Assalamulaikum dan salam sejahtera, adakala, perkara yang begitu kecil sekalipun, jika kita tidak mengetahuinya, mungkin boleh menimbulkan tanggapan negatif orang lain terhadap kita.
Tertawa aku sendirian setelah ditegur oleh ayahandaku dan bondaku, tentang cara mengepam dakwat ke dalam pen. Sememangnya aku tidak mengetahuinya, aku beranggapan, aku perlu membuka pam, dan mennyedut dakwat, namun, hakikatnya, aku cuma perlu mencelup mata pen dan menekan pam.
Pernah aku bertanya kepada beberapa orang rakan, namun mereka semua tidak mengetahuinya juga. Sesuatu telah aku pelajari, Walaupun aku sudah hampir memiliki segulung ijazah, namun masih ada perkara-perkara kecil yang aku belum ketahui. Oleh yang demikian, kita tidak seharusnya sombong dengan ilmu dan apa-apa yang kita ada.
Hormatilah orang-orang di sekeliling kita, walau apapun pekerjaan mereka, kerana setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan, kerana itu, manusia perlu hidup bermasyarakat, saling menegur dan saling melengkapi. Kerana itulah ukhuwah sesama manusia amat dititikberatkan dalam Islam.
Namun, kerana ego, mementingkan diri sendiri, hasad dengki, nilai ukhwah sesama manusia semakin pudar. Masing-masing menganggap mereka adalah betul, namun, sekiranya kita menghormati orang lain, persefahaman boleh dicapai.
0 komen:
Post a Comment