Tuesday, March 16, 2010
Thinks.. outside the box
Assalamulaikum dan salam sejahtera, berfikir di luar kotak.. sesuatu yang biasa kita dengar, selalu cuba ditambil di kem-kem motivasi, temuduga, dan contoh-contoh soalan soalan yang kerap muncul:-
Anda sedang membawa kereta anda. Seperti biasa, pada masa tersebut anda masih lagi bujang.Oleh itu, kereta anda hanya mempunyai dua tempat duduk sahaja.Biasalah kereta sport.
Waktu tersebut hujan turun dengan lebat dan kilat saling sabung-menyabung. Anda melalui satu perhentian bas di mana di situ anda ternampak tiga orang sedang menunggu bas.Orang tersebut adalah:
1.Seorang perempuan tua yang sedang sakit tenat dan perlu dihantar kepada hospital secepat mungkin.
2.Seorang lelaki tua yang pernah menyelamatkan nyawa anda.
3.Seorang perempuan muda yang merupakan gadis/lelaki impian anda yang selama ini anda tercari-cari.
Apakah anda lakukan? Fikir betul-betul.
5
4
3
2
1
Anda memilih perempuan tua kerana perempuan tua itu sakit.
Anda memilih lelaki tua kerana lelaki tersebut pernah menyelamatkan nyawa anda.
Ataupun anda memilih gadis/lelaki idaman anda kerana jarang anda menemuinya.
dan jawapan outside the box yang muncul..
Dia akan memberi kunci keretanya kepada lelaki tua, supaya dia dapat membawa perempuan tua yang sakit ke hospital. Manakala pula dia akan menunggu di situ bersama-sama dengan gadis idaman dia.
Tetapi apa yang ingin diceritakan di sini, bukan sahaja itu, namun apa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Seperti biasa, saya melakukan kerja-kerja membaiki komputer secara sambilan, dan dalam banyak-banyak komputer ni(desktop) alkisahnya, sudah siap dibaiki, ditukar motherboard dan power supply, setelah siap segala-galanya, komputer itu pon dihantar kepaa tuannya, setelah setengah jam berlalu, munculah satu mesej.
" komputer tadi tu asal xley on", saya yang tengah kuliah, terasa agak pelik, dan bertanyakan simtom-simtomnya, dan dengan yakinnya membuat kesimpulan, masalah dengan power supply, tamat saja kuliah, saya bergegas ke sana, melihat,, dan mencabut kembali power supply untuk ditukar. Sampai ke kedai, power supply itu diuji tiada masalah, terasa agakk pelik.
Dan setelah dipasang semula, masih, tidak dapat dihidupkan, on dalam 10 saat, terpadam balik, dan dengan yakinnya, merasakan masalah power. Di situlah kotak pemikiran saya pada ketika itu, setelah hampir sejam masa berlalu, dan masih tidak berjaya, akhirnya, sebelum berputus asa, barulah melihat masalah-masalah lain, rupa-rupanya, 2 dari 4 kaki heatsink processor longgar.
Mujur pada ketika itu terfikir untuk melihat perkara-perkara lain( outside the box that i've created)kalau x, tak sampailah lagi ke kuantan pada waktu ini, kerana masih belum siap membaiki komputer tersebut. Begitulah juga dalam apa-apa perkara sekalipun yang kita lakukan, think outside the box tidak kiralah untuk bekerja, belajar.
kadangkala, kita harus berfikir di luar kotak apabila memilih, terutama sesuatu untuk masa depan, di antara minat, peluang yang ada, perlu diseimbangkan, adakala, sememangnya kita perlu membuat pilihan, namun, apabila kita berfikir di luar kotak, mungkin, pilihan kita akan menjadi, memilih kedua-duanya kerana kita boleh belajar sesuatu yang peluang kerjayanya adalah begitu cerah, jelas kelihatan dan pada masa yang sama, kita masih boleh belajar apa yang kita minati secara informal..kerana minat.. mampu mendatangkan semangat yang luar biasa, dan dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang, nothing is impossible unless it is not logic..
0 komen:
Post a Comment