Seperti moto yang selalu kedengaran dari Ustaz Hasrizal "erti hidup pada memberi", sebagai seorang muslim, sememangnya itulah yang perlu dilakukan dalam hidup. KIta perlu memberi dengan ikhlas, kerana Allah, bukanlah dengan mengharapkan balasan, keraa jika mengharap balasan dari manusia pastinya akan kecewa kerana hanya segelintir kecil sahja yang tahu untuk menghargai pemberian orang lain.
Oleh yang demikian, kita perlu sentiasa memberi di saat kita memberi, kerana kita tidak mengetahui, bilakah masanya pula kita perlu menerima. Semakin banyak kita memberi, semakin tingilah peluang untuk kita menerima di saat kita memerlukan. Seperti yang biasa kita dengar, " hidup ibarat roda, sekejap kita berada di atas, dan sekejap lagi kita berada di bawah.
Teringat kembali peristiwa yang telah hambir 2 tahun berlalu, iaitu ketika diriku dalam perjalanan dari skudai ke pontian, dimana itu adalah kali pertama aku ke pontian menaiki bas. Setelah menaiki bas, aku baru tersedar bahawa aku tidak memiliki wang kecil untuk membayar tambang, hanya sekeping wang kertas bernilai RM50, setelah menyedarinya, puas aku bertanya kepada penumpang-penumpang lain, namun tiada sesiapa yang mempunyai wang tukar.
Aku menjadi gelisah, setelah separuh perjalanan, ketika bas berhenti seketika, seorang makcik menghulurkan wang bagi membayar tambang, aku bertanya kepada mak cik tersebut, di manakah dia akan turun, namun, dia berkata, ambil sahajalah wang itu.
Beberapa bulan setelah itu, ketika aku berada di larkin, menunggu bas ingin pulang ke kuantan, seorang pemuda datang kepadaku, meminta pertolongan sekadar wang tambang untuk pulang ke rumah, kerana dia telah kehilangan semua wangnya. Pada ketika itu, tanpa berfikir lagi, aku terus mengulurkan sejumlah wang yang diperlukan. Apa yang pasti, biarkan ia menjadi satu kitaran kebaikan, walau tidak kuketahui sampai bilakah ia akan berteruskan.
Kitaran kebaikan, mungkin agak sukar untuk kekal berterusan, namun, apa yang dapat dihilat, kitaran dendam dan benci pula, sering tidak putus-putus dan berterusan. seharusnya kita sedar, kitaran kebaikan itulah yang seharusnya dikekalkan, dan kitaran dendam dan benci, biarlah lupus dengan maaf-memaafkan..
0 komen:
Post a Comment