Assalamulaikum dan salam sejahtera, agak lama blog ini tidak diupdate.. namun, dalam pada masa ini, aku telah menemui satu jawapan yang telah agak lama aku cari. Apakah perkara yang paling penting dalam menghdapi hidup ini. Mungkin, bagi individu yang berbeza, jawapannya adalah berbeza, namun bagiku, apa yang penting kita sentiasa bersyukur dan yakin apa yang berlaku adalah yang terbaik buat kita kerana hanya Allah mengetahui apa yang terbaik buat kita.
Sedang apa yang terdetik di hati kita juga telah menjadi ketentuan-Nya. Namun kita perlu percaya, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sedang cahaya yang menerangi hidup kita kelihatan suatu yang biasa kepada kita, namun titisan air yang tinggal selepas hujan itulah yang memunculkan pelangi. Pelangi itu juga cahaya, namun ia indah selepas terbias oleh titisan air.
Begitulah juga hidup kita, tanpa ujian, ia hanya kelihatan biasa, tanpa merasa kesusahan, kita tidak akan merasa nikmatnya kesenangan. Aku tersedar, bahawa, jika aku tidak bekerja sebulan ini, mungkin aku akan berkata belajar di peringkat master ini, terasa amat sukar, namun, setelah merasai sukarnya bekerja, aku terasa belajar ini, jauh lebih mudah.