Assalamualaikum dan salam sejahtera, mungkin agak lama blog ini tidak dikemaskini, mungkin kerana aku agak sibuk dengan pelbagai tugasan. Terfikir aku, dalam 3 tahun belajar di UTM ini, dalam 3 semester pertama, walaupun duit yang aku terima sebagai biasiswa hanya lebih kurang 1600, tetapi ia mencukupi sehingga ke hujung semester.
Berlainan pula 3 semester berikutnya, dimana ia telah naik kepada 3800 bersih, tetapi seolah-olah ia menjadi tidak mencukupi. Mungkin kerana terasa begitu senang mendapatkan duit, ia juga begitu senag dibelanjakan. Adakala sesuatu yang terlalu senang diperolehi, kita menjadi kurang menghargainya.
Walauapapun, alhamdulillah, tersedar aku dari kesilapanku, yang mungkin terlalu boros, tertamanya untuk makan mengikut nafsu. tetapi, itulah hakikat segala-galanya di dalam hidup hidup ini, sesuatu yang senang diperolehi, kurang kita menghargainya.
Jarang kita bersyukur dengan apa yang terasa sentiasa ada di sekeliling kita, tetapi, apabila kehilangan, barulah terasa betapa peritnya kehilangan. Segala nikmat yang dikurniakan Allah seharusnya kita syukuri, Sedangkan segala deria yang ada juga adalah nikmat.
Terfikir aku, adakala, lebih baik terasa sedikit sukar untuk mendapatkan sesuatu, kerana ia akan menjadikan kita lebih menghargai sesuatu itu. Mungkin juga, kerana kesukaran itu, ia akan menjadi sesuatu yang senantiasa istimewa buat kita buat selama-lamanya.
1 komen:
Aku bersyukur ada kawan yg pandai baiki komputer..
tapi aku lagi bersyukur kalau ko boleh tgkkan lagi laptop aku yang macam nk rosak lagi..
tolong...ni pun aku pakai laptop akak
Post a Comment