Pages

Sunday, April 26, 2009

rantaian yang berterusan..

Assalamulaikum dan salam sejahtera, adakala, kita tidak sedar, apa-apa pon di sekeliling kita kan menjadi satu rantaian yang berterusan. Tidak kiralah ia adalah, suatu keburukan, kebaikan atau apa-apapun.

Adakala, rahsia pun mungkin akan menjadi suatu rantaian yang berterusan. Mungkin, kita hanya menceritakannya pada orang yang kita percayai, namun kita seharusnya ingat, orang yang kita percayai itu pon mempunyai orang yang dia percayai dan ia akan berterusan menjadi satu rantaian.

Semakin lama, semakin jauh, dan orang yang berada jauh dalam rantaian itu mungkin tidak akan memegang rahsia itu sebagai rahsia. Jadi, suatu rahsia hanya akan kekal sebagai rahsia selagi hanya kita yang mengetahuinya. Mungkin selama ini aku tidak menyedarinya, namun, aku bersyukur untuk menyedarinya sebelum aku memasuki dunia yang sebenarnya yang mempunyai manusia yang mempunyai pelbagai ragam di dalamnya...

Friday, April 24, 2009

Sukarnya untuk membuat keputusan..

Adakala, aku merasakan, adalah lebih baik jika kita hanya perlu melalui satu jalan tanpa perlu mebuat pilihan. Piliha yang wujud adakala cukup memeningkan, dan barulah aku terasa bahwa membuat keputusan itu adalah antara paling sukar.

Walaupun aku telah membuat keputusan, tetapi aku seolah-olah masih tidak mahu melepaskan peluang pada pilihan yang telah aku ketepikan, tidak kuketahui mengapa, mungkin sebagai langkah keselamatan, namun, itulah, betapa sukarnya untyk membuat keputusan.

Mungkin, hanya setelah segala-galanya selesai( sekembalinya aku dari seminar keusahawanan) barulah aku akan membuat keputusan penuh, apakah jalan yang ingin aku pilih buat masa yang mendatang.

Ia adalah pilihan samaada untuk hidup sebagai orang biasa, orang yang berada, atau yang luar biasa bagus dan hebat sekali, yang mana mampu untuk membantu orang lain dan menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang. Namun, pastinya ia sukar, namun, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Segala-galanya yang akan bermula kembali...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. akhirnya, dalam masa kurang dari 2 minggu, aku akan menamatkan pembelajaranku sebagai seorang pelajar undergraduate. Sekarang tibalah masanya untuk fasal kedua perubahan yang aku rancangkan buat diriku. Fasal pertama yang berjalan dalam setahun setengah ini, telah aku tempuhi dengan separuh berjaya.

Mungkin aku yang masih belum cukup itiqamah dan kuat bersendirian, aku masih memerlukan sahabat-sahabat di sekelilingku. Namun, apapun, yang penting, mempunyai niat untuk berubah( mungkin kesedaran sendiri atau teguran positif dari orang-orang sekeliling), tindakan untuk berubah( bertindak, walaupun sedikit, kerana jika ia tidak pernah bermula, ia tidak akan terjadi) dan istiqamah( memerlukan displin yang tinggi, dan mungkin juga sokongan dari orang-orang di sekeliling)

Itulah kunci untuk berubah menjadi yang lebih baik, dari apa yamg telah aku lalui. Namun, dalam proses perubahan ini, mungkin aku banyak melakukan kesilapan, ada perkara yang mungkin terasa kecil buatb diriku, tetapi besar buat yang lain, kerana setiap orang memounyai pendapat berbeza mengenai sesuatu. Buat sahabat-sahabatku, andai ada silap dan salah, seribu keampunan dipohon, kita hanyalah manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan.

Wednesday, April 22, 2009

If it's never start, it will never happen

Assalamulaikum dan salam sejahtera..If it's never start, it will never happen, satu ungkapan yang pernah aku terfikir ketika aku selesai membaca biografi Tun Dr Mahathir. Namun, hari ini, kata-kata itu keluar pula dari salah seorang pensyarahku.

