Sunday, February 21, 2010
The Chances toward the future
Assalamulaikum dan salam sejahtera, hurmm.. mula-mula, niat di hati nak buat entri dalam bahasa inggeris, tapi, jadi bahasa melayu lah jugak.. Aku Darah Anak Melayu la katakan.. Peluang,byak perkara yang boleh diperkatakan mengenai peluang, tetapi dalam entri kali ini, ia adalah mengenai peluang perniagaan.
Jika kita lihat, pada masa sekarng, pelbagai perkara yang dahulu hanyalah satu kehendak, bertukar menjadi keperluan buat masa sekarang, keperluan teknologi, keperluan telekomunikasi, keperluan premis/tempat tinggal, keperluan pakaian, dan demi mengikut peradaran zaman, ia boleh juga menjadi keperluan kepada nilai estetik kepada keperluan-keperluan itu. Dan.. Pada setiap keperluan itu, wujud peluang untuk perniagaan.
Dan, apabila ingin berniaga.. seseorang itu akan dipanggil peniaga, atau lebih indah dipanggil usahawan. Siapakah usahawan? usahawan adalah seorang yang mampu melihat peluang yang tidak mampu diihat oleh orang lain. Terlalu banyak peluang, yang perlu, adalah kita untuk mensasarkan golongan pembeli samaada, orang pengguna biasa, pekerja pejabat, atau pelajar. Di mana kita perlu meneliti, dari pelbagai sudut.
Jika berniaga, pastinya ia tidak semudah, hanya mencari orang sebagai downline, dan terus menerima keuntungan. Buat masa sekarang, terlalu banyak perniagaan (yang selalu dipanggil perniagaan) multi level marketing. Tidakkah mereka berfikir, yang ia juga sebahagian dari skim cepat kaya, atau juga skim piramid. Dari apa yang boleh dilihat, sasaran mereka adalah pelajar-pelajar IPT yang begitu mudah terpengaruh apabila ditayangkan dengan kereta-kereta mewah, wang yang banyak, namun, dari manakah datangnya wang itu?
Sistem MLM sebenarnya tidak salah, namun, disebabkan ketamakan.. munculnya sistem basket/bulk. Sistem basket atau sistem bulk adalah suatu sistem dimana ianya mengkehendaki prospek membayar yuran keahlian yang tinggi yang sebenarnya tidak terdapat dalam pelan pemasaran sesebuah syarikat MLM. Ibarat orang kata, sistem underground, iaitu syarikat MLM sendiri tidak tahu wujudnya sistem tersebut yang direka oleh ahli-ahli yang tidak bertanggungjawab. Ia tertumpu kepada menjual network bukannya menjual produk. Dan menjual network inilah sebenarnya adalah bertentangan dengan akta MLM di mana-mana jua negara pun.
Kebanyakan MLM walau yang terkemuka sekalipun, tidak terlepas dari dicemari sistem bulk/basket ini. Ade pernah seseorang yang mengajak unuk menyertai MLM mengeluarkan ayat ini " orang-orang tua je, yang gune produk ni, orang2 muda cam kite, buat duit je" di sini kita dapat melihat, sistem ini menjual network, dan bukannya produk.
Oleh yang demikian, sebagai alternatif ( tidak dapat dipastikan, tapi kalau tidak salah, ia telah dilaksanakan)kerajaan telah mengharamkan MLM ini. Hanya 2 level dibenarkan untuk pemasaran, iaitu, stokis dan pengedar bagi mengelakkan berlakunya penipuan.
Oleh yang demikian, jika anda ingin berniaga, lihatlah peluang yang ada, yang belum dilihat oleh orang lain. Ia pasti adalah lebih sukar untuk bermula, namun, ia adalah lebih berkekalan, jika, terlalu senang bermula, begitulah juga, ia ia akan senang untuk hilang..
0 komen:
Post a Comment