Pages

Monday, July 26, 2010

Alhamdulillah


Alhamdulillah, betapa bersyukurnya aku di saat mendapat panggilan untuk melaporkan diri itu. Sememangnya, aku menti panggilan kerja, tidak kiralah dari mana sekalipun, dan hampir semua yang aku mohon adalah tempat yang memerlukan pekerja dalam bidangku, tapi yang amat menghairankan, tiada satu pun yang memanggilku, sekalipun untuk temuduga.

Di saat aku berada di kuala lumpur, seorang sahabatku menghubungiku, menyatakan terdapat kekosongan kerja, temuduga di kl, namun , kerja di kuantan, dengan penuh harapan, aku pergi temuduga itu, namun, tidak dipanggil, agak mengecewakan, mungkin kerana terlewat sampai, menampakkan diriku tidak menepati masa.

Tapi, apabila teringat kembali, ketika menyatakan bahawa aku mendapat satu panggilan temuduga, ibuku berkata, tungulah sahaja panggilan dari JPA, namun, aku tetap pergi menghadiri temuduga itu, dan memang aneh rencana ilahi, pada ketika saat, aku terasa memerlukan satu suasana baru, ketika itulah juga aku menerima panggilan, untuk melapor diri, untuk jawatan PTD, sesuatu yang tidak pernah terfikir sebelum ini, walaupun agak ramai rakan-rakanku memohon, namun aku tidak memohon.

Namun, Allah jugalah yang mengetahui apa yang terbaik buat kita, ibu dan ayahku selalu memberitahu, ramai rakan-rakan abang-abangku dulu,yang suka membuat program sepertiku, berakhir dengan menjadi PTD, dan, nampaknya, begitulah juga diriku. Alhamdulillah, dalam masa dua mingu dari sekarang, aku akan memasuki alam bekerjaya, dan kata-kata ibuku semalam? akan kufikirkan..

Wednesday, July 21, 2010

Pesta buku johor 2010


Assalamulaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah, nampaknya pesta buku johor muncul lagi buat tahun ini, yang akan bertempat di danga city mall pada 27 julai hingga 3 ogos. Cukup tepat waktunya, di mana pada masa yang sama, 27 julai, aku perlu datang ke johor bagi mebentangkan semula cadangan tajuk penyelidikan bagi tesis sarjanaku.

Pabila mendengar sahaja pesta buku, pasti diriku cukup teruja, namun, agak sukar mencari rakan-rakan yang juga suka membaca. Ada juga yang suka membaca, tetapi cuma bahan bacaan picisan, yang tidak memberi sebarang manfaat.

Pada buku terbaru Ustaz Pahrol yang bakal terbit pada bulan ini, dan juga pada majalah solusi isu 18 jika tidak silap, ada menyatakan siapa diri kita pada masa kan datang, dicorakkan oleh buku apa yang kamu baca sekarang.

Oleh yang demikian, seimbangkanlah bahan bacaan anda, bagi ilmu di dunia dan akhirat, jika anda tidak suka membaca, pupukkanlah minat membaca itu, perlahan-lahan, apa yang paling penting, istiqamah.

Tuesday, July 20, 2010

Hidup ibarat roda, sentiasalah memberi sebelum saat anda perlu menerima

Seperti moto yang selalu kedengaran dari Ustaz Hasrizal "erti hidup pada memberi", sebagai seorang muslim, sememangnya itulah yang perlu dilakukan dalam hidup. KIta perlu memberi dengan ikhlas, kerana Allah, bukanlah dengan mengharapkan balasan, keraa jika mengharap balasan dari manusia pastinya akan kecewa kerana hanya segelintir kecil sahja yang tahu untuk menghargai pemberian orang lain.

Oleh yang demikian, kita perlu sentiasa memberi di saat kita memberi, kerana kita tidak mengetahui, bilakah masanya pula kita perlu menerima. Semakin banyak kita memberi, semakin tingilah peluang untuk kita menerima di saat kita memerlukan. Seperti yang biasa kita dengar, " hidup ibarat roda, sekejap kita berada di atas, dan sekejap lagi kita berada di bawah.

Teringat kembali peristiwa yang telah hambir 2 tahun berlalu, iaitu ketika diriku dalam perjalanan dari skudai ke pontian, dimana itu adalah kali pertama aku ke pontian menaiki bas. Setelah menaiki bas, aku baru tersedar bahawa aku tidak memiliki wang kecil untuk membayar tambang, hanya sekeping wang kertas bernilai RM50, setelah menyedarinya, puas aku bertanya kepada penumpang-penumpang lain, namun tiada sesiapa yang mempunyai wang tukar.

