Monday, February 21, 2011
Kahwin dengan gadis lumpuh, buta, pekak dan bisu!!!
Tiba-tiba, teringat akan cerita ini. Ramai di antara kita mungkin pernah mendengar cerita ini. Ada yang percaya, ada yang tidak. Ada yang berpendapat ia hanya rekaan semata-mata.
Namun terdapat banyak riwayat yang menunjukkan ia benar-benar berlaku dan bukan rekaan.
Pada suatu hari, seorang pemuda bernama Thabit bin Ibrahim berjalan-jalan di kebun buah-buahan di Kufah. Dia melintasi sebuah kebun epal dan terjumpa sebiji epal yang gugur ditiup angin. Dia mengambil epal tersebut dan terus memakannya. Belum sempat menghabiskannya, tiba-tiba dia teringat bahawa epal itu bukan kepunyaannya, bagaimana dia boleh memakannya?
Dengan tergesa-gesa dia memasuki kebun itu dan bertemu dengan seorang lelaki yang sedang menguruskannya. Dia meminta maaf kerana telah memakan epal dari kebun itu tanpa izinnya. Lelaki itu berkata bahawa dia bukan pemiliknya tetapi hanyalah seorang pekerja sahaja.
Thabit bertanya di manakah tuannya?
Lelaki itu menjawab rumah pemilik kebun ini sejauh perjalanan satu hari satu malam!
Didorong oleh sifat taqwa dan waraknya dia sanggup berjalan dengan bersusah payah satu hari satu malam untuk meminta maaf dengan tuan kebun kerana telah memakan separuh biji epal tanpa izinnya.
Setibanya di rumah pemilik kebun, dia segera berkata: maafkan saya kerana telah memakan separuh biji epal tanpa keizinan tuan. Inilah separuh baki yang belum saya makan!
Pemilik kebun yakin bahawa tidak ada orang yang sanggup buat begini kecuali seorang yang benar-benar soleh.
Maka dia berkata dengan tegas: saya akan maafkan kamu, tetapi dengan satu syarat!
Thabit bertanya: apakah syarat tuan?
Pemilik kebun menjawab: saya ada seorang anak gadis yang buta, bisu, pekak serta lumpuh. Saya mahu kamu menikahinya!
Thabit berfikit seketika. Kemudian menyetujuinya asalkan dia mendapat kemaafan kerana telah memakan epalnya. Pada fikirannya perkahwinan ini mungkin satu ujian untuk dia mendapat pahala daripada Allah ‘Azza wa Jalla.
Aqad nikahpun dilangsungkan.
Setelah sempurna aqad dan sahlah dia sebagai suami, ditunjukkan kepadanya kamar isteri yang belum dikenali kecuali seorang yang cacat.
Dia memberi salam: assalamu’alaikum…
Tiba-tiba wanita itu bangkit berdiri sambil menjawab salamnya: wa’alaikumus-salam…
Thabit terpinga-pinga kehairanan…
Dia bertanya apa maksud kata-kata ayahnya yang menyifatkannya sebagai buta, pekak, bisu dan lumpuh?
Isterinya menjawab: ayahku berkata benar. Saya buta daripada memandang perkara yang haram, pekak daripada mendengar perkara yang dimurkai Allah, bisu daripada bercakap perkara yang dilarang dan lumpuh kerana kaki ini tidak pernah membawa saya ke tempat maksiat.
Thabit menceritakan: aku renung wajahnya, sesungguhnya dia sangat cantik laksana bulan pernama!
Perkahwinan ini dilimpahi dengan keberkatan. Daripadanya lahir seorang anak yang diberkati. Kemasyhuran serta ilmunya memenuhi bumi. Anak itu ialah Imam Abu Hanifah Nu’man bin Thabit (80H/699M – 150H/767M) rahimahullah, pengasas salah satu Mazhab Fiqh yang terkenal.
