena sujud pada aku coz aku lebih senior! Aku lebih mulia dari dia! Aku dari api sedangkan dia hanya dari tanah!!!"

BAPA orang-orang ego ialah syaitan. Timbulnya ego berpunca dari sifat-sifat ke'aku'an, iaitu bila terasa diri lebih 'best' dari orang lain. Mula-mula ego dengan manusia, kemudian ego dengan Tuhan. Itulah
perangai syaitan. Syaitan juga mencipta sejarah sebagai makhluk pertama yang berputus asa dari rahmat ALLAH. Begitulah secara ringkas sejarah penyakit ego ini.

Berikut adalah di antara tanda-tanda ego. Marilah kita selidik-selidik diri kita, kot-kot kita tergolong dalam golongan orang ego. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda; "Tidak akan masuk Syurga seseorang yang di dalam hatinya masih terdapat satu zarah dari sifat sombong." - Hadis Riwayat Muslim.

Antara tanda-tanda ego...
1. Apabila diberi jawatan terasa seronok dan terhibur. Rasa diri memang layak untuk mendapat jawatan.
2. Apabila tidak dilantik, rasa tidak senang. Tidak mahu terima kepimpinan yang telah ditunjuk.
3. Kalau dia seorang pemimpin, arahannya kepada anak buah
4. Kalau dia merupakan seorang pengikut, payah mahu taat kepada arahan pemimpin.
5. Emosional, mudah tersinggung.
6. Mudah marah, cepat melenting.
7. Suka berkawan dengan orang yang lebih kekurangan dari dirinya dengan niat supaya beliau nampak lebih tertonjol.
8. Payah mahu menerima pandangan orang lain.
9. Dalam sesuatu majlis tidak senang kalau orang lain memberi pandangan.
10.Dalam sesuatu majlis suka memotong cakap orang lain.
11.Suka hanya pandangannya sahaja yang diterima.
12.Tidak senang atas kemajuan yang tercetus di tangan orang lain.
13.Bercakap selalunya dengan suara tinggi. Tak boleh dicabar, pasti akan mencabar.
14.Tidak berdoa selepas menunaikan solat, sekalipun sebentar.
15.Sengaja melewat-lewatkan sembahyang tanpa uzur yang syarie.

Itulah antara tanda-tanda ego. Amacam? Ada tak sifat sombong dan ego pada diri kita? Kalau tak ade syukur le... kalau ada baiklah bertaubat segera... sebelum syaitan mengaku kita nie suku-sakat dia.

Wassalam.

Jawapan yang terbaik..

Setelah berfikir dan berfikir, bermuhasabah serta berbincang dengan sahabat baikku (sahabatku sejak dari tingkatan 1 lagi) sememangnya adakala, sesuatu jawapan yang kita terima itu, mungkin bukan jawapan yang kita kehendaki, tetapi adakala ia mungkin adalah jawapan yang terbaik. Jawapan itu adakala menambah lagi rasa hormat, serta akan memberi peluang kepada kita untuk memperbaiki diri.

Pastinya, jika inginkan sesuatu yang terbaik, kita seharusnya memperbaiki diri kita. Dalam ruang masa yang diberi, aku tersedar, walau apapun, kita hanya merancang. Adakala sesuatu peristiwa itu berlaku bagi memberikan peluang untuk kita belajar dan sedar akan kesilapan-kesilapan kita, seterusnya memberikan ruang untuk memperbaiki diri.

Kepada insan yang berkenaan, jika anda membaca entri ini, terima kasih diucapkan, walau apapun jawapan anda, aku pasrah menerimanya. Terima kasih kerana hadir sebagai sahabat yang banyak menegur kesilapanku.

Permata yang dicari..

Assalamu'alaikum ..

Adakah menjadi sifat semula jadi manusia, gajah di depan mata tidak nampak, namun kuman di seberang terang-menerang kelihatan. Atau mungkin ini adalah sifat yang terterap dalam diri seseorang di dalam proses kehidupan.

Setiap manusia mempunyai impian, setiap manusia mempunyai matlamat hidup dan tujuan. Tetapi bukan mudah untuk mencapai tujuan itu, yang berjaya dikatakan cemerlang, yang tidak dikatakan Mat Jenin, yang berazam tidak akan putus asa, yang beriman hanya akan berserah kepadaNYA.

