Pages

Monday, April 06, 2009

Mujurlah hanya sekadar peringatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini tidak kuketahui samaada hari yang malang atau bertuah buatku, dalam perjalanan pulang ke UTM setelah selesai menghantar anak-anak saudaraku dari tadika ke rumah, iaiatu ketika aku sedang seronok memecut, muncullah polis di depanku dan mengarahkan aku ke tepi.

Secara automatik, sememangnya aku tahu aku telah melakukan satu kesalahan iaitu tidak memakai tali pinggag keledar. Walaubagaimanapun, setelah melihat lesen dan kad pengenalan serta dengan sedikit perbualan, aku hanya diberi amaran. Terasa sungguh lega, kerana jika tidak, pastinya aku telah kehilangan beberapa puluh ringgit untuk membayar saman.

Dalam seminggu ini pula, mungkin, secara keseluruhannya, prestas kerjaku agak merosot, aku tidak mengetahui mengapa, ia sama seperti ketika berada di matrik dahulu, pada saat akhir, terasa begitu keletihan dan otak yang terasa seperti hendak meletup.

Mujurlah semalam aku telah berjumpa dengan sahabat baikku di kolej 10 iaitu sahabat setutorialku ketika berada di matrik dahulu, dan agak bertuah kerana kebiasaannya dia samaada tiada di bilik atau masih tidur jika aku pergi pada hujung minggu seperti semalam. Sedikit perbualan dengannya, mungkin sedikit-sebanyak memberi semangat. Kerana dia adalah antara sahabat-sahabat yang cukup mengenaliku.

Masa yang tinggal tidaklah sebanyak mana, harapanlu hanyalah agar aku mampu menggunakan waktu sebaiknya sebelum tamat pembelajaranku. Setelah itu, barulah aku perlu membuat keputusan untuk jalan yang seterusnya, masih terlalu banyak cabang yang boleh dipilih, cuma tidak kuketahui, yang mana adalah yang terbaik buat diriku.

0 komen:

 
Copyright (c) 2010 Towards Jannah. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.