Tetiba aku terfikir, apakah definisi ikhlas itu. Bolehkah ikhlas mempunyai tempoh masa, setelah seharian berfikir, apakah hikmah di sebalik apa yang berlaku, hanya satu perkara yang melintasi kotak fikiranku.. BOLEHKAH IKHLAS MEMPUNYAI TEMPOH MASA. Pada asalnya, memang aku ikhlas membanu, namun, setelah lebih setahun setengah berlalu, keikhlasan seolah-olah semakin terhakis.
Di saat aku menceritakan kepada orang lain, mungkin itulah saatnya keikhlasan sudah benar2 hilang, apa yang muncul menggantikannya hanyalah riak yang bijak bersembunyi di dasar hati. Apapun,jika rezeki itu bukan milik kita, sekalipun jika kita telah mendapatkannya kembali, ia akan hilang dengan pelbagai cara di luar jangkaan kita.
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, kurniakanlah kepadaku, hati yang benar2 ikhlas, agar aku tidak akan melakukan kesilapan yang sama lagi. Mungkin inilah hikmah di sebalik apa yang berlaku. Namun, di sebalik apa yang berlaku, Di sebalik sebuah pertolongan, ia tidak seharusnya diungkiti, walaupun kepada orang lain, walaupun ia hak kita, kerana, jika tidak di dunia, ia akan terbayar di akhirat, namun di saat hilangnya keikhlasan... tiada apalah yang tinggal.. mungkin hanya secebis dosa memburukkan orang lain..
0 komen:
Post a Comment