Seandainya kita masih berfikir sama dengan keadaan orang kebanyakan, dan masih banyak perasaan takut, pastinya kita tidak akan mampu untuk berubah. Dalam perbincanganku dengan beberapa orang pensyarah, majoriti dari mereka menyatakan bahawa pelajar-pelajar di UTM ini masih belum bersedia untuk meneruskan pembelajaran master secara kajian.

Namun bilakah baru kita akan bersedia.If it's never start, it will never happen, itu kata-kata dari seorang lagi pensyarah, jika kita merasakan yang kita cukup berdisplin, mempunyai keazaman yang tinggi, dan boleh bekerja bersendirian, teruskan, namun, pastinya ia agak sukar.

Melihatkan budaya pengurusan masa pada waktu ini, terasa ia seperti satu angan-angan sahaja. Mungkin sekiranya ada keyakinan yang cukup, kita mampu melakukannya. Namun, pasti ia agak sukar. Sesuatu yang berada dalam tahap perubahan pastinya agak sukar seperti satu molekul air yang ingin bertukar menjadi gas, pastinya ia memerlukan lebih banyak tenaga untuk bebas dari ikatan.

Walauapapun, ia bergantung pada diri kita, jika kita rasa mampu melakukannya, teruskan, kerana dalam peringkat perubahan, ia masih memerlukan orang yang berani untuk mencuba, jika tidak, ia pasti tidak akan berlaku.

Tuesday, April 21, 2009

Pasrah aku dengan ketentuan-Nya

Assalamulaikum dan salam sejahtera, Berlalu sudah satu hari yang mungkin telah memberikanku satu jawapan kepada erti kehidupan yang sebenar. Bagaimanakah kita ingin hidup dalam ketenangan??

Jawapannya cukup mudah, dengan jiwa yang pasrah dan yakin dengan ketentuan-Nya, disertai dengan Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal, pastinya kita akan mendapat ketenangan.

Apabila cukup kesemuanya, yakinlah bahawa apa yang kita lalui adalah yang terbaik buat kita, mungkin bukan buat masa sekarang, tapi mungkin pada jangka masa yang panjang, Sekiranya berhadapan dengan sesuatu yang belum pasti, yakinlah bahawa sekiranya kita sememangnya sudah bersedia,pasti sesuatu itu akan berlaku.

Buat diriku, Impianku untuk menjadi usahawan kelihatan semakin jelas bersinar. Pucuk dicita ulam mendatang, I'm just being at the the right time and at the right place with the right person. Menerima tawaran untuk mengikuti seminar keusahawanan, dengan peluang untuk mendapat geran sehingga RM100k, pastinya cukup untuk membuat aku berasa syukur dengan peluang yang diberi.

Sunday, April 19, 2009

Langkah Tercipta

Assalamulaikum dan salam sejahtera, Hayatilah lirik lagu langkah tercipta. Mungkin, buat diriku yang terasa gagal dalam memenuhi permintaan pelanggan-pelangganku, namun, aku tahu, itulah kesilapanku yang telah cuba melakukan sesuatu melebihi keupayaanku..

Hayatilah..

Langkah Tercipta..

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Kerana Dia maha mengetahui..

Assalamulaikum dan salam sejahtera, Mungkin, kita tidak persan, perkara yang berlaku yang seringkali kita katakan secara kebetulannya berlaku sebenarnya telah ditetapkan oleh Allah, kerana Dialah yang maha mengetahui, sepertimana, beberapa jam yang lepas, walaupon hanya sekadar fotostat, namun kesilapan yang berlaku telah menjimatkan RM 1 duit sahabatku. Mulanya aku agak risau kerana terkurang 1 set ketika fotostat, namun ia sebenarnya adalah sesuatu yang baik, kerana sahabatku itu telah memilikinya.

Dalam pada itu, kami berbual pula mengenai duit, sememangnya, kami semua adalah pelajar tajaan JPA, namun, itulah, walaupun mendapat duit yang banyak, namun ia tetap habis. Aku kehairanan melihat biliknya yang begitu kosong, tidak memili printer ataupon apa2 gadget yang canggih, namun masih kehabisan duit.