Namun dalam mencari matlamat, tidak kira sama ada mencari peluang perniagaan, mencari jodoh, mencari penyelesaian masalah, kadang-kala kita terlepas pandang kepada apa yang ada di depan mata. Sebaliknya, bintang di langit kita kejari sampai pagi, sampai ia hilang. Bila malam menjelang, kita kejar dan kejar lagi.

Perhatikan di sekeliling kita, mungkin apa yang kita perlukan itu sebenarnya telah lama bersama kita, atau ada di depan mata. Cuma manusia sebagai insan yang alpa tidak menduga.

Manusia memang gemar mengejar bintang di langit, mahukan yang terbaik untuk diri sendiri. Sedangkan permata di depan mata yg tersembunyi, berdebu, kelihatan seperti batu, lebih berharga, lebih bermakna, dari mengejar sesuatu yang mustahil.

Yang duluku cari, rupa-rupanya ada disini. Sekiranya pertama itu digilap, maka bersinarlah ia di malam dan juga di siang hari.

Janganlah terlalu memilih dan mencari terlalu jauh. Selidiki dahulu apa yang ada di depan mata atau yang mendatang, mungkin itu sebenarnya milik kita. Siapa tahu...

3 yang berbeza..

Pada suatu petang.. di dalam sebuah sampan yang menyusuri sungai.. besembanglah 3 orang.. seorang pakar kaji bintang.. seorang pakar haiwan... dan seorang lagi hanyalah seorang pendayung sampan...

tersebut kisah pada petang itu... pakar kaji bintang pun berkata..
(sambil melihat ke langit)
"ish ruginya kalau orang tak belajar kaji bintang.. banyak rahsia yang aku ketahui.. orang biasa tak ketahui.."

kemudian.. si pakar haiwan pun mencelah... sambil meneliti bunyi yang dikeluarkan seekor burung gagak.. katanya " betapa ruginya orang tak belajar macam aku.. aku boleh mengetahui gerak geri haiwan"...

si pendayung sampan hanya mendengar..

tanpa diduga.. sampan yang mereka naiki terbalik... si pakar kaji bintang dan si pakar kaji haiwan.. tenggelam timbul di tengah sungai... berusahalah si pendayung sampan menyelamatkan kedua dua pakar itu...

sambil itu si pendayung pun berkata.. "ish.. betapa ruginya orang tak tahu berenang... setinggi mana pun ilmu.. hanya beberapa saat nyawa boleh melayang dan ilmu itu pun tak berguna lagi.."

MORAL : Jangan riak dan memandang rendah pada orang lain

Mengimbau kembali zaman matrikulasi..



Jika diingat kembali, zaman matrikulasi adalah permulaan dari fasal perubahan hidupku. Dari seorang yang pasif, berubah menjadi seorang yang agak aktif. Walaupun perubahan itu lebih ketara pada semester kedua. Jika sebelum ini aku memikirkan yang aku tidak layak memimpin( mungkin kerana kebiasaannya dikatakan orang yang lahir pada awal tahun memiliki sifat kepimpinan, sedangkan aku lahir pada hujung tahun) tetapi, itulah permulaannya.

Aku dilantik sebagai wakil kelas (mungkin kerana aku yang tidak pernah ponteng dan awal ke kelas) dan aku juga mula menonjolkan diri dalam kelab, ketika itu, ko-q yang wajib diambil, aku memilih kelab buletin) dan pada semester kedua itulah, aku mula berniaga.

Perniagaanku pada asalnya adalah telefon bimbit, walaubagaimanapun, memory card menjadi item utama yang dibeli kerana secara relatifnya harga yang dijual olehku, jauh lebih murah dari pasaran tempatan (kuantan) Alhamdulillah, ia mampu memberikanku pulangan sekurang-kurangnya rm50 seminggu.

Walau apapun, terdapat juga kerisauan, setiap minggu, aku keluar dengan jumlah wang yang agak byk, tetapi, apa yang mampu aku lakukan, hanyalah berdoa agar dilindungi. Alhamdulillah, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Pada ketika itu, rakan-rakanku (yang lelaki terutamanya) suka menggelarkanku sebagai rigid body ( jasad tegar) kerana tidak menghiraukan sebarang apa yang mereka gemar mengutukku. mungkin sehingga sekarang , aku memang seorang yang agak degil ( pengakuan ikhlas dari guru bahasa inggerisku ketika tamat tingkatan 5) .

