Thursday, February 25, 2010
Pelik.. tapi x mustahil..
Assalamulaikum dan salam sejahtera, pelik tapi x mustahil, entri ini adalah kesinambungan dari entri dari blog salah seorang rakanku,iaitu malu bertanya sesat jalan. Ya sememangnya jika kita tidak tahu, kita perlu bertanya, tanpa mengira sama ada tentang jalan, barang, ilmu atau apa sekalipun.
Kebiasaannya, pada situasi biasa, di tempat yang sepatutnya, orang tidak akan segan bertanya. tapi, adalah anda akan terfikir untuk bertanya adakah benang dijual di kedai gnting rambut? adakala tidak masuk akal apabila difikirkan, apabila, setelah ditanya, sememangnya kedai gunting rambut tersebut menjual benang, walau hanya satu warna sahaja, namun, tetap ada. Aku yang pada mulanya sedikit berasa segan apabila sahabatku itu bertanya soalan yang pada aku tidak kena pada tempatnya berasa cukup terkejut. Namun, ia tak mustahil..
Itu.. kes yang pertama.. bagi kes kedua.. di kedai makan.. pada suatu malam itu, lebih kurang 7 bulan yang lepas, aku ada memberikan beberapa borang kepada rakanku untuk dilengkapkan, dan, aku akan mengambilnya untuk dihantar pada keesokan harinya. setelah segala siap diisi, gambar perlu dilekatkan, namun tiada gam, kedai2runcit berhampiran, semua telah ditutup. Ya, jika dilihat pada jam, ia telah menunjukkan masa 10.30. Namun, sahabatku itu, pergi ke kaunter restoran itu, dan bertanyakan gam. aku dan 2 orang lg sahabatk yang berada di meja itu, berasa begitu terkejut, apabila, sahabatku itu datang semula ke meja dengan membawa gam. Terasa pelik, mengapa restoran menjual gam.. namun, setelah digunakan, sahabatku itu, memulangkan kembali gam itu, bukan dibeli, cuma dipinjam, tetapi, masih agak pelik untuk sebuah restoran meyimpan gam di kaunter.
Sekian sahaja entri buat kali ini, jadi, di saat anda teramat memerlukan sesuatu, jangan tkut untuk bertanya, kerana, adakala sesuatu yang tidak kita jangka mungkin terjadi. Orang yang kita fikir tidak dapat membantu kita mungkin dapat membantu kita dalam saat-saat yang genting.
0 komen:
Post a Comment