Ia sememangnya menghairankan, melihatkan rakan-rakan sekuliahku, mereka memiliki pelbagai barang yang boleh dilihat, begitu juga sahabatku di jurusan mekanikal, masih dapt dilihat, gitar letrik, altec lansing, dan ada yang baru membeli motor baru. Namun, mereka yang berada ji jurusan kejuruteraan awam ini agak memelikkan, dengan hanfon biasa, dan bilik yang hanya ada laptop, agak memelikkan, kemankah hilangnya wang yang banyak itu???

Namun, jawapannya, sememangnya habis untuk makan dan juga bersukaria. Jika diriku, masih dapat dilihat peralatan-peralatan membaiki komputer, prltn2 senaman, dan juga koleksi-koleksi bukuku yang cukup byk yang boleh menafsirkan ke manakah hilangnya duit-duitku. Namun dari perbincanganku dengan penasihat akademikku, sememangnya duit tidak pernah akan cukup.

Seiring dengan pertambahan duit, gaya hidup kita juga akan berubah, apa yang kita makan, pakai semuanya akan berubah. Oleh yang demikian, yang akan membuatkan kita sentiasa cukup adalah dengan bersyukur dengan apa yang kita ada. Mungkin ada yang mengatakan orang yang kedekut selalunya banyak duit, namun, tidak bolehla terlalu kedekut. Sebaik-baiknya adalah kesederhanaan. Begitu banyak kesilapanku, Seandainya masa boleh diputar kembali...

Namun, diriku masih adalah diriku, aku perlu dan mesti berubah untuk menjadi yang lebih baik dari masa ke semasa. Semoga aku mampu belajar dari setiap kesilapan yang aku telah lakukan dan ia hanya boleh berlaku jika aku sedar ia adalah suatu kesilapan. Buat sahabat-sahabatku, tegurlah jika aku melakukan kesilapan, kerana hanya anda semualah yang mampu melihat diriku dari perspektif yang berbeza dari diriku.

Bicara Kata

Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara

Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata

Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita

Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna

Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti

Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...

Saturday, April 18, 2009

Sekecil-kecil pengetahuan...

Assalamulaikum dan salam sejahtera, adakala, perkara yang begitu kecil sekalipun, jika kita tidak mengetahuinya, mungkin boleh menimbulkan tanggapan negatif orang lain terhadap kita.

Tertawa aku sendirian setelah ditegur oleh ayahandaku dan bondaku, tentang cara mengepam dakwat ke dalam pen. Sememangnya aku tidak mengetahuinya, aku beranggapan, aku perlu membuka pam, dan mennyedut dakwat, namun, hakikatnya, aku cuma perlu mencelup mata pen dan menekan pam.

Pernah aku bertanya kepada beberapa orang rakan, namun mereka semua tidak mengetahuinya juga. Sesuatu telah aku pelajari, Walaupun aku sudah hampir memiliki segulung ijazah, namun masih ada perkara-perkara kecil yang aku belum ketahui. Oleh yang demikian, kita tidak seharusnya sombong dengan ilmu dan apa-apa yang kita ada.

Hormatilah orang-orang di sekeliling kita, walau apapun pekerjaan mereka, kerana setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan, kerana itu, manusia perlu hidup bermasyarakat, saling menegur dan saling melengkapi. Kerana itulah ukhuwah sesama manusia amat dititikberatkan dalam Islam.

Namun, kerana ego, mementingkan diri sendiri, hasad dengki, nilai ukhwah sesama manusia semakin pudar. Masing-masing menganggap mereka adalah betul, namun, sekiranya kita menghormati orang lain, persefahaman boleh dicapai.

Itulah jalan yang akan kuambil...

Assalamulaikum dan salam sejahtera, setelah berbincang dengan beberapa orang pensyarah dan juga ayahandaku, ahkhirnya keputusan telah diambil. satu keputusan yang agak mencabar, namun ia akan menjadikan cita-citaku akan tercapai dengan lebih cepat iaitu untuk memiliki syarikat sendiri.

