Pages

Sunday, March 27, 2011

Sekadar membiarkan jari-jemari menari...


Bila dilihat kepada majoriti rakan-rakan yang lain, yang semasa zaman belajar aktif menulis blog, hampir kesemuanya, sudah tidak lagi mampu untuk kerap mengemaskini blog pabila memasuki alam pekerjaan. Ada yang terus membiarkan sahaja blog mereka tidak berusik, dan ada yang jarang-jarang mengemaskini, mungkin hanya sebulan sekali, jika dibandingkan hampir setiap hari pada zaman belajar dahulu.

Tanggungjawab yang muncul di alam pekerjaan banyak mengambil masa yang ada. Dan sememangnya aku sesali, tidak menggunakan masa yang ada sebelum memasuki alam pekerjaan untuk menyelesaikan tesis bagi pengajian sarjanaku. Pabila memasuki alam pekerjaan, masa lebih sukar untuk dicari.

Namun, apa yang berlalu, biarlah berlalu, apa yang pasti, aku harus menyiapkannnya pada tahun ini, agar segala perancangan masa hadapan, dapat diteruskan. Sehingga saat ini, aku masih lagi terfikir, tuah dan malang adalah terlalu abstrak,sukar untuk membezakannya, sesuatu yang nampak bertuah pada awalnya mungkin malang untuk janka masa yang panjang dan mungkin juga, sesuatu yang nampak malang pada awalnya, meruakan tuah buat jangka masa panjang.

Kita tidak mampu mentafsir, apa yang mampu, hanyalah bersyukur, dengan nikmat dan juga ujian yang mendatang. Rasanya, cukup sampai disini, sahaja entri ini, entri pertama bagi layout terbaru blog... Towards the future...

0 komen:

 
Copyright (c) 2010 Towards Jannah. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.