Walau apapun, itulah yang menyelamatkanku dari terjebak dari perkara-perkara negatif, kerana aku cukup tetap dengan pendirianku terutamanya jika ia hanya melibatkan diriku. Terima kasih buat rakan-rakanku yang telah menjadikan aku, aku yang sekarang.

FISABILILLAH atau FISABILISY SYAITAN ? ..


Rasulullah pernah ditanya, apakah yang dimaksudkan dengan pekerjaan
yang terbaik. Dan Baginda menjawab, "Pekerjaan yang terbaik adalah usaha
yang dilakukan seseorang dengan tangannya sendiri dan semua jual beli yang
dianggap baik (diredhai)." (Riwayat Ahmad, Baihaqi dan lain-lain)

Pesanan Rasulullah sudah jelas dan nyata. Setiap usaha yang dilakukan dengan
niat penuh ikhlas, tanpa melanggar batasan agama dan syarak, dengan disertai
niat yang baik; maka akan memberikan keberkatan yang tersendiri.

Bekerja juga dianggap suatu ibadah yang akan memberikan ganjaran. Pernah suatu
ketika, semasa Rasulullah duduk bersama para sahabat, melintas seorang lelaki
yang gagah yang sedang dalam perjalanan untuk bekerja. Kata sahabat,
"Kasihan orang itu, andainya tubuh muda dan gagah itu digunakan untuk fisabilillah,
alangkah baiknya."

Mendengar kata sahabat, Rasulullah cepat-cepat membetulkan kata-kata itu,
"Jangan kamu berkata begitu. Sebab jika dia keluar dari rumah untuk bekerja bagi
menyara anaknya yang masih kecil, maka dia telah berusaha fisabilillah. Jika dia
berusaha untuk diri sendiri agar tidak meminta-minta daripada orang lain, itu pun
fisabilillah. Tetapi jika dia bekerja untuk menunjuk-nunjuk apa-apa yang dia miliki
atau bermegah-megah, maka itu fisabilisy syaitan (atau kerana mengikut jalan syaitan!)"
(Riwayat Thabrani)

Friday, March 06, 2009

Pilihan yang perlu aku lakukan..

Setelah berbincang dengan ayahku dan abang-abangku, muncul pula pilihan lain yang perlu aku pertimbangkan, iaitu mengambil master secara sepenuh masa atau separuh masa. Ayahku mencadangkan supaya aku mengambil separuh masa dan sambil itu bekerja di syarikat kenalannya yang baru dibuka.

Tapi adakah mampu aku melakukannya? rasanya seperti agak mustahil, untuk menjadi satu-satunya pekerja di situ serta mengikuti pengajian untuk master. Pastinya ia akan menjadi 2 tahun yang paling memenatkan tetapi hasilnya pasti akan memuaskan dimana aku mungkin boleh mendapatkan master dan menjadi registered surveyor secara serentak setelah 2 tahun.

Walaubagaimanapun, dalam perancanganku, masih memerlukan ruang masa yang agak banyak bagi memenuhi impianku bagi memperbaiki diri serta membantu adik-adik generasi yang lebih muda. Mungkin ada yang hairan, tetapi bagiku ia adalah penting kerana merekalah pelapis bangsa.

Oleh yang demikian, selagi mampu, pasti aku akan mencuba, dengan permulaan beberapa program yang akan aku kendalikan bersama rakan-rakanku yang mana ia pastinya akan membantu kami dan juga mereka..

Thursday, March 05, 2009

Tetapkanlah hatiku..

Mungkin dalam penantianku ini... aku berharap aku mampu menetapkan niatku agar ikhlas dalam melakukan semua perkara. Apa yang aku risaukan adalah niatku untuk membantu yang akan menjadi semakin terpesong. Ya Allah, tetapkanlah hatiku agar ikhlas dalam melakukan segala perkara.

Mungkin, jika dikatakan tidak mengharap, pastinya ia adalah suatu pembohongan, kerana setelah hasrat yang tulus dari hati itu dinyatakan, pastinya akan muncul pengharapan. Walaubagaimanapun, segala pengharapan haruslah diserahkan kepada Allah, kerana hanya Dialah yang menentukan segalanya.