Aku menjadi gelisah, setelah separuh perjalanan, ketika bas berhenti seketika, seorang makcik menghulurkan wang bagi membayar tambang, aku bertanya kepada mak cik tersebut, di manakah dia akan turun, namun, dia berkata, ambil sahajalah wang itu.

Beberapa bulan setelah itu, ketika aku berada di larkin, menunggu bas ingin pulang ke kuantan, seorang pemuda datang kepadaku, meminta pertolongan sekadar wang tambang untuk pulang ke rumah, kerana dia telah kehilangan semua wangnya. Pada ketika itu, tanpa berfikir lagi, aku terus mengulurkan sejumlah wang yang diperlukan. Apa yang pasti, biarkan ia menjadi satu kitaran kebaikan, walau tidak kuketahui sampai bilakah ia akan berteruskan.

Kitaran kebaikan, mungkin agak sukar untuk kekal berterusan, namun, apa yang dapat dihilat, kitaran dendam dan benci pula, sering tidak putus-putus dan berterusan. seharusnya kita sedar, kitaran kebaikan itulah yang seharusnya dikekalkan, dan kitaran dendam dan benci, biarlah lupus dengan maaf-memaafkan..

Thursday, July 15, 2010

Ikhlas

Tetiba aku terfikir, apakah definisi ikhlas itu. Bolehkah ikhlas mempunyai tempoh masa, setelah seharian berfikir, apakah hikmah di sebalik apa yang berlaku, hanya satu perkara yang melintasi kotak fikiranku.. BOLEHKAH IKHLAS MEMPUNYAI TEMPOH MASA. Pada asalnya, memang aku ikhlas membanu, namun, setelah lebih setahun setengah berlalu, keikhlasan seolah-olah semakin terhakis.

Di saat aku menceritakan kepada orang lain, mungkin itulah saatnya keikhlasan sudah benar2 hilang, apa yang muncul menggantikannya hanyalah riak yang bijak bersembunyi di dasar hati. Apapun,jika rezeki itu bukan milik kita, sekalipun jika kita telah mendapatkannya kembali, ia akan hilang dengan pelbagai cara di luar jangkaan kita.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, kurniakanlah kepadaku, hati yang benar2 ikhlas, agar aku tidak akan melakukan kesilapan yang sama lagi. Mungkin inilah hikmah di sebalik apa yang berlaku. Namun, di sebalik apa yang berlaku, Di sebalik sebuah pertolongan, ia tidak seharusnya diungkiti, walaupun kepada orang lain, walaupun ia hak kita, kerana, jika tidak di dunia, ia akan terbayar di akhirat, namun di saat hilangnya keikhlasan... tiada apalah yang tinggal.. mungkin hanya secebis dosa memburukkan orang lain..

Monday, June 07, 2010

Kata itu kota...



Assalamulaikum dan salam sejahtera, pertama-tamanya,marilah kita menghayati lirik lagu dibawah..

Wahai manusia janganlah kau lupa
Kita ini adalah hamba pada-Nya
Kita dijadikan untuk membuat kebaikan
Bukannya untuk membuat kemungkaran

Wahai manusia kitalah hamba-Nya
Kita harus sabar mentaati-Nya
Kita harus sabar meninggalkan larangan-Nya

Dalam mengejar cita-cita mu
Janganlah kau cuba mengambil jalan yg mudah
Janganlah berdusta mengambil hak orang lain
Yang bukan dari milik mu

Dalam persahabatan mu janganlah mengkhianati
Sahabatmu yang sejati
Dalam perjanjianmu janganlah berjanji
Jika tidak menepatinya

Hitam putih susah senang kehidupan
Perlu ditempuhi dengan tenang
Semuanya penuh dengan hikmah yang tersirat
Tuhan jadikan untuk mendidik kita
Carilah keredhaan-Nya..

Cume sekadar luahan rase.. kerana, kebiasaannya, setiap perkara buruk yang berlaku lebih dari 3 kali,akan kucuba mengelak untuk melakukannya, namun, apabila membantu, I still choose to believe.. walaupun, ada di antara mereka-mereka itu, tidak layak untuk membantu, pandai berjanji, namun tidak mampu menunaikannya, dan seringkali juga menyusahkan orang yang membantu pula.

