Sunday, March 08, 2009
Mari menikmati cendol..
Diimbau kembali 6 tahun yang lalu, iaitu ketika aku berada di MRSM pasir salak, yang pada ketika itu baru dibuka, aku telah membuat keputusan untuk bertukar ke MRSM lain untuk mengambil akaun. Walaubagaimanapun, abangku tidak bersetuju dengan pilihanku itu. Oleh yang demikian, abangku telah membuat keputusan untuk mengambil aku untuk pulang dan bersekolah kembali di sekolah asalku (SMART).
Dalam perjalanan abangku dari Johor Bahru ke Kuantan, pada ketika melalui felda keratung, keretanya telah membuat ragam, suhu enjin terus meningkat ke tahap maksimum, walaubagaimanapun, kerana pada ketika itu adalah malam, abangku teruskan juga memandu sehingga terjumpa sebuah gerai.
Di sini berlakunya berlakunya peristiwa yang tidak terduga, gerai itu kepunyaan sahabatnya iaitu orang yang sama yang menjual cendol di hadapan kuantan parade itu sekarang. Apa yang lebih menghairankan adalah, dia telah memberi pinjam keretanya supaya abangku boleh meneruskan perjalanan ke kuantan, dan seterusnya ke perak untuk menjemputku.( Ketika itu, keretanya itu baru sahaja dua mingu dibeli)
Aku yang menunggu agak terkejut melihatkan kereta lain yang sampai (aku jangkakan kereta wira abangku yang berwarna biru). Walaubagaimanapun, alhamdulillah, peristiwa itu telah membuktikan itulah keputusan yang terbaik buatku. Walaupun mungkin ia kelihatan seperti berpatah kembali, tetapi ia merupakan satu pengalaman yang sudah pastinya aku tidak akan lupakan.
Saturday, March 07, 2009
Pantasnya masa yang berlalu..
Pelbagai tanggungjawab bertambah seiringan usia, sedangkan aku terasa belum bersedia menghadapi dunia yang sebenarnya, yang dipenuhi pelbagai ragam manusia. Apakah aku telah mempunyai jatidiri yang cukup unggul untuk menghadapi dunia yang sebenarnya? Rasanya seperti diriku masih lagi kekurangan pengalaman.
Masih banyak yang perlu dipelajari, dan masih banyak yang perlu diperbetulkan. Walauapapun, aku pasti, perkara yang paling penting dalam hidup ini, adalah amanah, kerana hidup ini sendiri adalah satu amanah. Orang yang sentiasa menjaga amanah pastinya akan dihormati, Selain itu, apa yang penting, pastinya hormat-menghormati dan menjaga hak orang lain terutamanya kita sebagai seorang muslim.
Jika masa mampu diputar semula, ingin aku memperbaiki segala kesalahan pada masa yang lalu, tetapi adakala aku terfikir, jika aku tidak pernah melakukan kesalahan tersebut, apakah aku akan menjadi aku yang sekarang? timbulnya persoalan yang sudah pastinya tidak akan terjawab. Mungkin aku hanya akan menjadi seseorang yang sama seperti majoriti yang lain, dengan minda melayu yang semakin layu dan layu..
Walauapapun, hidup kita telah mengikut qada' dan qadar yang telah ditetapkan, apa yang pasti, kita hanya mampu berusaha dan berdoa untuk menjadi yang terbaik, demi agama , bangsa, dan negara.
Tanda-tanda keegoan
BAPA orang-orang ego ialah syaitan. Timbulnya ego berpunca dari sifat-sifat ke'aku'an, iaitu bila terasa diri lebih 'best' dari orang lain. Mula-mula ego dengan manusia, kemudian ego dengan Tuhan. Itulah
perangai syaitan. Syaitan juga mencipta sejarah sebagai makhluk pertama yang berputus asa dari rahmat ALLAH. Begitulah secara ringkas sejarah penyakit ego ini.
Berikut adalah di antara tanda-tanda ego. Marilah kita selidik-selidik diri kita, kot-kot kita tergolong dalam golongan orang ego. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda; "Tidak akan masuk Syurga seseorang yang di dalam hatinya masih terdapat satu zarah dari sifat sombong." - Hadis Riwayat Muslim.
Antara tanda-tanda ego...