Sunday, February 20, 2011
Kerana ia adalah impian, bukan sekadar angan-angan
Jika pada saat ini, aku ditanya apakah cita-cita/impian ku, pasti akan aku akan berkata, impianku adalah untuk menjadikan impian-impian yan pernah aku impikan menjadi suatu realiti. Terlalu banyak impian, dan aku tidak ingin hanya menguburkan sahaja impian-impian itu menjadi sekadar angan-angan.
Apa yang aku impikan? terlalu banyak, dan, sebahagiannya akan disenaraikan di bawah..
Aku ingin sentiasa menuntut ilmu, mencari sesuatu yang baru, jd, pembelajaranku, tidak ingin aku hentikan cukup sekadar apa yang ada, pendidikan formal dan informal, akan diteruskan selagi aku termampu
Aku ingin menjadi seorang yang berjasa kepada masyarakat, mungkin menjadi seorang warga pendidik, yang sentiasa menyampaikan ilmu, sepenuh masa atau sambilan
Aku juga ingin menjadi seorang usahawan, sememangnya, jika diimbas kembali, sehingga dari zaman sekolah rendah sekalipun, aku telah mula berniaga, dari sekadar ubat pensil tekan, sehinggalah di zaman universiti, aku mula berniaga membaiki komputer, namun, terlalu sukar untuk memulakan perniagaan berskala lebih besar bersedirian, jadi.. perancanga seterusnya.. akan memerlukan sokongan rakan-rakan.
Apa yang pasti, pasti setiap orang mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, jd, pastnya aku tidak terkecuali.perancanganku, adalah untuk mengikut sunnah, berkahwin pada umur 25.. jd, masih berbaki 2 tahun 7 bulan, 25 hari sebelum usiaku betul-betul mencecah 26 tahun, atau, perlu dikira ikut genap tahun, jadi, cume tinggal, setahun, 9 bulan dan 7 hari? haha, apepun, biarlah masa menentukan.. siapakah insan yang akan turut serta dalam impianku untuk menjadikan segala impian mejadi realiti.
Matlamat jangka pendek, pengajian sarjanaku perlu dihabiskan secepat yang mungkin, kerana mengikut perancangan asal, 2 tahun adalah tempoh maksimum aku perlu menghabiskannya.
Luahan hati untuk dikongsi.
Setelah 6 bulan berehat dari menulis, akhirnya, jari-jemari mula terasa ingin menari-menari kembali di atas papan kekunci. Kenapa tiada sebarang entri baru selama 6 bulan? Kerana 6 bulan ini terasa diriku seolah hilang motivasi, terasa seolah-olah diri menjadi begitu lemah, dengan kemahiran-kemahiran yang ada semakin berkurang kerana tidak diamalakan.
Namun, setelah merenung kembali, apakah banar aku semakin lemah tidak, kerana ilmuku semakin bertambah, namun, seolah--olah, aku yang tidak menghargainya. Dengan suasana kebanyakan orang mengadu tentang suasana kerja yang tidak seronok, namun tiada siapa yang ula untuk merubah suasana itu, jadi, pastinya tiada hasil. Saat ini, aku tersedar, belajar menghargai apa yang kita adalah adalah cara terbaik untuk merasa gembira dengan apa yang kita lakukan.
Adakala, kita tidak sedar, betapa banyak kita mengumpat, mengata, dan yang paling penting, adakala kita sendiri juga mengikuti jejak langkah orang/pihak yang kita umpat/kata itu. Sebuah janji, seharusnya dikotakan, namun, adakala, terasa begitu sukar untuk dikotakan, bukan tidak mahu dikotakan, namun, sika suka bertangguh, begitu sukar untuk dilawan.
Jadi, pesanan buat diriku sendiri, buangkan sifat suka bertanguh,kerana mungkin, sesuatu yang aku tangguhkan itu, begitu pentig buat orang lain yang memerlukannya, sepertimana, betapa aku ingin mengetahui apakah jalan kerjayaku nanti.