Pages

Thursday, May 14, 2009

menyusun langkah kedua..

Akhirnya, tibalah masa untuk aku menyusun langkah kedua, demi mengejar cita-cita dan impian, dan tidak kuketahui apa yang bakal aku tempuhi. Ingin aku ketahui, apakah jalan yang akan kutempuhi untuk kuteruskan langkah ini.

Ingin aku ketahui, siapakah yang memberikan pandangan yang lebih tepat tentang masa hadapanku, samaada dari seorang sahabat yang cukup mengenaliku, atau seorang veteran dalam bidang pendidikan. 2 pandangan yang cukup berbeza, namun diriku seolah-olah menghala kepada kedua-duanya.

Sehingga tiba masanya, di saat keputusan harus dibuat untuk hanya memilih satu sahaja dari pilihan-pilihan yang wujud, si saat itu akan aku ketahui, siapakah yang lebih mampu melihat jauh ke dalam diriku. Maka akan terjawablah satu persoalan antara pengalaman dan juga keakraban, apakah yang lebih mampu mengenali potensi yang ada.

Pada saat ini, pastinya saat untuk membuat keputusan itu masih jauh, namun, aku masih mengharapkan agar aku tidak perlu membuat keputusan itu, biarlah masa yang berlalu memberikan jawapan yang akan menjadi satu-satunya laluan yang perlu aku tempuhi.

0 komen:

 
Copyright (c) 2010 Towards Jannah. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.