1. Apabila diberi jawatan terasa seronok dan terhibur. Rasa diri memang layak untuk mendapat jawatan.
2. Apabila tidak dilantik, rasa tidak senang. Tidak mahu terima kepimpinan yang telah ditunjuk.
3. Kalau dia seorang pemimpin, arahannya kepada anak buah
4. Kalau dia merupakan seorang pengikut, payah mahu taat kepada arahan pemimpin.
5. Emosional, mudah tersinggung.
6. Mudah marah, cepat melenting.
7. Suka berkawan dengan orang yang lebih kekurangan dari dirinya dengan niat supaya beliau nampak lebih tertonjol.
8. Payah mahu menerima pandangan orang lain.
9. Dalam sesuatu majlis tidak senang kalau orang lain memberi pandangan.
10.Dalam sesuatu majlis suka memotong cakap orang lain.
11.Suka hanya pandangannya sahaja yang diterima.
12.Tidak senang atas kemajuan yang tercetus di tangan orang lain.
13.Bercakap selalunya dengan suara tinggi. Tak boleh dicabar, pasti akan mencabar.
14.Tidak berdoa selepas menunaikan solat, sekalipun sebentar.
15.Sengaja melewat-lewatkan sembahyang tanpa uzur yang syarie.
Itulah antara tanda-tanda ego. Amacam? Ada tak sifat sombong dan ego pada diri kita? Kalau tak ade syukur le... kalau ada baiklah bertaubat segera... sebelum syaitan mengaku kita nie suku-sakat dia.
Wassalam.
Jawapan yang terbaik..
Pastinya, jika inginkan sesuatu yang terbaik, kita seharusnya memperbaiki diri kita. Dalam ruang masa yang diberi, aku tersedar, walau apapun, kita hanya merancang. Adakala sesuatu peristiwa itu berlaku bagi memberikan peluang untuk kita belajar dan sedar akan kesilapan-kesilapan kita, seterusnya memberikan ruang untuk memperbaiki diri.
Kepada insan yang berkenaan, jika anda membaca entri ini, terima kasih diucapkan, walau apapun jawapan anda, aku pasrah menerimanya. Terima kasih kerana hadir sebagai sahabat yang banyak menegur kesilapanku.
Permata yang dicari..
Adakah menjadi sifat semula jadi manusia, gajah di depan mata tidak nampak, namun kuman di seberang terang-menerang kelihatan. Atau mungkin ini adalah sifat yang terterap dalam diri seseorang di dalam proses kehidupan.
Setiap manusia mempunyai impian, setiap manusia mempunyai matlamat hidup dan tujuan. Tetapi bukan mudah untuk mencapai tujuan itu, yang berjaya dikatakan cemerlang, yang tidak dikatakan Mat Jenin, yang berazam tidak akan putus asa, yang beriman hanya akan berserah kepadaNYA.
Namun dalam mencari matlamat, tidak kira sama ada mencari peluang perniagaan, mencari jodoh, mencari penyelesaian masalah, kadang-kala kita terlepas pandang kepada apa yang ada di depan mata. Sebaliknya, bintang di langit kita kejari sampai pagi, sampai ia hilang. Bila malam menjelang, kita kejar dan kejar lagi.
Perhatikan di sekeliling kita, mungkin apa yang kita perlukan itu sebenarnya telah lama bersama kita, atau ada di depan mata. Cuma manusia sebagai insan yang alpa tidak menduga.
Manusia memang gemar mengejar bintang di langit, mahukan yang terbaik untuk diri sendiri. Sedangkan permata di depan mata yg tersembunyi, berdebu, kelihatan seperti batu, lebih berharga, lebih bermakna, dari mengejar sesuatu yang mustahil.
Yang duluku cari, rupa-rupanya ada disini. Sekiranya pertama itu digilap, maka bersinarlah ia di malam dan juga di siang hari.
Janganlah terlalu memilih dan mencari terlalu jauh. Selidiki dahulu apa yang ada di depan mata atau yang mendatang, mungkin itu sebenarnya milik kita. Siapa tahu...
3 yang berbeza..
tersebut kisah pada petang itu... pakar kaji bintang pun berkata..
(sambil melihat ke langit)
"ish ruginya kalau orang tak belajar kaji bintang.. banyak rahsia yang aku ketahui.. orang biasa tak ketahui.."
kemudian.. si pakar haiwan pun mencelah... sambil meneliti bunyi yang dikeluarkan seekor burung gagak.. katanya " betapa ruginya orang tak belajar macam aku.. aku boleh mengetahui gerak geri haiwan"...
si pendayung sampan hanya mendengar..
tanpa diduga.. sampan yang mereka naiki terbalik... si pakar kaji bintang dan si pakar kaji haiwan.. tenggelam timbul di tengah sungai... berusahalah si pendayung sampan menyelamatkan kedua dua pakar itu...
sambil itu si pendayung pun berkata.. "ish.. betapa ruginya orang tak tahu berenang... setinggi mana pun ilmu.. hanya beberapa saat nyawa boleh melayang dan ilmu itu pun tak berguna lagi.."