Ia akan menjadi permulaan, kerana buat jangka masa panjang, aku masih lagi ingin berada di dalam industri pembinaan. Dan syarikat yang akan aku tubuhkan ini, akan diserahkan kepada kakakku dimana penubuhannya adalah secara rakan kongsi bersama kakakku, kerana aku memerlukan ijazah berkaitan komputer.

Maka, keputusanku adalah untuk menyambung master disamping mengembangkan perniagaanku dengan mendaftarkan syarikat bagi membolehkanku mengambil tender. Dan aku amat berharap, ketiga-tiga impianku akan tercapai pada umur 26 iaitu untuk memiliki sebuah syarikat, mungkin juga menjadi registered QS, juga impianku untuk memiliki sebuah komuniti yang menghargai nilai ukhwah sesama islam( yang aku cuba jalinkan melalui alumni yang juga dalam proses penubuhan) dan juga mungkin untuk memiliki sebuah keluarga.

Namun, segala-galanya adalah ketentuan Allah, aku hanya mampu meranang dan berdoa untuk yang terbaik buatku. Jika sememangnya aku telah bersedia untuk perkara-perkara itu, dan ia adalah yang terbaik untukku, Pasti ia akan berlaku, namun apa yang penting adalah untuk sentiasa berusaha.

Dan di situlah permualaanya, dengan DUIT, iaitu semestinya segala-galanya memerlukan modal dan juga Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal. Namun, terasa diriku masih terlalu banyak kelemahan, masih banyak yang perlu diperbaiki. Dan aku mengharapkan satu ruang masa buat diriku iaitu mempunyai hidup yang diberkati oleh Allah, kerana hanya hidup dalam keberkatan yang akan membuatkan kita sentiasa bersyukur dan cukup dengan apa yang kita ada. Pastinya aku mengharap ada insan di sekelilingku yang kan membantuku untuk berubah menjadi yang lebih baik.

Friday, April 17, 2009

Hari yang cukup indah

Assalamulaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah, semalam, adalah satu hari yang terasa cukup indah, mungkin, seolah-olah nasib cukup menyebelahiku, setelah menghantar tugasan P.E.D, aku berbincang dengan penasihat akademikku, apakah jalan yang terbaik yang harus kuambil setelah tamat belajar ini. Lebih dicadangkan adalah menyambung ke peringkat master.

Walaubagaimanapun, ketika sedang berbincang, aku mendapat panggilan dari seorang engineer bertanyakan bila aku akan tamat belajar, dan memintaku menghantar resume. Walaubagaimanapun, Ia aalah syarikat kontraktor, penasiahat akademikku mencadangka hanya menerima jika mendapat gaji sekurang-kurangnya rm 2500 seandainya ingin bekerja dengan kontraktor.

Tapi dia lebih mencadangkan agar aku bekerja di consultant, dan tidak perlu kisah jika gaji yang diterima adalah rendah, kerana overtime sahaja adakala boleh mencecah 500. Selain itu, ia penting untuk menjadi registeres QS.

Namun, perbincanganku berkisar pula mengenai pekerja asing, dan nampaknya, mindaku lebih terbuka sekarang. Setelah itu, tiba-tiba datang seorang lagi penyarah, yang kemudian memintaku membaiki komputernya, dan dengan nasib yang cukup baik, pensyarah itu akan pergi ke kuantan pada sebelah petang untuk menghadiri kursus dan telah mengajakku menumpang keretanya untuk pulang ke kuantan.

Dalam perjalanan itu, banyak topik yang diperbincangkan, dan antaranya kenapa pekerja malaysia cukup diminati di bahagian timur tengah. Dikatakan adalah budaya bekerja yang bagus. Kemudian, aku terfikir, Mengenai pekerja asing yang begitu ramai di malaysia, mungkin kerana pemikiran kita yang membuatkan kerja-kerja buruh yang dianggap low class dan tidak sesuai untuk orang tempatan.

