Monday, March 08, 2010
Mengantuk?!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera, ramai orang mengantuk apabila berada dalam bilik kuliah. Saya yakin kebanyakan mereka tidak berniat pun untuk tidur, cuma.. entah la..kita memang senang terlelap dalam bilik kuliah. Proses ini dipercepatkan lagi sekiranya subjek yang di ajar susah difahami dan membosankan.
Bagaimana untuk mengelakkan kejadian ini berlaku? Saya sebenarnya tidak layak langsung nak cakap bab ni, sebab saya selalu jugak tertidur dalam kuliah. kebiasaannya, apabila datang ke kelas terus apabila sampai di johor dalam perjalanan dari pahang.
Berikut adalah sedikit tips untuk mengelakkan mengantuk:
1. Sila BELI GULA2/GULA2 GETAH dengan kuantiti yang mencukupi. bila lecture start jer,makansekaligus 2 biji gula getah serentak. Apabila mulut aktif mengunyah, kita akan susah nak ngantuk.Amalan ini saya telah dipraktikkan oleh rakan2 sekuliah, terutama yang lelaki dan ternyata agak berkesan
2. bawaklah SEBOTOL air masak. otak kita ni 80% air. Kita rasa ngantuk sebab oksigen kurang ke otak, walaupun hidung kita tak berhenti henti bernafas. bila minum air,bandalir badan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk. Berapa ramai yang sanggup buat tips no 2 ni sila angkat tangan? tengok orang cina, rajinbawak air.orang melayu ni susah sangat. bajet macho/cantik la. dah..dah..jangan malu. Beli botol air yang cantik,letak dalam beg. OK?kalo yang rase sebotol x cukup, xpe, water cooler sentiasa sedia berkhidmat..
3. Bila ngantuk dalam kelas, selepas cuba menahannya tapi ternyata gagal, maka sila keluar dari bilik kuliah dengan serta merta!!bukan untuk balik umah atau tido, tapi untuk ke tandas dan basuh muka. InsyaAllah tak ngantuk dah lepas ni.
4. kalau ngantuk lagi setelah melakukan ketiga-tiga perkara di atas,suruh kawan sebelah urutkan bahu dan belakang. Tapi ingat,jangan sekali-kali urut leher atau belakang kepala kerana ini akan menyebabkan kawan anda tido lebih lena.
cukuplah 4 TIPS. dan sekarang kita lihat pula pandangan menurut Islam.
Menguap merupakan ciri2 orang yang mengantuk. Sebenarnya ia merupakan gangguan syaitan yang menginginkan kita lalai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Maka di sini ingin saya kongsikan tips dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam untuk menangani gangguan syaitan ketika “MENGANTUK” yang menyerang melalui senjatanya “MENGUAP”.
HADIS TENTANG MENGUAP :
الْعُطَاسُ مِنَ اللّهِ , وَالتَّثَاؤُبُ مِنَ الشَّيْطَانِ , فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ يَدَهُ عَلَى فُيْهِ , وَإِذَا قَالَ : آهْ , آهْ , فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَضْحَكُ مِنْ جَوْقِهِ . وَإِنَّ اللّهَ عز جل يُحِبُّ الْعُطَاسَ , وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ
“Bersin itu dari Allah dan menguap itu dari syaitan. Jika salah seorang kalian menguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika ia mengatakan `aaah… ‘ , maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap.” (Hadis riwayat. At-Tirmidzi )
FAEDAH DARI HADIS:
1. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahu kita bahawa menguap berasal dari syaitan gangguan Syaitan.
2. Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap :
a. Berusaha menahannya sedaya upaya.
Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :
“Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk.” (Hadis riwayat. Muslim)
b. hendaklah kita menutup mulut (samada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang, kerana Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak menetapkan mana2 bahagian),
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),
“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka) .” (Hadis Riwayat Muslim)
c. Elak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Seperti “Haaaaaah” Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa.
d. Elakkan juga mengangkat suara ketika menguap.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),
“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Maka, apabila anda bebas dari gangguan syaitan, anda pasti dapat melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang….InsyaAllah.
Allahu a’lam.
2 komen:
good tips ya.betul semua tu.kalo bli sweets or mentos yg masam atau mint pon elok ilangkan ngantuk..;)
aku kunyah gula-gula pon boleh tido lagi daus..macam mana ni?
Post a Comment