Pages

Thursday, March 04, 2010

Ikhlas ... dalam menimba ilmu



Assalamulaikum daan salam sejahtera, ikhlas, sesuatu yang mudah diperkatakan, namun, hanya hati sendiri yang mampu menilainya. Dalam menuntut ilmu, adakah kita ikhlas? jika ikhlas, seharusnya kita belajar kerana ilmu itu, kerana segala ilmu itu datang dari Allah.

Tapi apa yang dapat dilihat sekarang, majoriti pelajr lebih banyak pelajar yang belajar demi mendapatkan segulung sijil atau ijazah. Cuba kita lihat, apabila tamat belajar, adakala, ape yang baru dipelajari pada sem terakhir, sudah dilupakan. Dan apabila memasuki alam pekerjaan, mereka belajar dari orang lain yang sudah berpengalaman, dimana MEREKA JUGA MUNGKIN MENGAMALKAN SESUATU YANG SALAH.

Teringat pula peristiwa di minggu lepas, Alhamdulillah, saya dan 2 orang rakan dapat berbincang untuk menyiapkan satu tugasan. Pada soalan terakhir, saya dengan tidak sengaja, mungkin telah meninggikan suara terhadap salah seorang rakan, kerana dia lansung tidak mengingati apa itu linear regression,. sesuatu yang asas, yang telah dipelajari zaman sekolah. Pada hari itu, dia mengaku tidak pernah mempelajarinya kerana mengambil aliran akaun, namun, apa yang pasti, sesuatu yang aku amat pasti, ia dipelajari dalam matematik moden yang wajib diambi semua pelajar.

Beberapa hari kemudian, sesudah membuat kembali soalan tersebut, barulah dia teringat bahawa dia pernah mempelajarinya. Ilmu, jika kita terasa terpaksa untuk mempelajarinya untuk lulus, maka, gak sukar untuk terbitnya ikhlas dalam menuntut ilmu itu, Walau sesukar manapon, selagi kita ikhlas, ia pasti boleh menimbulkan minat untuk kita mengetahuinya dengan lebih mendalam.

Teringat kata-kata seorang pensyarah "dahulu, semasa saya belajar sejarah semasa sekolah, saya memang tak minat, bosan, namun apabila mempelajari sejarah secara kritikal,(di peringkat sarjana muda dan sarjana) barulah sejarah itu terasa seronok), ya, paa saat ini, saya terasa ia adalah benar, dulu, undang-undang dan kontrak menjadi subjek yang paling membosankan, namun, pada saat ini, terasa seonok mempelajarinya. Oleh yang demikian, kita seharusnya ikhlas dalam menuntut ilmu.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud

“Barang siapa menuntut ilmu yang dipelajari hanya kerana Allah sedangkan ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata benda dunia, ia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

0 komen:

 
Copyright (c) 2010 Towards Jannah. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.