Mungkin, amat sukar untuk memperbetulkan tanggapan ini. Ia hanya mampu diperbetulakan jika kita semua kembali ke jalan Islam, iaitu, apa yang penting adalah rezeki yang halal dan berkat. Berkat itu yang sukar dicari, sebanyak manapun duit, jika tidak berkat, pasti tidak mencukupi, namun, dengan keberkatan, sesikit manapun, pasti akna mencukupi, selagi kita bersyukur.

Namun apa yang dapat dilihat, pekerja-pekerja asing ini kelihatan lebih setia dan amanah dalam melakukan kerja, mungkin kerana ia adalah suatu yang cukup berharga bagi mereka untuk mempunyai kerja walau hanya sebagai pengutip sampah, namun, jika tiada orang yang mengutip sampah, pastinya akan berbau yang pelbagai di kawasan perumahan. Hargailah setiap apa kerja yang dilakukan asalkan ia tidak menyusahkan orang lain.

Wednesday, April 15, 2009

Laluan-laluan kejayaan..

Assalamulaikum dan salam sejahtera, hari ini, terasa beban yang kian menghilang, namun, kekurangan wang memaksa diriku menyibukkan diri mencari sedikit wang untuk bertahan. Mungkin, inilah perkara yang membuatkan aku seringkali terfikir, adakah aku melalui laluan yang betul dalam kehidupanku. Adakah aku sesuai untuk menjadi seorang Quantity Surveyor, adakala, terasa seperti tidak, aku bukanlah seseorang yang betul-betul sesuai untuk bidang ini.

Mungkin, apa yang aku lalui sekarang adalah yang terbaik buat diriku untuk menegenali kelemahan-kelemahan diriku, tetapi ADAKAH AKU AKAN MENERUSKANNYA???, tidak kuketahui, mungkin, satu risiko perlu diambil, AKU INGIN MENJADI SEORANG USAHAWAN, yang boleh menyediakan peluang pekerjaan buat orang lain, yang boleh membantu dalam kehidupan seharian, dan aku inginkan satu dunia yang lebih indah.

Satu masyarakat yang saling mengenali antara satu sama lain, yang saling menghormati, yang mengamalkan prinsip-prinsip saudara seIslam. Mungkin terlalu besar Impianku, namun cita-citaku masih boleh kucapai, cuma adakah aku BERANI MENGAMBIL RISIKO???, Agak sukar, kerana, itulah pilihan yang perlu dibuat,

Dengan mentaliti melayu seperti sekarang, pastinya agak sukar, namun, aku yakin, SELAGI ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALANNYA. Mungkin sukar, namun, ia adalah satu keputusan yang perlu dibuat, adakah aku ingin melalui hidup sebagai orang BIASA, atau adakah aku ingin mencuba untuk menjadi LUAR BIASA BAGUS, yang mana, pastinya ia memerlukan satu usaha yang luar biasa.


Bagaimana untuk aku mencari peluang??? masih lagi dalam persoalan, namun, aku yakin, dengan ukhwah yang aku jalinkan, dengan rakan-rakan pelbagai peringkat umur, pasti aku akan dapat melihat sesuatu, sesuatu yang boleh dijadikan peluang untuk meneruskan jejak langkah menuju LALUAN-LALUAN KEJAYAAN...

Tanda-Tanda Saat-Saat Kematian

Tanda-Tanda Saat-Saat Kematian

a) 100 hari :
Seluruh badan rasa bergegar.

b) 60 hari :
Pusat rasa bergerak-gerak.

c) 40 hari :
Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan
jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang
dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat
kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu
akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut
tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

d) 7 hari :
Mengidam makanan.

e) 5 hari :
Anak lidah bergerak-gerak.

f) 3 hari :
Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

pergi) 2 hari :
Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

h) 1 hari :
Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu
subuh and asar.

i) Saat akhir :
Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang
solbi (di bahagian belakang badan)
Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir
sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi
bercakap-cakap.

