Pages

Monday, March 22, 2010

Tips belajar~



Assalamulaikum dan salam sejahtera, sampena musim peperiksaan di IPT sekarang, saya ingin berkongsi beberapa tis belajar yang bagi saya cukup berkesan, kerana saya telah mengamalkannya sejak dari sekolah lagi, dan ternyata teknik ini memang berkesan

Cara terbaik untuk belajar adalah secara berkumpulan, kumpulan itu mestilah tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar iaitu sekitar 3-5 orang, sebaik-baiknya 4 orang, jika terlalu sedikit, akan kurang pendapat dalam perbincangan, dan jika terlalu ramai, pasi akan beralih topik, dan menjadi sia-sia.

Kemudian,ahli yang dipilih, ahli yang dipilih dalam kumpulan mesti mempunyai matlamat yang sama iaitu cemerlang dalam peperiksaan. Kita tidak mahu ahli yang ada di dalam kumpulan untuk mencukupkan bilangan. Ahli mesti mempunyai matlamat yang jelas dan bukan hanya kerana ia sahabat karib sahaja. Dikhuatiri jika ahli seumpama
ini ada, ia akan menyebabkan kumpulan kita tidak akan mencapai matlamatnya.


Setiap ahli perlu diberi tanggungjawab. Jika kita menjadi ahli dalam kumpulan tersebut, kita mesti mempunyai satu tanggungjawab yang mesti dipegang. Ini membolehkan kita mengambil berat dan merasakan bahawa kita mempunyai peranan di dalam kumpulan.


Setiap seorang ahli mesti mengusai satu tajuk, sebelum perbincangan sebenar bermula, bahagikan dahulu tajuk-tajuk yang berkaitan kepada ahli kumpulan, Apabila kita telah menyediakan ahli dengan setiap tajuk, kita mestilah juga memastikan bahawa kita bersedia dengan tajuk tersebut.Ini sangat penting kerana jika kita telah bersedia maka persoalan yang timbul hasil kemusykilan dari ahli yang lain dapat kita jelaskan. Sebaik-baiknya, setiap ahli menyediakan satu nota ringkas dari tajuk-tajuk yang perlu dikuasai.


Tambahan dari itu, kita juga mesti berbincang dengan pensyarah, bagi tajuk-tajuk yang tidak dapat difahami. Sebelum atau dalam melaksanakan teknik belajar secara berkumpulan ini, sila pastikan kalau-kalau ada perkara yang tidak faham tentang topik yang dipertanggungjawabkan. Jika ada, berbincanglah dengan pensyarah Ini bertujuan untuk kita lebih mendalami tentang topik tersebut dan tidak menyampaikan ilmu yang salah.


Penglibatan semua ahli akan membawa implikasi yang besar. Berikan penumpuan yang
sewajarnya kepada ahli yang sedang membentang. janganlah ada dia antara kita semasa ahli sedang membentang, kita tidak memberikan perhatian. Andaikan apabila kita
sedang bercakap, ada orang yang tidak memberi perhatian kepada kita. Bagaimanakah
perasaan kita ketika itu? Sudah tentu kita merasai kita tidak dihargai, justeru itu berikan sepenuh-penuh penumpuan semasa rakan sedang membentang dalam kumpulan. Pengormatan dan kesediaan mendengar pembentangan ahli lain merupakan seni dalam aktiviti belajar berkumpulan ini.


Kumpulan yang dinamik dan berkembang adalah kumpulan yang wujudnya perbincangan dan soal jawab. Semakin banyak perkara yan relevan dibincangkan semakin bertambah dinamik kumpulan itu. Ahli kumpulan bukan sahaja mendengar kumpulan lain membentang semata-mata , tetapi sentiasa bersoal jawab atas perkara yang menimbulkan ketidak fahaman. ini sebenarnya membuka minda kita agar lebih memberikan penelitian atas isu dan tajuk yang dibincangkan. Ini menjadikan kita individu yang kritikal dan analitikal dalam membincangkan tajuk tersebut. Minda yang kritikal dan analitikal merupakan minda yang cemerlang. Galakkan diri bertanya hal-hal yang berkaitan yang tidak difahami atau bercanggah dengan pemahaman kita.


Yang terakhir, adalah mengenai pengagihan nota, sebaik-baiknya dalam perbincangan/pembentangan ahli kumpulan, setiap ahli yang lain perlu membuat nota sendiri mengikut cara pemahaman mereka, namun, jika masa kurang mengizinkan, kumpul nota-nota ringkas yang telah disediakan setiap ahli dan fotostat sahaja..

Secara ringkasnya belajar berkumpulan banyak membantu pelajar menguasai
sesuatu mata pelajaran jika dilaksanakan dengan betul.


K = Kerjasama diperlukan
U = Untuk semua ahli
M = Mesra menjadi faktor penting
P = Prihatin kepada setiap ahli
U = Ulangkaji terlebih dahulu
L = Laksanakan sebaik mungkin
A = Anggapan antara ahli mestilah positif
N = Natijah cemerlang diperolehi

Kombinasi huruf-huruf di atas diharapkan memberikan celik akal kepada kita
untuk melaksanakan teknik ini sebaik mungkin.

0 komen:

 
Copyright (c) 2010 Towards Jannah. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.