Assalamulaikum dan salam sejahtera.. sudah agak lama blog ini tidak dikemaskini. Perjalananku ke kelantan mungkin telah mengajarku suatu perkara. "kepercayaan" . Agak pelik kerana tuan rumah tempat penginapanku (homestay) tidak datang menuntut bayaran sebaliknya, ketika aku dan keluargaku hendak pulang, aku terpaksa melelefon tuan rumah tersebut untuk bertanyakan tentang hal tersebut.
Apa yang lebih mengejutkan adalah beliau hanya menyuruh meninggalkan wang dan mengunci pintu. Begitu percayanya tuan rumah tersebut. Seandainya ada pelanggan yang tidak jujur, sudah pastinya mereka tidak akan membayar. Namun, kepercayaan itu mungkin diberi kerana kita adalah sesama Islam. Yang menuntut kita bersangka baik sesama kita dan juga jujur dalam kehidupan.
Di awal pagi tadi, sebelum pulang, aku telah sempat berkunjung ke rumah salah seorang sahabat sekuliahku di kota bharu. Terima kasih di atas jemputan berkunjung. Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai semula ke rumah
3 komen:
bukan sebarangan org diberi kepercayaan...kdng2 'nur' wajah sesorang n tingkah laku seseorang tu kt taw org tu org yg jujur ke x...luaran baik insyaAllah hati jg baik...dr hati turun segala tingkah laku kt...jd kepercayaan mudah diberikn n bersangka baik sehabis mungkin....berhati2 ikut keadaan...
Salam daus,
rumah sape yang kau pergi?
salam.. huhu.. umah shah jahan..
Post a Comment