Assalamulaikum dan salam sejahtera, setelah berbincang dengan beberapa orang pensyarah dan juga ayahandaku, ahkhirnya keputusan telah diambil. satu keputusan yang agak mencabar, namun ia akan menjadikan cita-citaku akan tercapai dengan lebih cepat iaitu untuk memiliki syarikat sendiri.
Ia akan menjadi permulaan, kerana buat jangka masa panjang, aku masih lagi ingin berada di dalam industri pembinaan. Dan syarikat yang akan aku tubuhkan ini, akan diserahkan kepada kakakku dimana penubuhannya adalah secara rakan kongsi bersama kakakku, kerana aku memerlukan ijazah berkaitan komputer.
Maka, keputusanku adalah untuk menyambung master disamping mengembangkan perniagaanku dengan mendaftarkan syarikat bagi membolehkanku mengambil tender. Dan aku amat berharap, ketiga-tiga impianku akan tercapai pada umur 26 iaitu untuk memiliki sebuah syarikat, mungkin juga menjadi registered QS, juga impianku untuk memiliki sebuah komuniti yang menghargai nilai ukhwah sesama islam( yang aku cuba jalinkan melalui alumni yang juga dalam proses penubuhan) dan juga mungkin untuk memiliki sebuah keluarga.
Namun, segala-galanya adalah ketentuan Allah, aku hanya mampu meranang dan berdoa untuk yang terbaik buatku. Jika sememangnya aku telah bersedia untuk perkara-perkara itu, dan ia adalah yang terbaik untukku, Pasti ia akan berlaku, namun apa yang penting adalah untuk sentiasa berusaha.
Dan di situlah permualaanya, dengan DUIT, iaitu semestinya segala-galanya memerlukan modal dan juga Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal. Namun, terasa diriku masih terlalu banyak kelemahan, masih banyak yang perlu diperbaiki. Dan aku mengharapkan satu ruang masa buat diriku iaitu mempunyai hidup yang diberkati oleh Allah, kerana hanya hidup dalam keberkatan yang akan membuatkan kita sentiasa bersyukur dan cukup dengan apa yang kita ada. Pastinya aku mengharap ada insan di sekelilingku yang kan membantuku untuk berubah menjadi yang lebih baik.
1 komen:
aslm...insyaAllah...dengan niat yg suci (mendapat redhaNya)...usaha yg berterusan dan tanpa jemu...Allah akan bg terbaik utk kt..tawakal dan redha kerana Allah...Allah bg yg sesuai utk kt selalu...percaya dan yakin dgnNya...nikmatNya akan melimpah ruah dan x terjangka...Good Luck
Post a Comment