Pages

Friday, February 26, 2010

Khusyuk dalam solat..



Assalamulaikum dan salam sejahtera, entri kali ini adalah khusyuk dalam solat, khusuk dalam solat hanya dapat dinikmati dalam 3 keadaan serentak : solat awal waktu,solat di tempat azan dilaungkan dan solat secara berjemaah. Buat diriku, aku mengaku, solatku masih belum khusyuk lagi, masih jauh dari sempurna, tapi oleh kerana ini adalah nota ugama untuk diri aku sendiri, maka eloklah aku mengajar pada diri ini akan bagaimana nak khusyuk dalam solat.., setakat yang kutahu.. Mudah mudahan..

Ramai ustaz-ustaz dan tuan-tuan guru sering menekankan peri pentingnya kusyuk di dalam solat. Banyak cerita-cerita tentang betapa kusyuknya sahabat-sahabat nabi zaman dahulu. Saidina Ali kalau tak salah pernah diceritakan dipanah dan panah itu terlekat di salah satu anggota badannya. Oleh kerana kesakitan yang amat sangat, panah itu tidak dapat dikeluarkan dari badannya pada ketika biasa. Jadi, Saidina Ali bangun mengerjakan solat. Oleh kerana kusyuknya beliau dalam solatnya, anak panah tersebut telah berjaya dikeluarkan ketika dia sedang mengerjakan solat tersebut.

Adakah tahap sebegini boleh dicapai di zaman sebegini? Jauh di sudut hati, mungkin ada yang mengatakan cerita sebegini semacam mitos. Mana mungkin manusia mampu melakukan demikian. Akan tetapi, kita akur minda manusia mampu melakukan banyak perkara yang mustahil dan tak masuk akal, di zaman sekarang pun kita boleh melihatnya.
Teringat kembali peristiwa di 3 minggu yang lepas, ketika waktu aku ingin menunaikan solat zohor, semasa bewuduk, kakiku telah disengat lebah. Sememangnya terasa kesakitan yang menjalar, namun aku cuba teruskan juga untuk solat. Namun solatku memang sudah pasti tidak dapat mencapai kekusyukan seperti Saidina Ali, hanya disengat seekor lebah di kaki, aku telah mempercepatkan semua bacaanku secepat yang mungkin kerana tidak mampu menahan kesakitan.

Jadi, persoalannya, bagaimana nak khusuk dalam solat?

Baik, sekarang… kita pergi dulu pada darjat-darjat dalam solat.., semua betul.., Cuma nak periksa kita semua berada pada darjat yang mana satu..


* Orang yang bersolat kerana itu adalah perintah Allah, maka mereka telah menjadi orang yang berilmu…

* Orang yang bersolat kerana yakin dengan janji Allah, maka mereka telah mencapai makam Ihtisab,

* Orang yang bersolat kerana takut azab Allah, maka mereka telah menjadi orang yang bertakwa…

* Orang yang bersolat seolah-olah melihat Allah, maka mereka telah mencapai tahap Ehsan…

* Orang yang bersolat kerana bersyukur dengan nikmat Allah, maka mereka telah mencapai tahap yang tertinggi iaitu ikhlas…
Kenapa dikatakan orang yang bersolat kerana bersyukur dengan nikmat Allah, maka mereka telah mencapai tahap yang tertinggi?

Dalilnya adalah, apabila Aisyah r.aha menangis melihat kaki Nabi s.a.w bengkak-bengkak kerana lamanya solat, lantas beliau bertanya :“kenapa tuan solat sampai bengkak kaki, bukankah tuan tiada dosa?, Maka Nabi menjawab lebih kurang maksud:

“Aku ingin menjadi hamba yang bersyukur…”

Nabi SAW yang maksom sekalipun berkata sedemikian ,apatah lagi kita umatnya yang lalai dan melalaikan ni...sama-samalah kita memperbaiki mutu solat kita ..

0 komen:

 
Copyright (c) 2010 Towards Jannah. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.