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan
masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang
kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya
melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai
kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat
yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai
ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi
satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan
kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang
lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari
dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang
dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka
malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang
disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat
melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang
beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa
kepada
orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah
kerana
sangat rindunya pada syurga dan melihat terus
pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail
A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang
yang nazak tu? dapat melihat kedudukannya di neraka dan
dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang
disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya
apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T.
menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah
malaikat maut.
Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin
itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut
orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui
jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan
lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka
dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan
apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah
S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang
mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari
arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala
anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.
Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk
mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini
telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala
anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh
orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba
pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga
gagal melakukan sebab kaki berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini
sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat
dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan
menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin
dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah
telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka
telinga pun berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga
ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin
dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri
mata maka berkata mata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini
sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan
mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah
S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan
tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."
Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka
malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah
S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada
Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan
tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi
setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar
R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di
syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di
udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di
gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka
Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari
Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok
manusia yang akan dijabat tangannya oleh para
malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita
bersama. Wassallam.
p/s: Kalau rajin.Tolong sebarkan kisah ini kepada
saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah
salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Tuesday, April 14, 2009

Adakah aku bersedia??

Assalamulaikum dan salam sejahtera.. Beberapa minggu yang lepas, dalam perbincanganku dengan seorang QS dari kuantan( yang mana dia merupakan penyeliaku semasa praktikal di penghujung tahun 1 dan juga merupakan classmate abangku semasa di sekolah rendah) dia telah memberikansatu soalan, adakah aku bersedia??

Persoalan itu terasa agak besar bagiku, puas aku memikirkannya, namun akhirnya, setelah berbual-bual dengan sahabatku baikku di matrikulasi dahulu( tanpa memberitahu masalah sebenarku) terungkai sudah segala persoalan.

Sahabatku itu telah mengungkaikan persoalan itu kepada persoalan-persoalan yang lebih kecil. dan akhirnya aku ketemu jawapannya, Aku hanya bersedia untuk persediaan menerima perubahan, masih belum benar-benar bersedia untuk sesuatu yang berbeza.

Aku masih memerlukan ruang masa buat diriku untuk berubah menjadi yang lebih baik, yang lebih istiqamah dalam melakukan sesuatu, dan menetapkan niat yang sebenar-benarnya hanya kerana Allah. Pastinya masa itu, adalah dengan masih menjadi seorang yang bergelar pelajar.

Friday, April 10, 2009

Selagi masih aku terdaya

Salahkah ku mendambakan seorang puteri
Dan pasti ku mengharap yang setia di sisi
Teman di kala ku kedukaan memberi daku cahaya
Sinari kehidupan

Walau ku tahu segala suratan Yang Esa
Ku pohon kesetiaan pemberi inspirasi
Pengubat jiwa yang sepi
Agar dapat ku kecapi indahnya hidup ini

Usah ada rasa sangsi
Saling faham dan mengerti
Sinar bahagia menanti

Pendorong penguat jiwa
Dalam melayar bahtera
Pasti tenang jika kau di sisi

Selagi masih aku terdaya
Menuturkan kata-kata
Kan ku bicarakan yang sesungguhnya
Di hati ini dikau saja yang bertakhta di jiwa

Insan yang ku kasihi
Dikau yang ku sayangi..

Thursday, April 09, 2009

Indahnya hidup dalam ukhuwahfillah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak lama entri tidak dikemaskini, masa yang terlalu terhad dan diriku yang seolah-olah baru keluar dari satu keserabutan akhirnya mampu mencari sedikit ruang masa.

Ukhuwahfillah, jalinan persahabatan kerana Allah, jika konsep ini diaplikasikan di dalam hidup kita, tidak kiah bersama-sama rakan-rakan sekelas, rakan-rakan sekerja dan mungkin juga dalam kejiranan. Sememangnya dalam Islam sendiri mementingkan hak-hak jiran.