MORAL : Jangan riak dan memandang rendah pada orang lain
Mengimbau kembali zaman matrikulasi..

Jika diingat kembali, zaman matrikulasi adalah permulaan dari fasal perubahan hidupku. Dari seorang yang pasif, berubah menjadi seorang yang agak aktif. Walaupun perubahan itu lebih ketara pada semester kedua. Jika sebelum ini aku memikirkan yang aku tidak layak memimpin( mungkin kerana kebiasaannya dikatakan orang yang lahir pada awal tahun memiliki sifat kepimpinan, sedangkan aku lahir pada hujung tahun) tetapi, itulah permulaannya.
Aku dilantik sebagai wakil kelas (mungkin kerana aku yang tidak pernah ponteng dan awal ke kelas) dan aku juga mula menonjolkan diri dalam kelab, ketika itu, ko-q yang wajib diambil, aku memilih kelab buletin) dan pada semester kedua itulah, aku mula berniaga.
Perniagaanku pada asalnya adalah telefon bimbit, walaubagaimanapun, memory card menjadi item utama yang dibeli kerana secara relatifnya harga yang dijual olehku, jauh lebih murah dari pasaran tempatan (kuantan) Alhamdulillah, ia mampu memberikanku pulangan sekurang-kurangnya rm50 seminggu.
Walau apapun, terdapat juga kerisauan, setiap minggu, aku keluar dengan jumlah wang yang agak byk, tetapi, apa yang mampu aku lakukan, hanyalah berdoa agar dilindungi. Alhamdulillah, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Pada ketika itu, rakan-rakanku (yang lelaki terutamanya) suka menggelarkanku sebagai rigid body ( jasad tegar) kerana tidak menghiraukan sebarang apa yang mereka gemar mengutukku. mungkin sehingga sekarang , aku memang seorang yang agak degil ( pengakuan ikhlas dari guru bahasa inggerisku ketika tamat tingkatan 5) .
Walau apapun, itulah yang menyelamatkanku dari terjebak dari perkara-perkara negatif, kerana aku cukup tetap dengan pendirianku terutamanya jika ia hanya melibatkan diriku. Terima kasih buat rakan-rakanku yang telah menjadikan aku, aku yang sekarang.
FISABILILLAH atau FISABILISY SYAITAN ? ..
Rasulullah pernah ditanya, apakah yang dimaksudkan dengan pekerjaan
yang terbaik. Dan Baginda menjawab, "Pekerjaan yang terbaik adalah usaha
yang dilakukan seseorang dengan tangannya sendiri dan semua jual beli yang
dianggap baik (diredhai)." (Riwayat Ahmad, Baihaqi dan lain-lain)
Pesanan Rasulullah sudah jelas dan nyata. Setiap usaha yang dilakukan dengan
niat penuh ikhlas, tanpa melanggar batasan agama dan syarak, dengan disertai
niat yang baik; maka akan memberikan keberkatan yang tersendiri.
Bekerja juga dianggap suatu ibadah yang akan memberikan ganjaran. Pernah suatu
ketika, semasa Rasulullah duduk bersama para sahabat, melintas seorang lelaki
yang gagah yang sedang dalam perjalanan untuk bekerja. Kata sahabat,
"Kasihan orang itu, andainya tubuh muda dan gagah itu digunakan untuk fisabilillah,
alangkah baiknya."
Mendengar kata sahabat, Rasulullah cepat-cepat membetulkan kata-kata itu,
"Jangan kamu berkata begitu. Sebab jika dia keluar dari rumah untuk bekerja bagi
menyara anaknya yang masih kecil, maka dia telah berusaha fisabilillah. Jika dia
berusaha untuk diri sendiri agar tidak meminta-minta daripada orang lain, itu pun
fisabilillah. Tetapi jika dia bekerja untuk menunjuk-nunjuk apa-apa yang dia miliki
atau bermegah-megah, maka itu fisabilisy syaitan (atau kerana mengikut jalan syaitan!)"
(Riwayat Thabrani)