Tetapi, dalam hidup ini, kita mesti sentiasa beringat, "what you give, you get back" jadi, bantulah seberapa ramai yang mungkin, mungkin tidak ramai yang akan menghargai anda atau akan membantu anda di saat anda memerlukan,tetapi, semain ramai orang yang anda bantu, semakin anda meningkatkan kebarangkalian untuk dibantu.

Wednesday, May 05, 2010

Melayu? adakah semakin layu..

1. Orang Melayu sudah memiliki standardnya sendiri. Ia merupakan satu bentuk penjenamaan yang dipaksa agar sinonim dengan orang Melayu. Gerak kerja penjenamaan ini dilakukan oleh banyak pihak, Melayu itu sendiri turut terlibat. Apakah bentuk jenama yang telah disinonimkan dengan Melayu? MALAS, KURANG CERDIK, dan TIDAK MENEPATI MASA.

2. Orang Melayu seringkali melihat orang Melayu yang lain sebagai panduan, kemudian menjadikan ia seolah satu tanda aras yang perlu diikuti. Contoh situasi:

i. Janji Melayu: Orang Melayu (tidak semua) beranggapan, tidak menepati masa itu sudah menjadi hal yang biasa. Jika berjanji pukul 8.00 pagi, maka waktu sebenar janji itu adalah 8.30 pagi, bahkan mungkin lebih melewati 9.00 pagi. Bila ada Melayu 'lain' yang menepati masa, maka terkulai-kulailah dia menunggu. Maka Melayu 'lain' itu pun menjadi Melayu yang telah disinonimkan.

ii. Malas: Suatu yang jenama yang paling berjaya. Kaum bukan Melayu juga mengenali jenama ini telah disinonimkan dengan orang Melayu. Orang Melayu ada tahap kerajinannya, ia jarang melebihi kaum lain. Jika Melayu 'lain' miliki sifat rajin luar biasa, maka mudahnya dia dituduh poyo, berlagak bagus, dan tunjuk baik. Oleh itu, agar kelihatan sama dengan Melayu, Melayu 'lain' itu pun menjadi Melayu yang telah disinonimkan.

iii. Mahu contoh lagi? Fikir sendiri.


3. Penjenamaan ini seolah-olah sudah menjadi 'Dosa Warisan' kepada orang Melayu. Hampir setiap orang Melayu ingin dipandang sifatnya seperti mana yang disebutkan diatas. Barangkali, bayi kecil Melayu yang baru lahir itu juga sudah mewarisi dosa ini. Namun, benarkah begitu?

4. Tidak, tidak benar sama sekali. Sebenarnya, ramai yang tidak sedar tentang penipuan idea ini. Penjenamaan Melayu dengan sifat-sifat ini telah dipaksakan tersemat didalam minda orang Melayu sejak dulu lagi. Ia seolah-olah menyatakan setiap orang Melayu wajib bersifat begitu. Duka cita, ada sebahagian Melayu yang bersenang hati menerima, katanya ini hakikat. Hakikat apa yang dia telah dipaksa untuk menerima sejak dahulu lagi.

5. Setiap orang itu membentuk nilai sendiri dalam sikapnya. Malas atau tidak menepati janji itu tidak lahir dari keturunan atau bangsa. Ini bukan agama Kristian yang memiliki dosa warisan! Orang Melayu, jika ingin meletakkan standard harus melihat pada nilai yang tinggi. Bukan pada ukuran yang buruk, kemudian bersenang-senang menerima. Lebih buruk, apabila ada Melayu 'lain' yang miliki sifat yang lain, ia ditentang dan diperlekeh.

6. Orang Melayu harus melihat diri sendiri dalam membentuk sikap dan prinsip. Mari bertanya secara jujur pada hati kecil yang sering kita padamkan cakap-cakapnya, apakah benar kita menerima penjenamaan Melayu sedia ada itu? Ataupun sebenarnya kita menafikan, namun kalut untuk menongkah arus menyatakan hal itu tiada kaitan dengan kaum atau bangsa. Ia tentang persoalan sikap! Ya, sikap individu itu sendiri!

7. Kita jangan terperangkap atas jenama ini. Penjenamaan yang telah memelayukan Melayu. Sekian lama orang Melayu berfikir atas kapasiti jenama ini dan ia telah memenjarakan pemikiran. Orang Melayu harus menjenamakan dirinya atas kapasiti individu, bukan bangsa semata. Orang Melayu harus memandang potensi diri, bukan mendengar apa yang orang lain kata dan khabarkan tentang mitos jenama Melayu.

