Thursday, March 18, 2010
kebetulan?
Assalamulaikum dan salam sejahtera.. Pernahkah sesuatu kebetulan terjadi kepada anda? pasti pernah bukan.. kebiasaannya sesuatu yang kita katakan sebagai kebetulan adalah perkara yang membawa kebaikan.,
Teringat kembali peristiwa dua hari yang lepas, saya telah pergi mencetak beberapa keping borang permohohan bagi jawatan di UMP, pada satu helaian itu, saya telah tertekan cetak dua kali, apabila membayar, baru terperasan, dalam hati terasa begitu membazir, bukan apa, sehelai 30 sen, namun, apakan daya, dah tercetak, kenelah bayar.
Pulang ke rumah, masa untuk melengkapkan borang tersebut, dan pada saat ingin mengisi kad jawapan(yang mana tercetak dua kali tadi) setitis air tertumpah ke atasnya, dan tulisan menjadi kembang. Saat itu, betapa bersyukurnya rasa kerana terlebih cetak di kafe siber tadi.
Dan semalam, ketika menghantar borang tersebut(terpaksa hantar by hand, sebab tarikh tutup minggu ni), apabila masuk sahaja ke dalam UMP, terasa seolah-olah tersesat, tiada arah tujuan. Lalu telefon bimbit pun dicapai, dan nama rakan yang belajar di sana dicari, namun hampa"nombor yang anda dial, tiada dalam perkhidmatan"
Kuteruskan jua melangkah, setelah dalam 30 meter kaki melangkah, terlihat rakanku yang ingin kuhubungi itu keluar dari bangunan yang bertulis Pusat Kesihatan, aku pun berfikir, betulkah itu rakanku, aku pun menghampirinya, dan dia menegurku, ya, sememangnya dia. Mujur, kalau tak, tak tahu la berapa lama perlu berada kat UMP nak mencari bangunan pejabat pendaftar.
Mujur,dalam ramai-ramai orang yang berada di UMP itu, aku telah tersermpak dengan rakanku, suatu kebetulan, namun, dua kebetulan dalam masa dua hari, dan saya yakin, setiap apa yang berlaku, telah ditetapkan Allah, Dia yang Maha Mengetahui setiap apa yang dilakukan hamba-hambaNya, dan mengetahui apa yang terbaik buat mereka, selagi kita bersyukur, dan menerima takdir yang telah ditetapkan.
0 komen:
Post a Comment