Sekiranya terlalu mengharap, pastinya juga akan menjadi terlalu kecewa, bukankah senantiasa kita dipesan, "cintailah sesuatu itu sekadar saja, kerana kelak, ia mungkin menjadi kebencianmu, bencilah sesuatu itu sekadar saja, kelak, ia mungkin menjadi kecintaanmu" Dari ayat ini, semestinya dalam melakukan sesuatu perkara, keserdahanaan adalah yang utama.

Serahkan segala pegharapan kepada Allah, kerana hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik buat kita, tidak perlu kecewa, kerana setiap perkara yang berlaku, pasti ada rahmat yang tersembunyi, yang memerlukan kita berfikir sejenak, bermuhasabah diri. Pasti akan ada sesuatu yang mungkin tidak kita perasan sebelum ini.

Keikhlasan VS riya dan kesombongan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Masa tetap berlalu dan tanpa kita sedari kita bertambah usia, masa hanya setiap detik, dan kita hanya mengecapi masa pada setiap detik dan ia akan berlalu, sekiranya kita melakukan yang terbaik bagi setiap detik yang kita punyai maka kita akan menjadi seorang yang benar-benar berjaya didalam kehidupan kita. Masa yang telah berlalu hanya menjadi kenangan dan kita tidak dapat berbuat apa-apa terhadap masa tersebut, ia hanya akan jadi kenangan dan menjadi sempadan untuk kita memperbaiki masa sekarang, masa akan datang bukan masa kita dan mungkin kita tidak akan melaluinya.

Tidak perlu menanti masa yang belum tentu datang tetapi gunakanlah waktu yang sedia ada sekarang kerana ini adalah masa kita yang diberikan kepada kita. Kita perlu melakukan yang terbaik sekarang kerana masa ini diberikan khas buat kita untuk melihat bagaimana kita berbaik sangka terhadap Allah swt. Jika kita sedar dan benar-benar merasai bahawa Allah swt benar-benar melihat apa yang kita lakukan, kita tentu melakukan yang terbaik untuk mendapat rahmat dari Allah swt.

Setiap yang muda menjadi tua, yang tua pula akan mati, kita tidak lebih dari orang-orang yang telah dijatuhkan hukuman mati, namun kita bertindak seolah-olah kita tidak akan mati, kita perlu berusaha untuk mencari yang terbaik bagi kehidupan selepas kematian kita, apa sahaja yang kita lakukan perlu kita fikirkan adakah ia dapat membantu kehidupan kita selepas kematian nanti. Jika kita rasa dengan melakukan perkara-pekara yang ingin kita lakukan akan memberikan kebaikan bagi kehidupan akhirat maka kita perlu berusaha bersungguh untuk memastikan ianya berlaku kerana keselamatan diakhirat adalah suatu yang tidak boleh diabaikan. Sebaliknya sekiranya dengan melakukan perkara-perkara tersebut akan merugikan kehidupan akhirat kita nanti, maka kita perlu mengelakkan dan menjauhkan perkara tersebut daripada dilakukan oleh diri kita. Carilah keredaan Allah swt di mana sahaja yang boleh kita lakukan untuk kebaikan kehidupan akhirat nanti. Allah hu alam

Wanita

Wanita,

Engkau ibarat permata yang berkilauan,

Lahirnya dirimu ibarat sesuci embun pagi,

Kelembutanmu sebaik-baik fitrah,

Hatimu tercipta dipenuhi dengan kasih- sayang,

Menjadi kebanggaan muslimah sejati.

Tuesday, March 03, 2009

Lembaran baru hidupku

Assalamualaikum, terma kasih buat yang sudi membaca, Untuk entri yang pertama bagi blog ini, tiadalah apa-apa untuk dikongsi, kerana buat masa ini, blog ini masih dalam pembinaan. Sesiapa yang berminat untuk mengikuti hasil nukilanku, bolehlah melawat di http://efirdaus.blog.friendster.com iaitu blog asalku. Agak ramai menyatakan blog friendster agak sukar diakses jika talian internet perlahan, oleh yang demikian, aku akan berhijrah ke blogspot, buat masa yang ada sekarang, blog friendster masih adalah yang utama..
 
Copyright (c) 2010 Towards Jannah. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.