Pages

Saturday, February 27, 2010

Mari membaca..



Assalamualaikum dan salam sejahtera, "bangsa membaca, bangsa berjaya", sesuatu yang biasa kita dengar, namun sejauh manakah kita mempraktikkannya.Bila sebut membaca, lebih ramaiyang suka membaca komik dan majalah, sebut sahaja naruto, bleach, mastika, pasti ramai yang tahu, tetapi, apabila disebutkan buku ilmiah, meraka hanya mengetahui buku yang dijadikan text dalam pengajian.

Membaca komik dan majalah tidak salah, ia boleh dijadikan selingan. Seperti apa yang saya amalkan, buku-buku yang dibaca itu dipelbagaikan, seperti buku-buku motivasi, novel, buku-buku yang menyentuh keagamaan, majalah, komik, ilmiah dalam bidang yang saya ceburi sekarang, dan juga sedikit buku tentang teknologi yang ade sekarang. Segala genre itu, digilir-hilirkan agar tidak mencetuskan kebosanan.

Buat mereka yang baru ingin memulakan minat membaca, saya mencadangkan agar anda membaca buku motivasi dr.tuah, kerana ia lebih santai, bagi novel, yg plg menarik adalah trilogi bagaikan puteri( bagaikan puteri, cinta sang ratu, dan hijap sang pencinta, yang bakal disusuli satu lagi sambungan iaitu cinta sufi yang mungkin akan keluar pada bulan mei nanti) dan juga ketika cinta bertasbih yang bakal disusuli dari sujud ke sujud. Bagi genre keagamaan, rasanya, buat permulaan, adalah mencukupi dengan membaca majalah Solusi.

Solusi, satu majalah yang diterbitkan oleh telaga biru, ia mengupas pelbagai isu dari sudut Islam, satu majalah yang amat menarik, dan isu terbaru yang telah diterbitkan adalahj isu 17, namun, untuk mendapatkannya, kebiasaannya pada hujung minggu pertama setiap bulan. Bagi mereka yang berada di JB, adalaj lebih mudah untuk mendapatkannnya di Badan Cemerlang, dan bagi mereka yang berada di kuantan, adalah lebih mudah untuk mendapatkannya di darul ansar. Di kedai lain? ada tapi kebiasannya, tidak banyak dan mudah kehabisan..

Itu sahaja buat entri kali ini, rajin-rajinkanlah membaca agar menjadi orang berilmu, kerana ilmu itu adalah harta yang paling bernilai..

0 komen:

 
Copyright (c) 2010 Towards Jannah. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.