Pages

Tuesday, August 09, 2011

Muhasabah diri : suatu titik perubahan..


Tahun 2011, tahun ini seolah-olah memberikan sesuatu yang begitu berbeza bagiku, satu perjalanan hidup yang begitu tersusun, terratur dalam membuatku sedar kesilapan-kesilapanku. Dari kursus ke kursus, dari seminar ke seminar, dari forum ke forum, dan dari tazkirah ke tazkirah di mana tergerak hatiku untuk menyertai majlis-majlis ilmu tersebut.

Setiap satunya, menyedarkan aku akan kesilapanku. Betapa ilmu yang dipunyaiku hanyalah ibarat pohon yang tidak berbuah, dan akhirnya layu begitu sahaja, yang tinggal, hayalah sekadar riak, seolah-olah aku telah mempunyai kesemua ilmu tersebut. Sedangan,pada hakikatnya, aku hanyalah seseorang yang kekurangan ilmu, bukan kerana tidak mempunyainya, tetapi hilang kerana tidak mengamalkannya.

Selesai sahaja bersahur di pagi 8 ramadan, terdetik di hatiku untuk mengambil sebuah buku yang telah aku baca setahun yang lepas, dan melihatkan tanda yang berada di dalamnya, aku gagal menghabiskan bab terakhir buku tersebut. Langkah ke-7 dalam memperkasakan diri bagi menjadi mukmin professional, iaitu mati. Tiba-tiba tersedar aku, itulah bahagian yang seringkali aku tinggalkan ketika embaca, sedar tak sedar, rupa-rupanya telah lama penyakit Al wahan bersarang di hatiku, betapa aku cintakan dunia dan takutkan mati.

Ya Allah, dengan rahmat-Mu di bulan yang mulia ini, betapa bersyukurnya aku dengan hidayah-Mu Ya Allah. Betapa terlalu banyak kesilapan yang aku lakukan, Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kekuatan istiqamah,agar aku mampu berubah menjadi yang lebih baik dan juga agar aku mampu mencari malam yang lebih baik dari seribu bulan di bulan yang mulia ini Ya Allah.

0 komen:

 
Copyright (c) 2010 Towards Jannah. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.