8. Ini nasihat buat diriku dan buat orang yang suka mengambil manfaat. marilah kita berubah bagi menjenamakan semula melayu sebagai bangsa yang unggul dan bukannya tunggul..

Friday, April 30, 2010

JIka Terakhir Buatku

Assalamulaikum dan salam sejahtera, kali ni, cuma nak kongsi satu lagu yang bagi saya, liriknya agak mendidik jiwa..


Jika Terakhir Buatku
Artis: Saujana
Album: Nota Cinta


oh Tuhan hambaMu ini kekeliruan
sukar mencari jalan yang benar
kerna dipaut hasut dunia
mencintai yang lain lebih dariMu

oh Tuhan hidayahMu pernah hadir
hingga kering air mataku menitis
namun terkadang aku berpaling
kerna mengejar nikmat dunia sementara

hari ini ku bimbangi
jika terakhir hidup
adakah lagi subuh esok
untukku bernafas
dan sujud mengabdi
padaMu oh Tuhan

berikan daku kesempatan
menebus kesalahan
lantaran dosa dan noda
dan sengaja melupakanMu
hadirkan damai sebelum di hujung nafasku
hanya padaMu Tuhan

oh Tuhan berikan daku petunjukMu
untukku meniti ke jalan redhaMu
izinkan daku mengulangi janji-janji yang baru
taubat nasuha setulus untukMu
oh tuhan...

hanya kasihMu Tuhan
ampunanMu ku damba

Lagu:Putra Aiman/Mustaqim
Lirik: Putra Aiman/Mustaqim

Tuesday, April 20, 2010

Saat pertama melangkah.. dan kini..

Assalamulaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah, peperiksaan terakhir buat pengajian sarjanaku telah berjaya ditamatkan, dan sekarang.. hanya menunggu detik mendapatkan keputusan.Saat pertama kali aku melangkah,ya dr pelajaran pertama, berjalan, dan mula melangkah.. saat-saat memasuki tadika, sekolah, matrik dan universiti.. aku lalui dengan jatuh bangun yang bersilih ganti.

Apa yang pasti, aku bukanlah seorang yang sentisa cemerlang.. dan jika diingat kembali, aku merupakan seorang yang cukup degil, bertindak mengukit apa yang aku fikirkan sahaja. Pada hari terakhir alam persekolahan, Seorang guru pernah mengatakan kepadaku. akulah pelajarnya yamg paling degil pernah dijumpainya.

Ya, aku mengaku, aku agak degil, kerana itu, dari sekolah rendah, hingga sekolah menengah, dan masih lagi muncul sedikit di matrikulasi, adakala aku tidak membuat kerja-kerja yang aku fikirkan terlalu senang dan remeh. Dan anytara yang paling tidak boleh dilupakan, dialogku kepada guru kimiaku..

Guru kimia : firdaus, mana buku nota kamu
Aku: tak wujud cikgu

jawapan paling selambe, namun,aku dikenakan kembali ketika percubaan SPM, masih kuingat..

Aku: Cikgu, tambah la markah ni cikgu, 2 markah je lagi ni cikgu..
Guru kimia: Boleh, tapi kamu kene tunjukkan buku nota kimia kamu dulu

dan, akibatnya, aku tidak mendapat A, untuk kimia..

Bagi subjek matematik, aku selalu menjadi rujukan, namun kemalasanku agak memuncak, bahagian2 yang pernah kuajar kepada rakan-rakanku, dibiarkan kosong dalam bukuku.. namun, ada bahagian yang belum dipelajari, aku jawb.. dan, as usual, kene marah..

Keputusan keseluruhanku? xmenentu, adakala aku di atas, dan adakala di bawah, aku begitu lemah subjek bahasa, dan yang memerlukan byk pegahafalan, namun, mujurkan dengan kehadiran rakan-rakanku.. dengan cara belajar secara berkumpulan, amat byk membantu.. saling membantu.. dan.. sehingga kini, itulah yang aku amalkan untuk mencpai kejayaan..

Dan kini, aku berada di tangga terakhir sebagai seorang pelajar, harap tidakkan terundur kembali.. dan apa yang pasti, jika selepas ini aku menyambung pelajaran sekalipun, ia adalah sebagai penyelidik, bukan lagi belajar.. dan menghadapi peperiksaan..
 
Copyright (c) 2010 Towards Jannah. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.