Pages

Friday, March 26, 2010

Believe in me..



Assalamulaikum dan salam sejahtera, ya, percayalah kepadaku, pasti aku akan cuba yang terbaik, sebagai satu permulaan buat entri kali ini. Niat di hati, tidak ingin menulis sehingga tamat peperiksaan, namun ilham yang datang, membuatkan diriku terus menulis.

Dalam perbualanku dengan seorang rakan dan juga seorang rakan baru petang tadi, satu dialog begitu menyentuh perasaanku "beri sahaja kepada dia, dan percaya, aku kalau rosak, hantar je kat dia, dan insyaAllah, ok". Ya, kepercayaan yang diberi oleh seseorang terhadap kita adalah amanah, dan seharusnya kita berpegang kepada amanah itu.

Teringat pula kepada dua hari yang tiga hari yang lalu, aku berada dalam satu konflik, ya, suatu konflik yang menguji iman, yang menguji amanah. Begitu halus syaitan berbisik, membawa diriku, sedikit demi sedikit agar mengambil sesuatu yang bukan milikku.

Ini bukan kisah yang menarik, hanya cerita biasa seorang pelajar yang mencari rezeki. Petang itu, abngku membawa pulang sebuah laptop, atau lebih tepat lagi, tablet pc, dengan pesanan, untuk mengambil hard disk , sahaja, kerana laptop itu sdah rosak, dan perjanjiannya adalah, bahagian lain akan ditinggalkan kepadaku, dan aku akan memberi casing harddisk secara percuma. Laptop itu dihantar kepadaku tanpa bateri dan adaptor kerana tuan empunyanya dengan yakinnya menganggap latop itu sudah rosak.

Namun, seperti biasa, aku tidak akan terus menyentuh hardware,aku akan melihat dulu, apakah kerosakannya. Ujian pertama yang aku lakukan, memang ia tidak mampu dihidupkan; ujian kedua, hidup, mungkin menpunyai masalah dengan sistem operasi, dan kali ketiga, ia hidup tanpa sebarang masalah. Ya, sudah beberapa kali situasi seperti ini berlaku, cuma yang berbeza, sebelum ini, ia dihantar untuk diperbaiki, namun kali ini tidak.

Satu konflik berlaku dalam diriku, selama ini, sepanjang perniagaan ini berjalan, adalah dengan motif untuk membantu, namun, dalam situasi seperti ini, syaitan membisikkan agar aku melakukan seperti apa yang telah dipersetujui pada asalnya, namun, perasaan bersalah muncul, aku bertanya pendapat kepada seorang rakan dan dia mencadangkan agar aku bertanya kembali dengan tuan empunya laptop tersebut. Dan ternyata, tuan empunya laptop tersebut ingin kembali laptop tersebut.

Dan untuk kali ini, aku masih terselamat dari mengambil hak orang lain, walaupun dia telah menganggapnya sebagai rosak, namun, masih menjadi tanggungjawabku, sebagai seseorang yang mempunyai pengetahuan untuk memastikannya.Dan, Alhamdulillah, aku masih seorang yang mampu memegang amanah.

0 komen:

 
Copyright (c) 2010 Towards Jannah. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.