Pages

Sunday, May 24, 2009

masa-masa yang berlalu..~ 2000-2002~


Jika diingat kembali masa itu, aku yang pada pada ketika itu, berada dengan rakan-rakan yang bagi diriku adalah antara yang terbaik di anatar yang terbaik, dan oleh yang demikian, I'm the worst.

Jika diimbau kembali, sememangnya, aku seringkali dimarahi di sekolah, antara kerja-kerja yang tak pernah disiapkan dan juga kerja-kerja yang terlebih dilakukan. Mungkin, kerana masih belum matang pada ketika itu, aku melakukan segala-gala mengikut hati. segala-galanya aku lakukan mengikit caraku.

Sehinggakan di pusat tuisyen sekalipun, aku menyusun masa mengikut kehendakku. Jika orang lain menghadirinya setiap hari pada sesi-sesi yang ditetapkan, aku menjadikannya 2 hari dengan mengikuti semua sesi yang ada. Namun, itulah yang menambahkan bilangan rakan-rakanku.

Teringat semasa kelas bahasa arab, aku pernah dihukum berdiri di atas meja, namun, ia tidak memberi apa-apa kesan, aku tidak berubah, kerana aku sememangnya seorang yang degil, mungkin antara pelajar yang terdegil yang pernah ada. Bagi subjek pendidikan jasmani, pastinya aku tidak pernah membawa pakaian sukan, dan seringkali dimarahi. Namun itulah aku.

Bila teringat kembali saat-saat yang telah berlalu, ia seolah-olah satu detik, yang jika ia tidak mustahil, ingin aku kembali ke masa lalu, dan memperbetulkan tiap kesalahan. Namun, segala-gala yang telah berlalu, akan terus berlalu. Dan apa yang mampu aku lakukan mungkin,memberi nasihat kepada generasi yang lebih muda agar tidak melakukan kesalahan yang mungkin aku atau rakan-rakan di sekelilingku pernah melakukannya dahulu...

4 komen:

Fakhrul Ar-Razi said...

tul2...aku stuju..hehe..tp yg pnting insyaAllah smua baik2...bese arr time2 muda...smua nakal n degil...hehehe

Fakhrul Ar-Razi said...

jdkan pengajaran dlm stp ape kt wat..klu masa dipatahkn blk pun x semestinya kt leh wat lg baik dgn ape yg ade skang..tah2 mungkin lg truk...jd bersyukur ngan ape yg ade n perbaiki diri kt stp ari

AiE bAhRi said...

ye ke ko nakal n degil??
huhuhu
ko baek la wahai roomate..dah sambung master jangan lupa aku plak..Selamat meneruskan perjuangan..

Anonymous said...

haha~ nakal tu xla. tp degil.. btul kot.. hahaha~ insyaAllah x.. aku still kat jb kan.. mayb bz skit je r.. nalk sambung master sambil keje..

 
Copyright (c) 2010 Towards Jannah. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.