Tuesday, March 02, 2010
Pabila Aku Bersendirian..
Assalamualaikum dan salam sejahtera, sememangnya aku lebih kerap keluar bersendirian, ke mana pon, untuk makan, membeli-belah, atau apa saja. Namun, aku bukanlah kera sumbang yang tidak suka bergaul.
Aku lebih suka bersendirian atas beberapa sebab, iaiatu, lebih pantas(tidak banyak masa terbuang), barang-barang yang kubeli adalah berbeza dengan kawan-kawan yang lain( sukar untuk mencari seorang sahabat yang hobinya sama denganku), dan pelbagai perkara lagi..
Pabila aku bersendirian, cara berfikiranku berbeza, persekitaranku, kulihat berbeza dari biasa..Jika aku berada di tepi pantai.. dalam fikiranku sentiasa memuji kebesaran Allah,Ya , sememangnya dalam tiga perkara,yang apabila memandangnya sahaja, sudah cukup memberi pahala iaitu Al-Quran, Laut dan wajah Ibubapa, sememangnya Laut juga salah satu darinya.
Apabila berada di pasar raya, dalam fikiranku, melihat peluang, bagaimana backward and forward linkage sesuatu sistem ekonomi itu bermula, dan di situ, aku melibat betapa benarnya, 9/10 dari rezeki itu adalah dari perniagaan.
Apabila berada bersama rakan2, ia adalah lebih kepada perbualan kosong, untuk bergembira, namun, ia juga adalah penting untuk melepaskan tekanan, dari kesibukan bekerja/belajar, atau apa-apa jua sekalipun..
0 komen:
Post a Comment