Pages

Saturday, March 06, 2010

Sesuatu yang patut anda tahu..

Assalamulaikum dan salam sejahtera, pelajar perempuan lebih ramai dari pelajar lelaki di IPT, sesuatu yang semua tahu, apa alasannya? Bilangan perempuan lebih ramai dari lelaki.Tapi adakah benar kenyataan itu? Mari kita pastikan..

Menurut perangkaan United Nation pada tahun 2005,bagi setiap 100 orang lelaki, nisbah terbesar perempuan terhadap lelaki adalah 115 manakala yang terkecil 92 kecuali UAE yang mencatatkan bilangan 47. Apa maknanya, bilangan perempuan dan lelaki adalah HAMPIR SAMA. Apa pula situasi di Malaysia?



Di Malaysia, statistic terkini adalah pada tahun 2008 yang menujukkan jumlah penduduk seramai 27.7 juta. Dari jumlah itu, 14.1 juta adalah lelaki, dan 13.6 juta adalah wanita, jadi? LELAKI ADALAH LEBIH RAMAI DARI WANITA.



Cuba kita lihat pula, statistik pelajar di IPT pada tahun 2007, jumlah pelajar lelaki di IPTA dan IPTS adalah 327.6 ribu, manakala bagi pelajar perempuan, adalah seramai 421.2 ribu.




Dan cuba kita lihat pula bilangan penagih, apa jumlahnya?

Ya, dari statistic yang kita lihat, BILANGAN LELAKI ADALAH LEBIH RAMAI DARI PEREMPUAN DI MALAYSIA, tapi kemanakah hilangnya lelaki-lelaki ini di IPT? Mengapakah lebih ramai yang seolah-olah memilih untuk menjadi TUNGGUL dari menjadi UNGGUL. Isu terkini, pekerja wanita di sektor awam lebih ramai dari lelaki, mengapa, kerana mereka lebih cemerlang.

Walaubagaimanpun, mujurlah ketua-ketua jabatan dan yang berpangkat tinngi masih lagi lelaki, Lelaki seharusnya lebih berusaha untuk meningkatkan martabat mereka, apa akan jadi sekiranya wanita menjadi pemimpin? Rasullullah pernah bersabda ” Suatu kaum itu tidak akan bahagia apabila mereka menyerahkan kepemimpinan mereka kepada wanita”. " (HR. Bukhari no. 4425).

Oleh itu, wakai kaumku, marilah kita semua bangkit mencapai kecemerlangan,x kira samaada di dunia dan akhirat, cintailah ilmu dan tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad,kerana ilmulah yang bakal mengangkat martabat kita.

0 komen:

 
Copyright (c) 2010 Towards Jannah. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.