Teringat pula hari semalam, dimana jiran-jiranku telah mengadakan barbeque secara gotong-royong, sejak petang lagi merek sibuk membuat persiapan. Anak-anak kecil pula, begitu gembira berkejaran sesama mereka. Sungguh indah suasana kejiranan seperti ini,agak sukar untuk dilihat, dimana kebanyakan perumahan yang agak baru menyaksikan jiran yang tidak mengenali antara satu sama lain, sungguh aku beresyukur melihat keadaan ini.

Pada waktu malam pula, ia bertambah meriah. Walaubagaimanapun, aku hanya menyertainya selepas pulang dari solat hajat di UTM. Dengan abangku dan jiran-jiran yang lain sudah kekenyakan, aku yang baru sahaja pulang, memulakan langkah. Dengan seekor pari, 20 ekor udang, 8 otak-otak, 4 ketul ayam, cukup mengenyangkanku.

Namun, satu rekod baru tercipta buat diriku, satu lg halangan dalam diri telah mampu aku runtuhkan, Nampaknya aku telah berjaya untuk mencuba memakan beberapa jenis buah-buahan, yang mana sebelum ini, aku hanya memakan pisang. Mungkin, langkah pertama yang telah berlaku pada minggu lepas, telah berjaya merubah sedikit diriku.
Terima kasih diucapkan buat sahabat yang telah membantu diriku...

Monday, April 06, 2009

Mujurlah hanya sekadar peringatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini tidak kuketahui samaada hari yang malang atau bertuah buatku, dalam perjalanan pulang ke UTM setelah selesai menghantar anak-anak saudaraku dari tadika ke rumah, iaiatu ketika aku sedang seronok memecut, muncullah polis di depanku dan mengarahkan aku ke tepi.

Secara automatik, sememangnya aku tahu aku telah melakukan satu kesalahan iaitu tidak memakai tali pinggag keledar. Walaubagaimanapun, setelah melihat lesen dan kad pengenalan serta dengan sedikit perbualan, aku hanya diberi amaran. Terasa sungguh lega, kerana jika tidak, pastinya aku telah kehilangan beberapa puluh ringgit untuk membayar saman.

Dalam seminggu ini pula, mungkin, secara keseluruhannya, prestas kerjaku agak merosot, aku tidak mengetahui mengapa, ia sama seperti ketika berada di matrik dahulu, pada saat akhir, terasa begitu keletihan dan otak yang terasa seperti hendak meletup.

Mujurlah semalam aku telah berjumpa dengan sahabat baikku di kolej 10 iaitu sahabat setutorialku ketika berada di matrik dahulu, dan agak bertuah kerana kebiasaannya dia samaada tiada di bilik atau masih tidur jika aku pergi pada hujung minggu seperti semalam. Sedikit perbualan dengannya, mungkin sedikit-sebanyak memberi semangat. Kerana dia adalah antara sahabat-sahabat yang cukup mengenaliku.

Masa yang tinggal tidaklah sebanyak mana, harapanlu hanyalah agar aku mampu menggunakan waktu sebaiknya sebelum tamat pembelajaranku. Setelah itu, barulah aku perlu membuat keputusan untuk jalan yang seterusnya, masih terlalu banyak cabang yang boleh dipilih, cuma tidak kuketahui, yang mana adalah yang terbaik buat diriku.

Sunday, April 05, 2009

Step to the second stage..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tiba-tiba terfikir aku, mengikut perancanganku, hanya tinggal 2 bulan dari tarikh untukku melaksanakan program yang telah aku rancangkan. Tetapi, adakah aku bersedia? Pastinya aku belum bersedia, dengan keadaanku sekarang, dengan kemahiran komunikasi yang masih amat lemah, ditambahi pula dengan aku yang tidak pernah menggunakan kata ganti diri pertama ketika bercakap. Ia seolah-olah menjadi mustahil.

Walauapapun, aku ingin berubah, dan aku perlu berubah untuk menjadi yang lebih baik. Masih ada masa, selagi ada kemahuan, aku yakin, di situ ada jalannya. Sekiranya peringkat permulaan bagi fasal kedua perubahan yang telah aku rancangkan buat diriku ini berjaya, barulah aku cukup bersedia untuk menghadapi dunia yang sebenarnya dan mungkin lebih tepat lagi alam pekerjaan yang mempunyai pelbagai ragam manusia di dalamnya.

