Pages

Monday, February 22, 2010

Sebuah jam itu..



Assalamulaikum dan salam sejahtera, entri kali ini adalah mengenai perubahan. Senang untuk kita menyebutkan tentang perubahan, untuk berubah. Tapi, untuk melakukan perubahan, ia tidaklah semudah yang diperkatakan. Ramai orang mampu mengatakan tentang perubahan, namun, berapa ramaikah yang mampu melaksanakannya.

Cuba kita ambil contoh yang paling mudah, iaitu yang berlaku d rumahku. Sebulan yang lepas, aku telah mengalihkan jam dari berada di dinding tepi( di atas tiang antara 2 pintu bilik) ke dinding yang berada di bahagian hadapan( lebih kurang di atas tv), namun, walaupontelah sebulan berlalu, majoriti ahli keluargaku, walaupun sedang menonton tv, pasti akan melihat ke dinding tepi untuk melihat jam, sedangkan di bahagian teiitu, sudah digantikan dengan lampu dinding.

Mengapa ia terjadi? kerana kebiasaan.. Setelah selama 30 tahun jam itu berada di situ, tiba-tiba ia berubah. tetapi, jika berada di rumah yang lain, seperti rmah abang-abangku, walaupun baru kali ke-2 berkunjung, kita sudah mengetahui di mana kedudukan jam,tidak mengikut seperti di rumah sendiri.

Begitulah juga perkara-perkara lain, jika ingin berubah, kita perlu mendapatkan suasana baru. Jika kita kekal denga suasana sedia ada, sukar untuk kita berubah kerana kebiasaa kita itu. Adakala, jika ingin melakukan perubahan-perubahan besar, pastti akan keluar suara-suara seperti " mat, ko ni buang tabiat ke", " ko ni sihat ke x, len macam je arini". Jd, ia pasti mengurangkan semangat kita yang pada asalnya berkobar-kobar untuk berubah.

Jadi, untuk berubah, kita memerlukan suasana, baru, mungkin buat seketika, seperti pergi melancong, atau yan kekal, seperti, bertukar pejabat( minta tukar ke tempat lain), bertukar kerja atau apa-apa sahja yang memberikan suasana baru. Adakala, di tempat baru, kita boleh menunjukkan sikap yang baru, dan untuk mengekalkannya, di situlah ego digunakan secara positif...

0 komen:

 
Copyright (c) 2010 Towards Jannah. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.