Saturday, November 21, 2009
Senang atau susah?
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Adakala, terasa agak pelik, jika dilihat pada masa sekarang masih ramai yang menyertai MLM, atau mulkti level marketing. Ya, jika dilihat sepintas lalu, sememangnya ia jalan terpantas untuk menjadi kaya, jika berjaya mendapat seramai mungkin orang di bawah. Tidakkah mereka berfikir dari manakah datangnya wang itu, mereka perlu membayar sekurang-kurangnya RM1000 ketika hendak menyertai, dan lazimnya, tidak akan dikembalikan.
Sudah beberapa kali beberapa orang rakan mengajak saya untuk berjumpa, berbual-bual, dan ada juga yang berbentuk event atau dinner, namun, begitulah, ade diantaranya adalah untuk membincangkan bisnes katanya. Namun, sesuatu yang terlalu cepat ini, membuatkan saya merasa telah mengambil hak orang lain. Memang, yang berada di atas, akan menjadi begitu kaya, namun, yang di bawah, mereka mungkin telah membayar RM1000 atau lebih, dan jungkin tidak mendapat apa-apa.
Dan yang baru saya hadiri sebentar td, sebentar sahaja, kerana terasa rimas dan telah mengetahui helah rakan saya itu, saya meninggalkan sahaja dinner itu. Ketika sampai, gak pelik melihatkan berpuluh-puluh super luxury car berada di luar, ya, ia merupakan kepunyaan mereka yang menyertai, namun adakah mereka sedar, berapa lamakah ia mampu bertahan? kebiasaannya, sesuatu yang cepat dimiliki, juga akan cepat hilang. Sekiranya mereka telah terbiasa dengan kehidupan mewah, adakah mereka mampu untuk kembali ke kehidupan biasa, dengan ilmu yang kurang, pasti, kehidupan akan menjadi lebih teruk.
Jalan yang terbaik untuk berjaya adalah dengan kesusahan, kerana kesusahan akan menjadikan kita lebih kuat. Sentiasalah membantu orang lain yang memerlukan, kerana kita tidak tahu bilakah kita akan memerlukan bantuan. Lakukan sesuatu kerja sebagai ibadah, bukan untuk keuntungan semata-mata. jika kita melalui kesusahan untuk mencapai kejayaan, ia akan menjadi lebih mudah untuk mencapainya kembali jika kita kecundang,kerana kita pernah melaluinya, namun, jika terlalu mudah untuk mencapai kejayaan, ia akan menjadi terlalu sukar untuk mencapainya kembali seandainya kecundang, kerana kita tidak mempunyai cukup pengalaman untuk mendapatkannya kembali. Oleh itu, setiap langkah menuju kejayaan adalah penting. Tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan dalam hidup di dunia dan akhirat
1 komen:
kesusahan itu lebih mengjar kita erti kesyukuran dn ksdrhanaan.. dn kekayaan itu sering melalaikn dn membuat kita alpa..lalu bersykurlah dgn apa yg kita miliki serta brushalah utk mperbaikiny..nmn,,jgn pla kita lalai dr menyembah YANG MAHA PEMURAH.
Post a Comment