Wednesday, February 17, 2010
Erti hidup pada memberi
Assalamualaikum da salam sejahtera.. Jika anda suka membaca, pasti akan pernah terbaca ungkapan erti hidup pada meberi.. seringkali dapat dilihat pada karya-karya Ustaz Hazrizal dan juga Ustaz Pahrol Mohd Juoi. sememangnya jika kita ikhlas memberi, pasti sudah cukup gembira apabila orang menerima.
Namun, sesetengah orang memberi, untuk mendapatkan sesuatu yang lain, dan jika tidak mendapatkannya, di situlah munculnya permusuhan. Dalam memberi, berilah dengan seikhlas hati, memberi tanpa syarat, memberi bukan untuk menerima sesuatu kembali. Jika benar-benar ikhlas memberi, tatkala kita menerima sesuatu kembali, ia seperti menjadi bonus buat kita, terasa seperti satu nikmat yang berbeza.
Apa yang diberi itu? dalam kehidupan kita, kita sentiasa memberi dan menerima, memberi pertolongan, memberi hadiah, memberi pengetahuan, memberi kasih sayang, dan tidak ketinggalan juga, memberi nilai kepada sebuah persahabatan. Seorang guru yang mengajar dengan ikhlas, pasti menginginkan kejayaan buat anak didiknya, berbanding dengan guru yang cuma menunggu gaji, yang cuma mengajar sambl lewa..
Begitu juga persahabatan, pasti semua orang mempunyai sahabat. dalam bersahabat, kita memberikan nilai persahabatan itu, dengan membantu, dan meringankan beban asalah dan cabaran yang mendatang. Bayangkang tanpa sahabat.. kita sentiasa bersendirian, mampukah kita untuk belajar, beriadah jika kita cuma bersendirian? pasti sukar dan terasa tekanan.
Oleh yang demikian, sentiasalah memberi jika ingin menerima, namun, janganlah memberi hanya kerana ingin menerima, berilah dengan seikhlas hati.. kerana sesiapa yang memberi banyak.. dia juga akan menerima banyak
0 komen:
Post a Comment