Pages

Wednesday, February 24, 2010

Cari jodoh?




Assalamualaikum dan salam sejahtera, tiba-tiba, terfikir untuk menulis tentang jodoh, munkin disebabkan pertanyaan seoarang sahabat, dan satu pertanyaan yang telah aku terima bertalu-talu ketika majlis perkahwinan abangku pada tahun yang lepas, kerana aku adalah yang terakhir jika dikecualikan adikku yang baru belajar di darjah lima.

“Jodoh, Pertemuan.. , Ajal, Maut ditangan Tuhan..”

Satu ayat yang kerap kita dengar.. Bila bercakap tentang jodoh memanglah ianya ketentuan Tuhan tapi kita kenalah juga mencari. Kriteria-kriteria bagaimana yang dimahukan selain dari 4 prinsip yang Rasulullah saw dah berikan iaitu kecantikan, keturunan, kekayaan dan yang paling penting Agamanya. Ramai orang yang menambah lagi syarat-syarat dimana kononnya untuk lebih bersesuaian dengan selera mereka.

Adakalanya sebab yang mereka tak terima seseorang bukan kerana tak menepati 4 prinsip yang diatas tu tetapi oleh sebab ada kekurangan pada syarat-syarat tambahan. Kadangkala syarat-syarat tambahan tu kita nampak macam remeh sahaja. Contohnya ada wanita nakkan lelaki yang berkumis sebagai pasangan hidup dan ada pula lelaki yang tak suka wanita yang berkulit cerah. Lebih haru apabila syarat-syarat tambahan ni seolah-olah lebih diutamakan. Mereka-mereka ni dah bukan mencari jodoh tetapi mencari pasal!

Ada juga yang menjawab “Faktor-faktor tambahan seperti itu bukankah termasuk dalam kategori kecantikan. Cantik tu kan subjektif..” Mungkin boleh diterima alasan tu.. tetapi Rasulullah saw telah berikan kita kaedah terbaik untuk memilih, yang mana faktor Agama hendaklah diberi keutamaan. Perlu diingat kecantikkan rupa paras hanyalah bersifat sementara sahaja tetapi kecantikan peribadi yang lahir dari ketundukan kepada perintah agama itulah yang penting dalam menghidupkan kerukunan hidup berumahtangga. Kalau dah bersifat sementara bermakna ia tak kekal lama dan apabila tak kekal lama maka ia bersandar pada faktor yang rapuh. Oleh yang demikian, bila benih cinta cuba diletakkan pada faktor yang rapuh maka logiknya ia sukar untuk bertahan lama.

Peringatan ini untuk mereka-mereka yang terlalu cerewet memilih pasangan sehingga tiada satu pun yang berkenan di hati. Bagi sesetengah orang pula mereka memang memberi penekanan kepada soal agama dan langsung mengakui sukar untuk bertemu insan soleh atau solehah di zaman ini. Tak terkecuali mereka-mereka yang kurang mengamalkan ajaran islam tetapi jauh disudut hati tetap mahukan pasangan yang soleh atau solehah. Betulkah sukar nak temui insan sebegitu sekarang?

Bila difikirkan memanglah susah kalau nak menilai seseorang samada soleh/solehah atau tidak. Kalau yang perempuan, memanglah yang bertudung tu belum tentu solehah tetapi bila dah tak bertudung ternyata mereka melanggar salah satu suruhan Allah. Yang lelaki pula, apakah yang berketayap atau bersongkok itu satu jaminan mereka tu soleh. Tak jugakkan? Sememangnya jika asyik nak menilai iman seseorang sampai bila pun tak selesai. Jadi apa penyelesaiannya?

Beginilah.. dari sibuk menilai orang adalah lebih baik mereka-mereka ni menilai diri sendiri. Banyak perkara dalam dunia ni berkonsep “what you give you get back” jadi sebelum bertemu insan soleh/solehah tu ubah-ubahlah diri sendiri dahulu dengan banyak beramal soleh. Insya_Allah lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya. Sekurang-kurangnya jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan insan yang tak berapa soleh tu bolehlah mereka bimbing kerana tak semua yang kita nak tu Tuhan beri serta merta. Dia tahu apa yang terbaik buat kita, yang penting kita yang dekat dunia ni sentiasa laksanakan tanggungjawab sebagai hamba-Nya..

Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakkal, itulah yang perlu kita lakukan dalam proses untuk medapatkan sesuatu di dunia ini. Tidak cukuplah dengan hanya bertawakkal tapi seharusnya dimulakan dengan Doa, Usaha dan Ikhtiar, apa yang pasti, apabila tiba masa yang sesuai, dengan orang yang sesuai, sekiranya telah ditetapkan oleh Allah, maka terbinalah masjid itu.

Dan buat diriku, apa yang lebih perlu difikirkan sekarang adalah pilihan kerjaya buat masa hadapan, samaada ingin bekerja di dalam industri, atau menjadi ahli akademik, dan teruskan perniagaan dalam skala yang lebih besar.

2 komen:

tamansyurga_87 said...

Assalamualaikum wbt... setuju sgt dgn pndpt tu..“what you give you get back”.. Jodoh kita nanti adalah cermin siapa diri kita..

FaRah Hana said...

erm :)amin~

 
Copyright (c) 2010 Towards Jannah. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.