Pada satu saat, aku terfikir kembali, adakah mampu melakukan apa yang telah dirancang, perjalanan hidupku buat 2 tahun yang mendatang. Mungkin, aku sendiri terfikir, ia adalah agak mustahil untuk aku melakukannya, kerana ia akan mengambil hampir semua masa yang ada, namun, akan aku mencuba kerana ia adalah sebahagian dari apa yang perlu aku lakukan demi mencapai cita-cita dan impianku.
Cita-citaku adalah pada jalan yang mendatar(realiti) namun pasti ada liku-likunya dan impianku masih berada jauh di langit, yang memerlukan aku mencipta tangga-tangga yang pastinya lebih sukar untuk didaki. Namun, aku yakin, sekiranya sememangnya ia hendak berlaku, ia akan berlaku.
Dalam pada aku memuhasabahkan diri, mencari-cari kelemahan-kelemahanku yang masih perlu aku atasi, aku terima satu panggilan dari seorang QS di kuantan( penyeliaku ketika pertama kali menjalani latihan industri), entah bagaimana, die tiba-tiba memberi komen mengenai prestasiku ketika latihan industri di kedua-dua firma( dia baru sahaja mengenali penyeliaku di tempat latihan industriku yang kedua, dan aku adalah antara topik yang diperbincangkan) dan ia cukup membantuku, untuk merubah segala kelemahan.
Dan masanya telah tiba, dengan satu jiwa yang tenang, yang telah mengetahui keputusan terakhir peperiksaan ( ia seolah-olah menjadi kebiasaan, dari PMR, SPM, aku mengetahui keputusanku 2 minggu lebih awal, walau mungkin dengan cara yang berbeza) langkah kedua ku ini bermula...
0 komen:
Post a Comment