Pages

Monday, July 26, 2010

Alhamdulillah


Alhamdulillah, betapa bersyukurnya aku di saat mendapat panggilan untuk melaporkan diri itu. Sememangnya, aku menti panggilan kerja, tidak kiralah dari mana sekalipun, dan hampir semua yang aku mohon adalah tempat yang memerlukan pekerja dalam bidangku, tapi yang amat menghairankan, tiada satu pun yang memanggilku, sekalipun untuk temuduga.

Di saat aku berada di kuala lumpur, seorang sahabatku menghubungiku, menyatakan terdapat kekosongan kerja, temuduga di kl, namun , kerja di kuantan, dengan penuh harapan, aku pergi temuduga itu, namun, tidak dipanggil, agak mengecewakan, mungkin kerana terlewat sampai, menampakkan diriku tidak menepati masa.

Tapi, apabila teringat kembali, ketika menyatakan bahawa aku mendapat satu panggilan temuduga, ibuku berkata, tungulah sahaja panggilan dari JPA, namun, aku tetap pergi menghadiri temuduga itu, dan memang aneh rencana ilahi, pada ketika saat, aku terasa memerlukan satu suasana baru, ketika itulah juga aku menerima panggilan, untuk melapor diri, untuk jawatan PTD, sesuatu yang tidak pernah terfikir sebelum ini, walaupun agak ramai rakan-rakanku memohon, namun aku tidak memohon.

Namun, Allah jugalah yang mengetahui apa yang terbaik buat kita, ibu dan ayahku selalu memberitahu, ramai rakan-rakan abang-abangku dulu,yang suka membuat program sepertiku, berakhir dengan menjadi PTD, dan, nampaknya, begitulah juga diriku. Alhamdulillah, dalam masa dua mingu dari sekarang, aku akan memasuki alam bekerjaya, dan kata-kata ibuku semalam? akan kufikirkan..

Wednesday, July 21, 2010

Pesta buku johor 2010


Assalamulaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah, nampaknya pesta buku johor muncul lagi buat tahun ini, yang akan bertempat di danga city mall pada 27 julai hingga 3 ogos. Cukup tepat waktunya, di mana pada masa yang sama, 27 julai, aku perlu datang ke johor bagi mebentangkan semula cadangan tajuk penyelidikan bagi tesis sarjanaku.

Pabila mendengar sahaja pesta buku, pasti diriku cukup teruja, namun, agak sukar mencari rakan-rakan yang juga suka membaca. Ada juga yang suka membaca, tetapi cuma bahan bacaan picisan, yang tidak memberi sebarang manfaat.

Pada buku terbaru Ustaz Pahrol yang bakal terbit pada bulan ini, dan juga pada majalah solusi isu 18 jika tidak silap, ada menyatakan siapa diri kita pada masa kan datang, dicorakkan oleh buku apa yang kamu baca sekarang.

Oleh yang demikian, seimbangkanlah bahan bacaan anda, bagi ilmu di dunia dan akhirat, jika anda tidak suka membaca, pupukkanlah minat membaca itu, perlahan-lahan, apa yang paling penting, istiqamah.

Tuesday, July 20, 2010

Hidup ibarat roda, sentiasalah memberi sebelum saat anda perlu menerima

Seperti moto yang selalu kedengaran dari Ustaz Hasrizal "erti hidup pada memberi", sebagai seorang muslim, sememangnya itulah yang perlu dilakukan dalam hidup. KIta perlu memberi dengan ikhlas, kerana Allah, bukanlah dengan mengharapkan balasan, keraa jika mengharap balasan dari manusia pastinya akan kecewa kerana hanya segelintir kecil sahja yang tahu untuk menghargai pemberian orang lain.

Oleh yang demikian, kita perlu sentiasa memberi di saat kita memberi, kerana kita tidak mengetahui, bilakah masanya pula kita perlu menerima. Semakin banyak kita memberi, semakin tingilah peluang untuk kita menerima di saat kita memerlukan. Seperti yang biasa kita dengar, " hidup ibarat roda, sekejap kita berada di atas, dan sekejap lagi kita berada di bawah.

Teringat kembali peristiwa yang telah hambir 2 tahun berlalu, iaitu ketika diriku dalam perjalanan dari skudai ke pontian, dimana itu adalah kali pertama aku ke pontian menaiki bas. Setelah menaiki bas, aku baru tersedar bahawa aku tidak memiliki wang kecil untuk membayar tambang, hanya sekeping wang kertas bernilai RM50, setelah menyedarinya, puas aku bertanya kepada penumpang-penumpang lain, namun tiada sesiapa yang mempunyai wang tukar.

Aku menjadi gelisah, setelah separuh perjalanan, ketika bas berhenti seketika, seorang makcik menghulurkan wang bagi membayar tambang, aku bertanya kepada mak cik tersebut, di manakah dia akan turun, namun, dia berkata, ambil sahajalah wang itu.

Beberapa bulan setelah itu, ketika aku berada di larkin, menunggu bas ingin pulang ke kuantan, seorang pemuda datang kepadaku, meminta pertolongan sekadar wang tambang untuk pulang ke rumah, kerana dia telah kehilangan semua wangnya. Pada ketika itu, tanpa berfikir lagi, aku terus mengulurkan sejumlah wang yang diperlukan. Apa yang pasti, biarkan ia menjadi satu kitaran kebaikan, walau tidak kuketahui sampai bilakah ia akan berteruskan.

Kitaran kebaikan, mungkin agak sukar untuk kekal berterusan, namun, apa yang dapat dihilat, kitaran dendam dan benci pula, sering tidak putus-putus dan berterusan. seharusnya kita sedar, kitaran kebaikan itulah yang seharusnya dikekalkan, dan kitaran dendam dan benci, biarlah lupus dengan maaf-memaafkan..

Thursday, July 15, 2010

Ikhlas

Tetiba aku terfikir, apakah definisi ikhlas itu. Bolehkah ikhlas mempunyai tempoh masa, setelah seharian berfikir, apakah hikmah di sebalik apa yang berlaku, hanya satu perkara yang melintasi kotak fikiranku.. BOLEHKAH IKHLAS MEMPUNYAI TEMPOH MASA. Pada asalnya, memang aku ikhlas membanu, namun, setelah lebih setahun setengah berlalu, keikhlasan seolah-olah semakin terhakis.

Di saat aku menceritakan kepada orang lain, mungkin itulah saatnya keikhlasan sudah benar2 hilang, apa yang muncul menggantikannya hanyalah riak yang bijak bersembunyi di dasar hati. Apapun,jika rezeki itu bukan milik kita, sekalipun jika kita telah mendapatkannya kembali, ia akan hilang dengan pelbagai cara di luar jangkaan kita.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, kurniakanlah kepadaku, hati yang benar2 ikhlas, agar aku tidak akan melakukan kesilapan yang sama lagi. Mungkin inilah hikmah di sebalik apa yang berlaku. Namun, di sebalik apa yang berlaku, Di sebalik sebuah pertolongan, ia tidak seharusnya diungkiti, walaupun kepada orang lain, walaupun ia hak kita, kerana, jika tidak di dunia, ia akan terbayar di akhirat, namun di saat hilangnya keikhlasan... tiada apalah yang tinggal.. mungkin hanya secebis dosa memburukkan orang lain..
 
Copyright (c) 2010 Towards Jannah. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.