Pada fasal pertama, iaitu bermula dari jun tahun lepas, dalam masa yang telah aku lalui, mungkin, boleh dikatakan, 70% perubahan berjaya dilaksanakan dari apa yang telah aku rancangkan. Walauapapun, aku hanya manusia biasa, pasti akan melakuakan kesilapan.Buat sahabat-sahabatku, tegurlah jika ada perubahanku yang lebih kepada keburukan. Sukar untuk kita melihat, adakala, pada pandangan yang berbeza, setiap perkara akan menjadi cukup berbeza.

makan malam yang terasa hambar buat diriku

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Mungkin sudah beberapa hari blog ini tidak diupdate, kerana kesibukanku ( tapi kerja tak siap-siap jugak). Tidak kuketahui mengapa, tetapi majlis pada malam semalam terasa sedikit hambar buat diriku. Terasa majlis pada tahun yang lepas adalah lebih baik

Pada mulanya, aku beranggapan hanya aku seorang yang berfikiran demikian, dan mungkin kerana sedikit konflik dalam diri yang tiba-tiba terfikir adalah aku berada pada landasan yang betul. Namun, ada juga sahabatku yang turut berfikir sedemikian.

Namun, dalam perjalanan pulang, mereka yang menaiki keretaku telah menyebutkan sesuatu, yang membuatkanku kembali yakin, apa yang aku lalui sekarang adalah yang terbaik buat aku dan yang lain. Pernahkah kita terfikir, jika pada takdirnya, kurangnya seseoarang yang hadir sebagai sahabat kita dari awal, adakah keadaan akan menjadi sama seperti sekarang? pastinya tidak sama.

Jadi, aku percaya, inilah yang terbaik buatku, mungkin, apa yang aku rasakan semalam disebabkan aku yang hanya menyertai, sedangkan aku lkebih suka menjadi pasuakan di belakang tabir. Alhamdulillah, setelah memuhasabah diri, akhirnya muncul kembali semangat untuk meneruskan perjuangan..

Wednesday, April 01, 2009

apa makna menghargai?

Assalamualaikum dan salam sejahtera, mungkin agak lama blog ini tidak dikemaskini, mungkin kerana aku agak sibuk dengan pelbagai tugasan. Terfikir aku, dalam 3 tahun belajar di UTM ini, dalam 3 semester pertama, walaupun duit yang aku terima sebagai biasiswa hanya lebih kurang 1600, tetapi ia mencukupi sehingga ke hujung semester.

Berlainan pula 3 semester berikutnya, dimana ia telah naik kepada 3800 bersih, tetapi seolah-olah ia menjadi tidak mencukupi. Mungkin kerana terasa begitu senang mendapatkan duit, ia juga begitu senag dibelanjakan. Adakala sesuatu yang terlalu senang diperolehi, kita menjadi kurang menghargainya.

Walauapapun, alhamdulillah, tersedar aku dari kesilapanku, yang mungkin terlalu boros, tertamanya untuk makan mengikut nafsu. tetapi, itulah hakikat segala-galanya di dalam hidup hidup ini, sesuatu yang senang diperolehi, kurang kita menghargainya.

Jarang kita bersyukur dengan apa yang terasa sentiasa ada di sekeliling kita, tetapi, apabila kehilangan, barulah terasa betapa peritnya kehilangan. Segala nikmat yang dikurniakan Allah seharusnya kita syukuri, Sedangkan segala deria yang ada juga adalah nikmat.

Terfikir aku, adakala, lebih baik terasa sedikit sukar untuk mendapatkan sesuatu, kerana ia akan menjadikan kita lebih menghargai sesuatu itu. Mungkin juga, kerana kesukaran itu, ia akan menjadi sesuatu yang senantiasa istimewa buat kita buat selama-lamanya.
 
Copyright (c) 2010 Towards Jannah. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.