Pages

Saturday, March 13, 2010

Tangguh~-......



Assalamualaikum dan salam sejahtera.. bertangguh.. adakah anda seorang yang suka bertangguh? Rasanya jawapannya adalah ya, sama seperti saya. Telah beberapa tahun berlalu dengan azam untuk membuang sikap suka bertangguh, namun, dengan keadaan sekeliling, rakan-rakan, dan elbagai factor yang melalaikan, saya masih juga suka bertangguh. Bagaimana untuk membuang sikap suka bertangguh?

“Tangguhkan sesuatu perkara yang patut dilakukan hari ini kepada hari esok sekiranya anda sanggup untuk meninggalkan dunia ini dengan membiarkan ia tidak diselesaikan.” – Pablo Picasso

Kata-kata motivasi yang sungguh tajam pada saya. Anda sanggup? Kata-kata sinis yang memberikan kesedaran pada kita perlunya menyelesaikan kerja atau amanah secepat yang mungkin. Ramai di antara kita suka bertangguh kerja bukan? Kerja hari ini ditangguh sehingga esok, kerja esok ditangguh lagi sehingga lusa, kerja minggu ini ditangguh minggu depan.

Alamatnya kerja menimbun banyaknya. Tekanan kerja mula terasa. Hanya kerana kita yang tidak menyelesaikannya ketika sedikit. Sekalipun kata-kata ini dari Picasso tetapi Islam terlebih dahulu mengajarkan kita tentang konsep seumpama ini. Fiqh al-awlawiyat adalah cara di mana kita mengutamakan apa yang penting dan Surah Al-Asr sebagai pengajaran kepada masa yang digunakan dengan betul.
Hayatilah masa dengan sebaik mungkin:

Surah Al-Asr
By Al-’Asr (the time).Verily! Man is in loss,Except those who believe (in Islamic Monotheism) and do righteous good deeds, and recommend one another to the truth (i.e. order one another to perform all kinds of good deeds (Al-Ma’rûf)which Allah has ordained, and abstain from all kinds of sins and evil deeds (Al-Munkar)which Allâh has forbidden), and recommend one another to patience (for the sufferings, harms, and injuries which one may encounter in Allâh’s Cause during preaching His religion of Islâmic Monotheism or Jihad)


Dan disini juga, ingin saya kongsikan bersama doa untuk mengurangkan sikap bertangguh

0 komen:

 
Copyright (c) 2010 Towards Jannah. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.